Saturday, June 27, 2009

Final Piala Konfederasi

Pemain gantian Brazil, Daniel Alves memusnahkan harapan Afrika Selatan apabila bola tendangan percuma yang diambilnya meledak masuk ke gawang tuan rumah pada minit ke-87 dalam aksi separuh akhir Piala Konfederasi di Stadium Ellis Park, Johannesburg.

Tendangan Danial Alves menggegarkan gawang Afrika Selatan menerusi tendangan percuma dari jarak 18 meter sekali gus membuatkan 50,000 penonton yang memenuhi Ellis Park terdiam dan terpaksa berputih mata untuk menyaksikan pasukan negara mereka beraksi dalam perlawanan final.

Brazil akan bertemu Amerika Syarikat yang berjaya ke final walaupun bukan pasukan pilihan setelah mengejutkan Sepanyol merupakan ranking 1 dunia dengan jaringan 2-0. Ini merupakan Satu sejarah bagi pasukan Amerika Syarikat. Dua jaringan AS itu dijaringkan Jozy Altidore dan Clint Dempsey.

No comments:

Post a Comment