Sunday, June 28, 2009

Kedudukan Liga Super

Perlawanan penuh dramatik antara Selangor & Perlis malam tadi berakhir dengan seri 0-0, ini bermakna kedua-dua masih berpeluang untuk bersaing bagi membawa pulang piala liga. Selangor masih berada diatas liga dengan 48 mata melebihi 2 mata dari perlis yang mengumpul 48 mata.

Pasukan kelantan beraksi cemerlang semalam dengan membelasah perak 4-0, mengikut rapat dibelakang pasukan perlis dengan perbezaan 6 mata. Pasukan kelantan telah memenangi 5 perlawanan berturut-turut tanpa kalah.


Total Form
#


Team MP
W D L F A D P Last 5 matches
1


21 15 3 3 44 17 +27 48 D W D W W
2


21 14 4 3 31 15 +16 46 D W W D L
3 Previous rank: 6

21 13 1 7 44 28 +16 40 W W W W W
4 Previous rank: 3

20 11 3 6 30 21 +9 36 D W D L L
5


20 11 2 7 37 23 +14 35 W L W L W
6 Previous rank: 4

21 10 4 7 35 22 +13 34 L L D L W
7


20 11 1 8 30 23 +7 34 W L W W L
8


20 11 0 9 34 28 +6 33 W W L W W
9


21 9 2 10 23 28 -5 29 L W W L W
10


21 9 2 10 24 32 -8 29 W W L L D
11


21 8 4 9 22 21 +1 28 D W W W L
12


21 3 3 15 22 49 -27 12 L L L L L
13


21 3 2 16 22 50 -28 11 L L L L L
14


21 0 3 18 14 55 -41 3 L L L L D

Saturday, June 27, 2009

Keluaran Terbaru Yamaha

Yamaha kali ini mengeluarkan 2 motor yang dinaikkan prestasinya iaitu model Yamaha RXZ yang masih unggul selaku model pilihan yang popular terutamanya dalam kalangan generasi muda dan juga Yamaha 135 LC yang menjadi model kapcai paling panas pernah dikeluarkan oleh Yamaha.
RXZ Kini Hadir bersama rekaan grafik yang lebih menarik di atas tubuh aerodinamiknya. Penampilan lampu utama, paparan meter dan rekaan kowling dipadankan dengan lampu bahagian belakang. Malah, unit enjin yang ditutup separuh juga menyerlahkan lagi karakter agresifnya.

Warna : Hitam & Merah
Harga pasaran : RM7,504 (Tanpa Insuran)

Bagi 135 LC pula, Ia dilengkapi dengan unit enjin bersesaran 135cc, silinder DiASil, omboh tempaan yang ringan, suspensi monocross dan rekaan fizikal yang aerodinamik, anda tidak perlu bimbang mengenai prestasinya. Ia juga siap dipasang sepasang rim sport berwana emas.

Warna : Hitam, Biru & Merah
Harga pasaran : RM6,011.80 (Tanpa Insuran)

P1 W1 Max - Wiggy Broadband


P1 W1 Max nie mungkin ada yang tahu, dan mungkin juga ada yang blur2, dan mungkin ada yang tak tahu langsung..Ish3

Jadi kalau nak tahu nie la alat broadband wireless yang memang gempaq disebabkan kelajuan dia boleh mencecah kepada 10Mbps. Rupa bentuk dia pun ada agak stylo sikit.

Bagi yang kaki menyedut (Download), memang puas hati punya la kalau pakai broadband nie. Aku pun kaki download gak, nak pakai tapi masih terlalu awal untuk digunakan. Takot2 jaringan wireless dia hampeh macam broadband yang ada skang nie la.

Final Piala Konfederasi

Pemain gantian Brazil, Daniel Alves memusnahkan harapan Afrika Selatan apabila bola tendangan percuma yang diambilnya meledak masuk ke gawang tuan rumah pada minit ke-87 dalam aksi separuh akhir Piala Konfederasi di Stadium Ellis Park, Johannesburg.

