Sunday, March 29, 2009

Berita Dari 3 PRK


SEJARAH TERUKIR DI BUKIT SELAMBAU
Buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya di Malaysia, Jumlah keseluruhan calon yang akan bertanding di PRK Dun Bukit Selambau seramai 15 calon menyaksikan pertandingan 15 penjuru iaitu 1 dari Pakatan Rakyat, 1 dari Barisan Nasional & 13 lagi dari Parti Bebas.

Senarai calon mengikut kedudukan dalam kertas undi, R. Loganathan (menggunakan simbol Kelapa Sawit), Tan Hock Huat (Kunci),Radzi Md Lazim (Kerusi), S. Manikumar (PKR), Mohd Fazil Abdul Wahab (Kepala Harimau), Abdul Rahim Abdul (Jam loceng), L.Sarala (Basikal),S. Ganesan (BN), A. Jayagopal (Payung), S. Moganakumar (Nuku), Khamis Awang (Ayam Jantan), Husaini Yaacob (Bas), M.Vaneson (Ikan), Anuar Abdul Hamid (Telefon) dan T. Chandrarajah (Kapal Terbang).

Kehadiran Penyokong dari Pakatan Rakyat sehingga 15 ribu orang, menenggelamkan penyokong calon2 yang lain termasuk Barisan Nasional.

DUN BATANG AI, BN VS PR
Di Sarawak, PRK Di Dun Batang Ai, menyaksikan pertandingan 2 penjuru, antara 2 parti terbesar Malaysia iaitu Malcolm Mussen Lamoh (PRS) dicabar calon (PKR) Jawah Gerang. Seorang lagi calon bebas Johnny Chuat, 38 menarik diri dari pertandingan dan mengisytiharkan sokongan penuh kepada parti keadilan Rakyat.Penarikan diri calon bebas ini mendapat sorakan dari PR.

PARLIMEN BUKIT GANTANG, 3 PENJURU
Penyokong dari Pakatan Rakyat terlalu ramai sehingga 60 ribu menghangatkan perjalanan proses pencalonan di Bukit Gantang. 3 Calon telah Sah bertanding menyaksikan pertandingan 3 penjuru antara Ismail Safian (BN), Nizar Jamaluddin (PAS) dan Kamarul ramizu Idris (Bebas).

Gambar Menarik di Sekitar Pencalonan :


No comments:

Post a Comment