Saturday, June 13, 2009

Zaid Ibrahim Sertai PKR

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan kemasukkan bekas menteri di jabatan perdana menteri iaitu Datuk Zaid Ibrahim. Zaid secara rasminya akan mengisi jawatan tersebut selepas disahkan presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Zaid berkata, beliau menyertai PKR kerana yakin dengan parti pelbagai kaum itu yang mahu membela nasib rakyat. “Saya percaya, kalau diberi peluang, saya akan berusaha membantu Anwar dan pemimpin lain. Saya berminat dan berhasrat mengukuhkan Pakatan rakyat," katanya.

Menurut Zaid lagi, beliau bersedia membantu Pakatan menjadi alternatif yang benar-benar rakyat boleh harapkan untuk menubuhkan kerajaan yang baik.

Anwar juga menyifatkan penyertaan Zaid itu sebagai satu penghormatan kepada PKR dan satu berita yang mengembirakan. Penyertaan beliau juga bakal menyemarakkan perjuangan Pakatan Rakyat terutamanya di Kelantan. Bagi orang ramai, kemasukkan beliau sudah dijangka selepas beliau meletakkan jawatan beliau sebagai menteri UMNO.

No comments:

Post a Comment