Wednesday, April 29, 2009

Irwansyah - Camelia

SINOPSIS - Apa yang Aku Paham la dari lagu nie, Irwansyah nie mohon kekasih simpanan dia nie lupakan dia, minta cari kekasih lain disebabkan Irwansyah nie nak setia kat awek dia, takot kantoi arr nie !! Tapi Lagu nie memang best !!


Camelia maafkanlah aku
Karena ku tak bisa temani tidurmu
Camelia lupakanlah aku
Jangan pernah lagi kau temui aku

Kau wanita terhebat
Yang pernah singgah di hatiku
Kau wanita yang tegar
Aku mohon lupakan aku

*
Sudahlah jangan menangis lagi
Ku rasa cukup sampai di sini
Mungkin di suatu saat nanti
Kau temui cinta yang sejati

**
Sudah cepat lupakanlah aku
Jangan pernah ungkit masa lalu
Ku takut kekasihku pun tahu
Kau pernah menjadi simpananku

Camelia...

Kau wanita terhebat
Yang pernah singgah di hatiku

Dunia diambang pandemik

Kes Maut "Selesama Babi makin meningkat. Para pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meningkatkan tahap amaran pandemik atau wabak global ketika jumlah maut kini 152 orang. Kerajaan Mexico menyatakan jumlah kes disyaki H1N1 bertambah kepada 1,614 orang setakat ini. Di ibu kota Mexico yang dihuni 200 juta orang, keadaan semalam sunyi apabila banyak tempat awam termasuk, zoo, muzium, gereja dan restoran ditutup manakala orang ramai memilih untuk tidak keluar rumah.


Di Britain, dua rakyatnya disahkan diserang selesema babi selepas mereka pulang dari percutian bulan madu di bandar peranginan Cancun, Mexico pada minggu ini. Selain Britain, kes selesema babi di Eropah berlaku di Sepanyol namun terdapat beberapa kes disyaki penyakit maut itu sedang dipantau di Jerman dan Austria. Sejumlah 51 orang dijangkiti selesema babi di Amerika Syarikat manakala Kanada pula berdepan dengan enam kes.

Di Asia, pihak berkuasa kesihatan Thai mengasingkan seorang wanita di hospital selepas dia disyaki dijangkiti H1N1 manakala Korea Selatan memantau kes pertama disyakki selesema babi. Di Australia pula, pihak berkuasa negara itu sedang menyiasat 70 kes jangkitan selesema babi yang menyaksikan pesakitnya mengalami simptom demam mengejut, sakit tekak, batuk dan sakit sendi diikuti dengan radang paru-paru.

WHO dalam satu sidang akhbar semalam mendakwa, proses saringan di pintu masuk negara seperti lapangan terbang tidak berkesan dalam membendung wabak itu. Virus H1N1 ini menular dengan amat pantas, penutupan sempadan atau larangan perjalanan tidak akan berkesan dalam membendung penyebaran selesema babi. Wabak maut itu menular melalui jangkitan antara manusia dengan manusia dan mampu tersebar melalui udara. WHO meningkatkan amaran pandemik daripada tiga pada tahap tertinggi iaitu empat semalam sekali gus membayangkan dunia semakin hampir dilanda wabak selesema babi.


Calon PKR di DUN Penanti

Seperti yang diduga, Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman, 58, tahun dipilih sebagai calon PKR bagi pilihanraya kecil DUN Penanti bulan depan.

Sejak Fairus mengosongkan kerusi tersebut pada 16 April lalu, tercetus spekulasi menyatakan bahawa Anwar akan memilih Dr Mansor bertanding di kerusi tersebut.

Dr Mansor, bekas profesor di Universiti Sains Malaysia, merupakan setiausaha politik Anwar ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri dalam kerajaan pusat BN

Pemilihannya diumumkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan lebih 1,000 penyokong yang memenuhi Yayasan Aman, di Penanti malam ini.

Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Pengerusi PKR negeri yang juga ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohd Hashim; pengerusi DAP negeri dan exco kerajaan negeri, Chow Kon Yeow dan bekas timbalan ketua menteri, Mohammad Fairus Khairuddin.

Tuesday, April 28, 2009

Produa MPV !!

Selepas keluaran Proton Exora, Industri Automotif negara akan mengeluarkan sekali lagi kenderaan jenis MPV dari Produa yang dijangka dipasarkan pada November ini.

Monday, April 27, 2009

Mitshubishi Evo Gallery






Selangor Julang Piala FA


Pada Sabtu yang lalu, 25 April 2009 - Selangor sekali lagi melebarkan rekod kejaguhannya dalam persaingan bola sepak kalah mati kebangsaan apabila menjulang Piala FA dengan menewaskan Kelantan 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Ini adalah kejuaraan ke-5 selepas tahun 1991, 1997, 2001 dan 2005. Selangor mengikat Kelantan 1-1 sehingga 30 minit masa tambahan setelah kedua-duanya buntu jaringan dalam permainan sebenar 90 minit dan berakhir dengan penalti.

Jaringan gol pertama menggembirakan hampir 50 000 penyokong Kelantan, dicipta dengan tandukan Nor Farhan pada minit ke-92 dengan menyudahkan umpanan lambung ketua pasukan, Badhri Radzi selepas mendapat tolakan Khalid dari sebelah kanan. Bagaimanapun, pesta kegembiraan dan kebingitan sorakan itu langsung lenyap lapan minit kemudian apabila ketua pasukan Selangor, Amri Yahyah menanduk rendah daripada umpanan lambung kanan Surendran untuk menyamakan kedudukan 1-1.

Pilihanraya DUN Penanti

Hari ini, SPR telah mengumumkan, Hari mengundi bagi kerusi DUN Penanti ditetapkan pada 31 Mei dan hari penamaan calon pula 23 Mei. Kerusi itu dikosongkan oleh bekas timbalan 1, ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu.

Pilihanraya kecil Penanti menggunakan daftar yang dikemaskini sehingga 16 April dan mengandungi 15,384 pemilih, termasuk 24 pemilih pos.
Daripada jumlah itu, 72.68 peratus Melayu, 24.22 peratus (Cina), 2.3 (India) dan 0.71 lain-lain kaum. Pengundian di 32 saluran akan berjalan di sembilan pusat pengundian - lapan sekolah dan satu dewan insitut belia.

Abdul Aziz berkata, 242 petugas SPR akan terlibat mengendalikan pilihanraya kecil itu dengan perbelanjaan RM500,000.

Wabak Baru dari Babi!!!

Mexico City, Seramai 68 orang maut akibat penyakit selesema, dengan 20 daripada kematian itu disahkan berpunca daripada sejenis wabak baru selesema babi, lapor Setiausaha Kesihatan Mexico, Jose Angel Cordova. Menurut beliau, sekurang-kurangnya 1,004 yang lain pula sakit dipercayai akibat penyakit yang sama.

Virus baru ini, yang mengandungi kombinasi virus babi, burung dan manusia yang belum pernah dilihat penyelidik-penyelidik sebelum ini, turut mengakibatkan sekurang-kurangnya lapan orang sakit di Texas dan California, walaupun masih belum ada kematian dilaporkan di Amerika Syarikat (AS).


Penularan wabak baru itu mencetuskan kebimbangan kerajaan Mexico dan pihak berkuasa semalam telah mengarahkan penutupan sekolah, muzium, perpustakaan dan teater, bagi membendung penyebarannya.

‘‘Kami sangat sangat bimbang. Kita sedang berdepan dengan satu virus baru dan ia tersebar daripada manusia kepada manusia,’’ kata jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Thomas Abraham.

Penyebaran virus selesema babi itu menimbulkan suasana cemas di Mexico apabila orang ramai mula mengenakan topeng muka dan pihak berkuasa mengarahkan penutupan tempat-tempat tumpuan umum secara meluas.

