Tuesday, March 24, 2009

Calon PRK Bukit Gantang & Batang Ai

Terkini !! Jam 10:47 malam, Presiden PAS Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, telah mengumumkan calon bagi PRK P059 Bukit Gantang ialah DS Ir Mohd Nizar Jamaluddin,52 mewakili Pakatan Rakyat. Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin akan bertemu dengan Ismail Suffian, 49 iaitu seorang anak tempatan Bukit Gantang mewakili Barisan Nasional. Parlimen Bukit Gantang mempunyai 3 DUN iaitu Kuala Sepetang, Changkat Jering dan Trong. DUN Kuala Sepetang & Changkat Jering dimenangi Parti Keadilan Rakyat pada PR 12 manakala DUN Trong dimenangi Barisan Nasional.

Manakala Calon bagi PRK DUN Batang Ai Sarawak, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) DS Anwar Ibrahim telah mengumumkan Jawah Anak Gerang untuk menggalas cabaran mewakili Pakatan Rakyat bagi menentang Malcolm Mussen Lamoh iaitu mewakili Barisan Nasional. Jawah Gerang merupakan bekas MP bagi kawasan Lubok Antu dan bekas ahli Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS).

No comments:

Post a Comment