Tendangan Danial Alves menggegarkan gawang Afrika Selatan menerusi tendangan percuma dari jarak 18 meter sekali gus membuatkan 50,000 penonton yang memenuhi Ellis Park terdiam dan terpaksa berputih mata untuk menyaksikan pasukan negara mereka beraksi dalam perlawanan final.

Brazil akan bertemu Amerika Syarikat yang berjaya ke final walaupun bukan pasukan pilihan setelah mengejutkan Sepanyol merupakan ranking 1 dunia dengan jaringan 2-0. Ini merupakan Satu sejarah bagi pasukan Amerika Syarikat. Dua jaringan AS itu dijaringkan Jozy Altidore dan Clint Dempsey.

Album Azhan - Ku Milikmu

Azhan Atan Juara Akedemik Nasyid akhirnya berjaya menerbitkan album sulungnya yang bertajuk Ku Miliki Mu dengan menampilkan 10 buah lagu. Aku menyediakan 5 lagu pilihan yang aku rasa macam best untuk di download.

Kami Penggerak Masa Depan
Sinar pasti Ada
Ku Milikmu
Renungkanlah
Kerikil Jalanan

Selangor VS Perlis


Pertembungan LIGA SUPER esok antara Selangor dan perlis amat penting bagi kedua-dua pasukan bagi memastikan pasukan mana yang akan membawa pulang piala liga musim ini.

Kini pasukan Selangor 47 mata mendahului perlis dengan 2 mata. Sebelum ini pasukan Selangor menumbangkan Johor FC 4-1.

Ini adalah peluang bagi Pasukan selangor untuk menamatkan kemarau piala liga selama 9 tahun.

Cuti Durian runtuh !!

Hoho, aku baru sahaja sekali lagi menghabiskan 4 hari cuti, seronok betul kerja aku nie, cuti sakan je, sebelum tue pun aku dapat cuti 4 hari. Haha MySpace

Jadi cuti2 aku nie, aku melayan cerita Tranformers, penin pala aku tengok cerita ini, dah la rabun ayam, kamera cerita nie, huru hara je, orang terbalik dia terbalik, orang berlari dia berlari, orang terbang dia pun terbang. BLUR~ mata ku, Hoho. MySpace Tapi takpe kawan aku belanja, layan aJe la. Aku nie pun bernasib baik la dapat tengok, masa beli tiket semua nya selling Fast. Jam 0500 je yang ada sit yang boleh dikatakan tak sakit tengkuk la tengok, haha

Aku sempat juga berkaraoke, gian lagi nie, aku melalak bersama kawan lama aku, dah separuh tahun tak jumpa, hihihi..

Semalam aku pie main badminton kat bangsar, malang sungguh nasib aku, sampai je, tak sempat nak main, dah abis time, hampeh tol, buat bazir minyak aku je, ulang alik. Huhu MySpace

-The End (Akan disambung lagi kalau ada masa)-

Kubur Zaman Kini

Kubur yang banyak-banyak nie diambil dari tanah perkuburan di Singapura. Mereka bagaikan berlumba mendirikan kubur bertaraf 5 bintang agaknya la. Sebelum tue kita lihat sabda rasulullah SAW :
Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata,
“Rasulullah SAW telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim)


Di Malaysia juga sama turut berlaku perkara yang sama. Perbuatan ini bertentangan dengan ajaran rasulullah kerana terdapat sifat pembaziran & bermegah2 yang amat dimurkai Allah subhanahuwata’ ala.

wALLAHua’lam.

Calon PAS di Manek Urai

FAUZI ABDULLAH CALON PAS PRK N41 2009 DUN MANIK URAI

Beliau di calonkan oleh Tuan Guru Nik Aziz di Majlis MARKAS UPU MANIK URAI LAMA. Beliau merupakan bendahari PAS kawasan Kuala Krai dan pernah menjadi penyelia DUN Guchil pada tahun 2004 dulu. Beliau bekerja sebagai Taukeh Ikan di Pasar Manek Urai.