Menurut laporan Centres of Disease Control and Prevention Amerika Syarikat atau singkatannya CDC, jumlah kes Selsema Babi dilihat semakin meningkat sejak Disember 2005 sehingga Februari 2009, dan semua kes ditemui di negeri-negeri Amerika Syarikat. Sedari Mac 2009 hingga April 2009, lebih 1000 kes Selsema Babi dikesan di Mexico, dan lebih dari 80 kematian yang dikaitkan dengan virus H1N1 dilaporkan. Tanggal 26 April 2009 (kelmarin), Jabatan Kesihatan Amerika Syarikat mengisytiharkan wabak Selsema Babi ini sebagai kecemasan kesihatan awam (public health emergency), setelah lebih 20 kes dikesan di seluruh Amerika Syarikat.

Simptom-simptom yang dipamerkan pesakit yang dijangkiti H1N1 adalah seperti, selsema, demam, batuk, kepenatan dan juga kurang selera makan. Ada juga laporan menyebut bahawa pesakit mengadu sakit tekak, loya, muntah-muntah dan cirit-birit. Virus H1N1 ini dipercayai menjangkiti manusia ke manusia melalui udara, titisan rembesan hidung mahupun mulut yang berlegar di udara. Selsema Babi mudah menjangkiti manusia lain dalam lima ke sepuluh hari pertama jangkitan. Ubat yang disarankan adalah seperti; amantadine, rimantadine, oseltamivir dan zanamivir, walaubagaimanapun, untuk wabak terbaru ini, rawatan yang disarankan adalah dengan menggunakan oseltamivir dan zanamivir. Vaksin untuk selsema manusia bermusim tidak melindungi manusia dari Selsema Babi.


[Di sini mari lah kita renung-renungkan :

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah dia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Surah Al-Nahl Ayat 115 ]

Saturday, April 25, 2009

Gobind saman 4 pihak termasuk kerajaan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo memfailkan saman terhadap Speaker Dewan Rakyat dan tiga pihak yang lain berhubung keputusan menggantung beliau daripada menghadiri sidang Parlimen selama tahun berkuat kuasa bulan lalu. Tiga pihak lain ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz; Setiausaha Dewan Rakyat dan kerajaan Malaysia. Dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini, beliau menggariskan keputusan menggantung beliau dari Dewan Rakyat selama setahun termasuk kehilangan elaun adalah tidak sah.

Gobind diwakili oleh Karpal Singh & Co.

[Go Go Gobind, Mahkamah Persekutuan dah Bagi lampu Hijau situasi diPerak. So Redah Je!!]

Friday, April 24, 2009

VIOS !!!

KERETA VIOS YANG DIUBAH SUAI, APAMACAM GEMPAK TAK !!! HAHAHA














Thursday, April 23, 2009

Pelik Tapi Benar

IZHEVSK, Rusia - Walaupun agak pelik kes ini, tapi ia benar. Menurut sebuah akhbar diRusia, seorang pemuda Artyom Sidorkin yang berumur 28 tahun pergi ke Pusat Kanser Udmurtian di Rusia Tengah pada minggu lalu kerana batuk berdarah dan sakit dada.

Doktor-doktor pada awalnya mendapati terdapat tumor di dalam salah satu paru-parunya berdasarkan ujian X-ray tetapi setelah dibedah, mereka terkejut apabila mendapati sebatang pokok fir kecil berdaun hijau setinggi lima sentimeter berada dalam paru-paru.

Sidorkin berkata, sebelum ini doktor memberitahunya batuk berdarah itu bukan disebabkan dia dijangkiti sebarang penyakit. "Ia sangat sakit seperti mencucuk dalam saluran badan. Terasa sakit yang amat sangat. Namun saya tidak pernah terfikir ada objek dalam badan saya," kata Sidorkin.

Doktor-doktor percaya, Sidorkin mungkin menelan benih pokok itu yang kemudian membesar di dalam tubuhnya. Sebahagian paru-paru Sidorkin dan pokok itu diawet untuk kajian lanjut.

