Monday, March 23, 2009

My Job !!

6 hari seminggu, nie lah tempat tinggal aku, kalau nak dibandingkan dengan duduk umah, lepak pejabat nie lagi lama, macam rumah ke dua aku la kiranya nie... Biasanya kalau masuk opis nie, aku buat air milo dulu, baru ada layan nak bikin keje, pastu lepak2 borak2 ngan member syif sambil pantau2 sistem, pastu merehatkan mata pulak [tido la pe lagi-biasanya syif malam je, siang kena pepandai la]

Yang dalam gambar sebelah nie, member satu syif aku [aku yang ambil gambar], Yang skrin besar tue dipanggil Barco, aku nie rabun jadi jarang la aku tgk, biasa tgk kat pc je lagipun depan mata, Pc dalam pejabat aku nie banyak sampai malas nak kira, hahaha

Tempat kerja aku nie, ada 3 orang je yang bertugas dalam satu syif. Sorang Supervisor dan yang selebihnya anak buahnya lah. Kerja kitaorang pastikan KL nie bebas dari banjir. Cam ne pon baru2 nie tarikh 030309 Jln Pekeliling banjir, tapi tak ada kaitan pon, SMART jaga Sg Klang - Sg Ampang sahaja. Tak ada kantai dengan Sg lain, harap maklum!! Hehe

Bilik Kecik sebelah nie pulak tempat rehat kitaorang, nak lelapkan mata ke, makan ke, Sap2 Okok ke [aku tak la, Anti Smoke]. Jadi sepanjang aku keje sini, kira ok la, nak kata best sangat pun,x la seronok mana pun, tapi yang penting gaji, kena masyuk!!!






No comments:

Post a Comment