Manakala Calon BN dijangka di umumkan pada hari Ahad Ini. Calon yang dijangka ialah Jalal merupakan Taukeh getah. Beliau telah memenangi undian pemilihan calon setelah berjaya mendapat lebih 65% undian pada pemilihan calon dalam mesyuarat UMNO negeri baru-baru ini.

Saturday, June 13, 2009

Apa itu kerajaan perpaduan ?

Sekarang ini, isu yang begitu hangat didalam politik tanah air kita ialah mengenai kerajaaan perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Haji Awang semasa muktamar PAS yang ke 55. Pihak media yang sepatutnya menerangkan pada orang ramai tetapi memutarkan belitkan keadaan.

Di Indonesia yang di sebut 'Unity Government' di mana berlaku pemisahan kuasa dengan 'SPR' atau Pemilu di Indonesia dengan badan politik. Pemisahan kuasa dengan badan kehakiman, sehingga badan kehakiman di Indonesia boleh menyeret Suharto ke mahkamah, boleh menyeret Perdana Menteri dan Menteri-menteri ke Mahkamah jika melakukan kesalahan. Ini kita (PAS) hendak bersihkan negara.

Di Israel sebagai contoh, Perdana Menteri Israel pun boleh dibawa ke mahkamah dan disiasat. Ini 'Unity Government' dan pilihan raya di Indonesia adalah pilihan raya yang berubah. Di mana Barisan Nasional tidak ada hak memonopoli TV termasuklah semua parti boleh menggunakan TV.

Kerajaan perpaduan bukan lah sebuah kerajaan campuran PAS-UMNO tetapi sebuah kerajaaan yang melibatkan semua parti politik dan tidak ada pembangkang langsung. Semua parti duduk dalam kerajaan dan semua parti ini ada identiti, ada syakhsiyyah, ada kepelbagaian dan dia (parti) berhak untuk membangkang di mana 'Unity Government' ini membolehkan orang dalam Umno sendiri membangkang kerajaan.

Bagaimanapun, cadangan ini tidak difahami, kerana beranggapan PAS akan bergabung dengan UMNO, jadi cadangan itu ditarik balik oleh presiden PAS. UMNO sendiri tidak berani dengan Kerajaan perpaduan kerana takut di heretkan ke muka pengadilan dan dibicarakan.

Zaid Ibrahim Sertai PKR

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan kemasukkan bekas menteri di jabatan perdana menteri iaitu Datuk Zaid Ibrahim. Zaid secara rasminya akan mengisi jawatan tersebut selepas disahkan presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Zaid berkata, beliau menyertai PKR kerana yakin dengan parti pelbagai kaum itu yang mahu membela nasib rakyat. “Saya percaya, kalau diberi peluang, saya akan berusaha membantu Anwar dan pemimpin lain. Saya berminat dan berhasrat mengukuhkan Pakatan rakyat," katanya.

Menurut Zaid lagi, beliau bersedia membantu Pakatan menjadi alternatif yang benar-benar rakyat boleh harapkan untuk menubuhkan kerajaan yang baik.

Anwar juga menyifatkan penyertaan Zaid itu sebagai satu penghormatan kepada PKR dan satu berita yang mengembirakan. Penyertaan beliau juga bakal menyemarakkan perjuangan Pakatan Rakyat terutamanya di Kelantan. Bagi orang ramai, kemasukkan beliau sudah dijangka selepas beliau meletakkan jawatan beliau sebagai menteri UMNO.

Pencemaran Udara

Semalam aku baca di dalam Malaysia kini, Catatan Tahap pencemaran udara di Lembah Klang semakin buruk, Bacaan indeks pencemaran udara di Pelabuhan Klang adalah 138 manakala di Cheras pula ialah 107.

Manakala 30 kawasan lagi diklasifikasikan di bawah bacaan sederhana, termasuk di Nilai, Petaling Jaya, Kajang Country Heights, Shah Alam, Putrajaya dan Batu Muda di Kuala Lumpur.