[Nasib baik tak tumbuh pokok kelapa ke, rambutan ke, HAHAHA - Pelik Tapi Benar]

Tuesday, April 21, 2009

Golongan Yang masih Setia dengan UMNO

Analisa keputusan pilihanraya umum ke 12 dan lima pilihanraya kecil menunjukkan perubahan ketara dikalangan masyarakat Cina dan India namun sebaliknya kepada orang Melayu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad telah menyenaraikan 14 golongan yang masih menyokong UMNO.

  1. Orang yang mempunyai kepentingan, berniaga dengan kontrak kerajaan.
  2. Golongan pengampu
  3. Ustaz-ustaz ‘dollar and cents’
  4. Orang yang jarang pergi ke surau
  5. Orang yang tidak minat mempelajari agama
  6. Golongan anti agama
  7. Golongan Perasuah
  8. Orang yang miskin dan jahil
  9. Orang yang mempunyai jiwa yang kerdil
  10. Orang yang keras hati
  11. Golongan yang duduk dalam zon selesa
  12. Orang yang longgar pegangan agama
  13. Golongan yang jauh dengan ulama’
  14. Golongan yang suka memisahkan kehidupan dunia dan akhirat


Jurulatih Baru Bola Sepak Malaysia

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan pelantikan jurulatih skuad Bawah 23 tahun kebangsaan, K.Rajagobal sebagai jurulatih skuad kebangsaan bagi menggantikan B.Sathianathan yang diminta berhenti pada 1 Feb lepas.Pelantikan Rajagobal itu diumumkan Timbalan Presiden FAM Datuk Redzuan Sheikh Ahmad pada satu sidang media di ibu pejabat badan induk bola sepak negara di Kelana Jaya di sini hari ini.

"Pelantikan Rajagobal mendapat restu daripada Presiden FAM Sultan Ahmad Shah dan Rajagobal sendiri mengaku menerima tanggungjawab tersebut," kata Redzuan dalam sidang media tersebut.

Rajagobal berkata beliau akan berhubung rapat dengan semua jurulatih pasukan dalam Liga Malaysia bagi memastikan siapa pemain yang berada di tahap terbaik. Beliau yang memegang lesen A Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pernah membimbing pasukan Selangor pada tahun 2000 (memenangi Liga Perdana Satu, separuh akhir Piala Malaysia dan suku akhir Piala FA), Kelantan pada musim 2001/2002 (separuh akhir Piala Malaysia) sebelum dilantik sebagai ketua jurulatih skuad bawah 21 tahun kebangsaan pada 2003.



[Apa pun diharap K.Rajagobal mampu membawa sukan no1 dunia ini kembali gemilang di Malaysia]

Perlawanan Akhir Piala FA




Jangan lupa ke Stadium Bukit Jalil perlawanan akhir antara Selangor Vs Kelantan








25 April 2009

Sunday, April 19, 2009

Soalan2 yang Sering di Tanya!!!

Beberapa soalan yang biasa korang nak tau dari aku :

1) Apa yang ada kat blog ko nie ?
Entah la, tgk jela !!

2) Best ke blog ko nie ?
Sekadar untuk keseronokkan diri aku je !!


3) Minat lagu apa? Mcm Rock kapak je? Mat jiwang ke nie?
Hahaha, mcm2 lagu aku minat, janji aku dengar, layan !!


4) Dah ada awek belum nie?
Eh, tue peribadi maa, tapi belum kawin lagi la. Bujang senang !!

5) Keje OK? Senang? Keje Apa?
Keja apa yang senang dalam dunia nie? Aku keje takat makan
gaji je!!

6) Selalu lepak mane?
Loo, ingat aku kaki lepak ke? kalau kua pun bila ada hal je,
nak lepak2 nie, x layan dah, buang masa !!

7) Apa ko buat bila x keje? Hobi Ape?
Merehatkan diri yang letih, haha. Aku suka maen bowling,
futsal, badminton,wayang ngan X Box. Tue pon kalau ada masa la !!

