Thursday, April 23, 2009

Pelik Tapi Benar

IZHEVSK, Rusia - Walaupun agak pelik kes ini, tapi ia benar. Menurut sebuah akhbar diRusia, seorang pemuda Artyom Sidorkin yang berumur 28 tahun pergi ke Pusat Kanser Udmurtian di Rusia Tengah pada minggu lalu kerana batuk berdarah dan sakit dada.

Doktor-doktor pada awalnya mendapati terdapat tumor di dalam salah satu paru-parunya berdasarkan ujian X-ray tetapi setelah dibedah, mereka terkejut apabila mendapati sebatang pokok fir kecil berdaun hijau setinggi lima sentimeter berada dalam paru-paru.

Sidorkin berkata, sebelum ini doktor memberitahunya batuk berdarah itu bukan disebabkan dia dijangkiti sebarang penyakit. "Ia sangat sakit seperti mencucuk dalam saluran badan. Terasa sakit yang amat sangat. Namun saya tidak pernah terfikir ada objek dalam badan saya," kata Sidorkin.

Doktor-doktor percaya, Sidorkin mungkin menelan benih pokok itu yang kemudian membesar di dalam tubuhnya. Sebahagian paru-paru Sidorkin dan pokok itu diawet untuk kajian lanjut.

[Nasib baik tak tumbuh pokok kelapa ke, rambutan ke, HAHAHA - Pelik Tapi Benar]

No comments:

Post a Comment