Sunday, March 22, 2009

Insafi diri dari perbuatan 'Zina'

Telah pon kita ketahui, Usia Dunia menuju kehancuran (Akhir Zaman). Perbuatan Zina salah satu petanda dunia menghampiri hari Qiamat. Seringkali kita membaca di akhbar berita mengenai anak luar nikah dan lebih menyedihkan tentang pembuangan bayi. Mengapa semua ini terjadi, disebabkan kekurangan didikan agama dan betapa nipisnya iman tanpa memikirkan segala perbuatan mereka akan dihitungkan diakhirat kelak. Perbuatan Zina hanya kenikmatan kotor yang hanya sementara dan menjual maruah diri untuk bermandi api neraka yang penuh azab dan derita.
Ketika peristiwa Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW diperlihatkan keadaan lelaki dan perempuan yang diletakkan di hadapan mereka dua piring, satu berisi daging yang membangkitkan selera manakala satu lagi berisi daging busuk. Lelaki dan perempuan itu lebih gemar terhadap daging busuk itu dan tidak langsung menyentuh daging yang membangkitkan selera. Rasulullah diberitahu Malaikat Jibril bahawa mereka tergolong di dalam kalangan mereka yang suka berzina. Allah turut memperlihatkan kepada Nabi Muhammad bagaimana sekumpulan manusia yang digantung pada buah dada mereka dengan rantai api neraka dan dari faraj mereka, keluar nanah busuk, sehingga ada di kalangan ahli neraka itu sendiri tidak senang melihat keadaan mereka dan meminta dijauhkan. Mereka itu, menurut Jibril, adalah kalangan yang tidak menjaga kehormatan.

Firman Allah, yang bermaksud: "Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang sangat buruk." (Surah al-Isra', ayat 32).

Firman Allah, yang bermaksud: "Perempuan dan lelaki yang berzina, hendaklah kedua-duanya didera. Masing-masing 100 kali dera (pukulan), janganlah sayang terhadap kedua-duanya dalam menjalankan agama Allah, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Hendaklah hadir ketika menyeksa kedua-duanya, satu golongan daripada orang mukmin." (Surah an-Nur, ayat 2)

Firman Allah, yang bermaksud: "Katakanlah, wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa semuanya. Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah az-Zumar, ayat 53).

Berpandukan firman Allah dan hadis di atas, mereka yang sudah terlanjur melakukan dosa besar itu, tidak harus berputus asa. Dia hendaklah segera bertaubat kepada Allah dan menyesali perbuatannya. Insya-Allah, dosanya akan diampunkan Allah. ISYAALLAH!!!

No comments:

Post a Comment