8) Politik sokong parti mana? Macam PR je
Mane2 je, janji bersih, bosan dah politik rasuah nie !!

9) Kawan baik sape?
Ramai kawan, semuanya bebaik, x kan nak kawan ngan orang
jahat kot. Ish3. Sape yang sudi kawan, aku terima, otak aku
terbuka!!

10) Idola dalam kepimpinan negara ?
Yang berjiwa rakyat !!

11) Yang paling ko x suka buat ?
Boleh bikin aku penin kelapa !!

12) Negara paling x suka? Negara yang disukai?
Semua negara anti Islam aku x suka, negara yang disukai yang
di impikan aku, negara yang berteraskan undang2 Islam.

13) Suka makan apa? Selalu makan kat kedai mane?
Nasi Goreng Daging Merah. Layan~ Kedai biasa aku pegi, dekat
taman desa. Layanan best!! Penting senang parking, haha


14) Kata minat tengok wayang? Bentuk cerita cam ne minat?
Seram, Ganaz, Animasi & Kelakar !! Yang cinta2 nie kureng sikit
tapi layan la gak!!

Thursday, April 16, 2009

ADUN PENANTI, Fairus Khairuddin letak jawatan Adun

Satu berita yang mengejutkan, bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan keputusannya meletak jawatan ADUN Penanti, berkuatkuasa hari ini.

BERIKUT ADALAH KENYATAAN BELIAU :
Setelah memberikan pertimbangan dengan sewajarnya, mengambilkira landasan perjuangan dan kepentingan rakyat yang saya wakili, saya dengan ini mengambil keputusan demi memelihara kepentingan Parti Keadilan Rakyat untuk melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuatkuasa hari ini 16hb April 2009.

Keputusan ini bertujuan untuk membolehkan saya memberikan tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah dan sekaligus memberikan masa kepada saya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya.

Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini.

Khususnya kepada pengundi dan rakyat Penanti yang saya wakili, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan di atas kasih sayang dan sokongan yang diberikan selama saya memegang amanah selaku wakil rakyat Penanti.

Keputusan ini adalah untuk kebaikan semua, Parti Keadilan Rakyat dan perjuangan serta kepimpinan di bawah teraju Dato' Seri Anwar Ibrahim (selaku Penasihat Parti) demi menegakkan kebenaran dan keadilan.

DOA untukmu Palestin



Mari kita bersama berdoa untuk umat islam yang berjuang untuk menegakkan Syariah Islam di bumi palestin.

Remaja Kini

Situasi remaja kini amat membimbangkan, remaja kini kian tercemar dengan perbuatan2 yang tidak bermoral malah merasa bangga apabila melakukan sesuatu jenayah. MEREKA sanggup mencuri, merogol, menjual diri,seks bebas,merempit serta membunuh selain terbabit dalam pergaduhan dan aktiviti samseng. Lingkungan remaja 13-18 ini, begitu mudah terpedaya dengan budaya barat yang jauh menyimpang ajaran islam. Tidak segan2 menampilkan pakaian yang tidak menggambarkan diri sebagai umat islam. Perbuatan mereka ini, dengan alasan untuk mendapat populariti, meraih wang mudah, & menunjuk2 untuk mendapatkan perhatian.

Statistik serta kajian dari NGO, menunjukkan jenayah dikalangan remaja [pelajar] semakin membimbangkan. Buktinya, bagi sepanjang 2007, sejumlah 1,836 kes jenayah dilaporkan dengan 3,383 pelajar ditahan. Angka itu meningkat sebanyak 382 kes kepada 2,218 kes tahun lalu yang menyaksikan seramai 3,725 pelajar ditahan. Tahun ini dalam tempoh dua bulan pertama, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye pula mendedahkan, , seramai 295 pelajar berusia antara 13 hingga 18 tahun terbabit pelbagai kes jenayah termasuk membunuh. Mengikut Kajian Universiti Malaya masalah disiplin utama di sekolah adalah kecurian, buli, pergaduhan dan gangsterisme.

