Monday, April 27, 2009

Selangor Julang Piala FA


Pada Sabtu yang lalu, 25 April 2009 - Selangor sekali lagi melebarkan rekod kejaguhannya dalam persaingan bola sepak kalah mati kebangsaan apabila menjulang Piala FA dengan menewaskan Kelantan 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Ini adalah kejuaraan ke-5 selepas tahun 1991, 1997, 2001 dan 2005. Selangor mengikat Kelantan 1-1 sehingga 30 minit masa tambahan setelah kedua-duanya buntu jaringan dalam permainan sebenar 90 minit dan berakhir dengan penalti.

Jaringan gol pertama menggembirakan hampir 50 000 penyokong Kelantan, dicipta dengan tandukan Nor Farhan pada minit ke-92 dengan menyudahkan umpanan lambung ketua pasukan, Badhri Radzi selepas mendapat tolakan Khalid dari sebelah kanan. Bagaimanapun, pesta kegembiraan dan kebingitan sorakan itu langsung lenyap lapan minit kemudian apabila ketua pasukan Selangor, Amri Yahyah menanduk rendah daripada umpanan lambung kanan Surendran untuk menyamakan kedudukan 1-1.

No comments:

Post a Comment