Bacaan antara 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara yang baik, manakala 51 hingga 100 adalah sederhana. Kualiti udara dianggap tidak sihat apabila bacaannya 101 hingga 200, amat sangat tidak sihat antara 201 hingga 300 dan merbahaya jika melepasi 300.

Aku di difahamkan pembakaran hutan secara terbuka di Sumatra Indonesia dikatakan menjadi punca jerebu di negara-negara jirannya.

Bagaimanapun, Cuaca hujan sebelah petang di Kuala lumpur. Dapatlah mengurangkan kadar bacaan jerebu.

Thursday, June 11, 2009

Upin Ipin : Angkasa

Selepas kejayaan Upin Ipin-Geng, filem animasi yang popular dari Les' Copaque Production bakal menerbitkan filem animasi keduanya. Filem yang bertajuk Upin & Ipin-Angkasa ini yang bakal ditayangkan pada 2011 serentak diseluruh pawagan negara.

Aku tak sempat untuk tengok Upin Ipin Geng, disebabkan setiap kali nak tengok mesti tiket dah penuh, isyaallah aku pasti tidak ketinggalan untuk filem kedua ini. Bagi rakan-rakan yang tidak sempat juga tengok filem Upin Ipin-geng, beli DVD jelah, yang Original di Speedy.

Wednesday, June 10, 2009

Kedatangan El-Nino

Berdasarkan pemantauan Jabatan Meteorologi Malaysia, fenomena El-Nino sudah terbentuk ekoran cuaca panas dan kering semasa musim Monsun Barat Daya, namun kekuatannya hanya dapat dikenal pasti mulai Ogos ini.

kemerosotan kualiti udara yang menyaksikan cuaca mula berjerebu di beberapa kawasan dianggap petanda awal kedatangan fenomena El-Nino mulai Ogos ini.

Malaysia pernah alami Jerebu yang teruk pada tahun 1997 & 1998

Kaka Milik barcelona

Awal pagi semalam, Kakatelah disahkan bermain untuk club Real Madrid pada musim hadapan. Perpindahan Kaka dari AC Milan ke Real dengan nilai £62 juta (RM351.6 juta),sekaligus memecah rekod milik Zinedine Zidane pada 2001.

Talian Isu BI wajib lulus SPM

Kerajaan telah membuka talian untuk orang ramai bagi memberikan pendapat atau cadangan mengenai isu Bahasa Inggeris syarat wajib untuk lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini, ia boleh disalurkan ke talian khidmat pelanggan kementerian itu di 03-77237070 atau e-mel di kpkpm@moe.gov.my

Jemaah solat di tembak

PATTANI - Lelaki bersenjata melepaskan tembakan di dalam masjid di selatan Thailand ketika jemaah sedang solat Maghrib semalam, membunuh sekurang-kurangnya 10 orang dan mencederakan 19 yang lain di wilayah yang dilanda keganasan itu. "Lima atau enam lelaki menembak raifal automatik dalam masjid di daerah Joh-I-Rong di Narathiwat," kata jurucakap polis, Lef Kol Somjai Singkliang. Tetapi laman web akhbar The Nation memetik jurucakap tentera, Kol Parinya Chaidilok sebagai berkata hanya dua penyerang terbabit. Akhbar itu turut melaporkan mangsa ke-11 meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. "Antara yang terbunuh ialah imam masjid itu," kata Somjai. Kebanyakkan 19 yang tercedera itu dalam keadaan serius.

Aku Sebagai Pemerhati


AKu Sebagai Pemerhati SMART, iaitu merupakan nadi yang menggerakkan terowong SMART.

Hari ini didalam KOSMO, menceritakan mengenai peranan petugas2 didalam bilik kawalan SMART melalui wartawan Noor Hasliza Nusi.

CLick Untuk baca : KOSMO

Sunday, June 7, 2009

2 minggu Server Down

Huhu..Hampir 2 minggu aku tak dapat update Blog aku nie, Server down di pejabat aku..

Jadi banyak maklumat tak dapat aku masukkan...aku baru pas update balik blog nie, tak ada kerja nak buat, hahaha