Walaupun, keseluruhannya masih terkawal, ia tetap membimbangkan. Sudah masa, masyarakat harus menggembleng tenaga bagi mengatasi masalah jenayah di kalangan remaja ini.

Tuesday, April 14, 2009

40 Jam Keje !! Layan~

Mengantuk Betol Mata Nie, terpaksa melayan 40jam keje [5syif]. Nak rabak Biji Mata nie asanya, Hahaha. Nak wat cam ne, rakan2 ada hal, kena la tolong dengan hati yang ikhlas. Tapi aku dah biasa pun buat 40 jam nie, paling lama pernah aku buat 48 jam, Masyuk!!

Sekarang nie petang je hujan lebat kat KL nie, hari Ahad SMART tunnel di tutup sementara dari jam 0200-0600 petang disebabkan air bertakung, pump boleh bikin hal pulak, nasib baik di kawal oleh rakan2 sekerja yang cemerlang, tahniah diucapkan, hahaha!!

Ramalan cuaca dari 13April-19April, dijangka setiap petang KL hujan lebat. Jadi mane yang naik motor tue, bawak jela baju hujan, stanby, cuaca sekarang nie tak menentu.

Friday, April 10, 2009

Kembali Bercuti !!!

09/04/09 Kini Aku kembali BERCUTI, Hohoho.. Kawan2 aku selalu bingung kenapa la aku nie banyak sangat cuti, keje sikit cuti memanjang, hahaha..Sebenarnya, aku selalu tukar syif untuk jimatkan minyak, x larat kos minyak kalau pegi balik keje, lebih baik buat sekali jalan, pastu cuti..Hahaha

Plan cuti aku, Esok Jumaat dah tentu perjalanan pertama pie Solat Jumaat, pastu nak pie beli CD Kosong kat Imbi nak Burn Lagu, nak dengar dalam kereta. Next Day Hari Sabtu, banyak benda nak buat, nak Pie Usha LCD baru, yang skang nie kawan aku nak beli,aku jual harga baik punya (LCD LG Flatron L1781Q Ultra-Slim - RM 300). Di KLCC ada PC Fair, jadi aku takkan terlepas pergi, tapi satu je yang aku tak suka pergi KLCC nie, parking tak best langsung. Huhu

Dah selesai semua, Nak pergi Berjaya Time Square layan bowling [Berlatih!!, Aku ada perlawanan 17April], Pastu Pergi The Mines Karaoke di JUSH K.Terakhir sekali Pergi Kg baru makan Wastern Food. Nie la plan cuti aku 2 hari Jumaat & Sabtu. Sekian, Hahaha

Thursday, April 9, 2009

Vclip Thomas - Bunga



Lagu Vclip Pilihan - Didalam Playlist juga boleh dengar!! memang tangkap lentok. Best!!

Wednesday, April 8, 2009

SMART bowling !!

7April09 Jam 0300 menyaksikan pemilihan 15 kumpulan dari 45 Staff2 Smart untuk perlawanan bowling yang akan diadakan pada 17April09 di Berjaya Times Squre.


Kumpulan 1
Kumpulan 2
Amir (Maint) Solehin (Traffic)

Al Zahni (Traffic) Norhamisah (Ops)

Mohd Noor Halim (Ops) Syahrulnizam (Ops)


Kumpulan 3 Kumpulan 4
Elly (Pr) Mohd Noor (Pr/Ops)

Azrul (Traffic) Fazidah (Legal)

Yanti (Ops) Siti Halimahton (Ops)


Kumpulan 5 Kumpulan 6
Hairon (Traffic) Darussalam (Maint)

Shahrin (HRA) Harizah (HRA)

Zaiti Azra (Ops) Rahimah (Finance)


Kumpulan 7 Kumpulan 8
Mohd Fuad (GMO) Zulkarnain (Ops)

Radzi (Traffic) Noazura (Ops)

Visunathan (Maint) Alex (Maint)


Kumpulan 9 Kumpulan 10
Abdullah (Traffic) Zulkifli (Ops)
Azmazura (Ops) Ainul (Finance)

Nurul Ain (Ops) Zarinah (Ops)


Kumpulan 11 Kumpulan 12
Hafiz (Legal) Kamaruszaman (Traffic)

Rulkhaizam (Traffic) Mustaffi (Pr)

Norlinda (Ops) Lee Kee Seng (Maint)


Kumpulan 13 Kumpulan 14
Norzana (HRA) Azuan (Ops)

Ikmal (HRA) Elizabeth (Maint)
Fairuz (Maint) Shasmin Sazlin (Ops)

Kumpulan 15
Royfuddin (Traffic)
Rosnani (Ops)
Usnizan (Traffic)


Rusuhan di Stadium Sultan Mohamed ke-IV



Apa kebenda Nie !! Maen Bola x Seberapa Huru hara bikin. Peristiwa memalukan ini berlaku berpunca dari Penjaga Gol Kelantan Halim Napi meluru kearah Aidil Zafuan Abdul Radzak dan menumbuk dan memijak pertahanan Negeri Sembilan itu sebelum dileraikan oleh rakan sepasukannya dalam saingan separuh akhir pertama.

Keadaan bertambah teruk diluar stadium apabila penyokong kelantan membuat rusuhan dengan terbalikkan kenderaan polis dan membakarnya selain beberapa kenderaan dipecahkan cermin.

Keputusan Separuh Akhir Piala FA pusingan pertama ini menyaksikan dua perlawanan antara kelantan-N.Sembilan di Stadium Sultan Mohamed ke-IV kelantan yang berakhir tuan rumah tewas 0-1, manakala satu lagi perlawanan di Stadium
Utama, Kangar antara Perlis-Selangor berakhir dengan Seri 1-1.


Tuesday, April 7, 2009

Tahniah Pakatan Rakyat

Kejayaan Pakatan Rakyat mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau dengan pertambahan majoriti membuktikan penolakan berterusan rakyat terhadap BN walaupun pilihanraya umum sudah setahun berlalu.

Kemenangan itu juga menunjukkan rakyat Malaysia semakin pandai menilai walaupun pihak media & BN membuat bermacam2 propaganda terhadap calon PR, namun pentas undi telah terbukti rakyat sudah muak dengan cara ini.

Kadar Peratusan undi pula, di Batang Ai Sarawak 71.2%, Bukit Gantang 75.1% dan Bukit Selambau 70.28%.

KEPUTUSAN RASMI :
Adun Batang Ai, Sarawak (N29)
Malcolm Mussem (PRS-BN) = 3,907 Undi
Jawah Gerang (PKR-PR) = 2,053 Undi
Majoriti BN Menang = 1,854


Adun Bukit Selambau,Kedah
Calon Calon Bebas = 1253 Undi :

R Loganathan = 31 Undi

Tan Hock Huat = 78 Undi

Mohd Radhi Mat Lazim = 25 Undi

Mohd Fadzil Wahab = 83 Undi

Abdul Rahim Abu = 60 Undi

L Sarala = 49 Undi

A Jayagopal = 35 Undi

S Moganakumar = 46 Undi

Khamis Awang = 29 Undi

Husaini Yaacob = 257 Undi

Venason Michael = 32 Undi

Mejar (B) Anuar Abdul Hamid = 528 Undi

T Chandrarajan - 73
Undi
S.Manik
umar (PKR-PR) = 12,632 Undi
Datuk S Ganesan (MIC-BN) = 10,229 Undi

Majoriti PR Menang = 2,403


Adun Bukit Gantang, Perak (P59)

IR Dato Sri Nizar Jamaluddin (PAS-PR) = 21,860 Undi

Ismail Saffian (UMNO-BN) = 19,071 Undi

Majoriti PR Menang = 2,7
89

Sunday, April 5, 2009

Kereta Idaman

[Pandangan belakang]

[Pandangan dari bahagian tepi]