Sunday, July 5, 2009

Ananda Beli Newcastle United

Aku bukan lah peminat pasukan Newcastle United, tapi ada sedikit yang menarik bagi pasukan ini bagi musim akan datang.
Akhbar The Sun di Britain semalam, mendedahkan identiti bilionair dari Malaysia yang mahu membeli kelab bola sepak Newcastle United ini ialah T. Ananda Krishnan dengan pada harga £95 juta (RM547 juta).

Beliau ini, merupakan orang kedua terkaya di Malaysia selepas Tan Sri Robert Kuok yang memiliki harta sebanyak RM31.5 bilion. Di ranking dunia beliau merupakan manusia ke 62 terkaya didunia.

Ashley dilaporkan bersetuju untuk menjual kelab itu kurang £40 juta (RM230.33 juta) daripada harga belian asalnya pada 2007.

Menurut The Sun, Ananda mungkin mengekalkan Alan Shearer sebagai pengurus kelab itu.


3.7 juta layak mengundi tapi tidak mendaftar

Selepas majlis taklimat mengenai Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai di sini semalam, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ngah Senik memberitahu kepada media seramai 3.7 juta daripada 27 juta rakyat di negara ini yang layak mendaftar sebagai pemilih didapati tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi, kata

Katanya, situasi itu membimbangkan kerana masih ramai golongan muda berusia 21 hingga 39 tahun belum sedar hak mereka sebagai pemilih untuk menentukan masa depan dan kelangsungan proses demokrasi negara.

Ini jumlah yang besar dan boleh memberi kesan kepada kelancaran perjalanan proses demokrasi negara.

Selangor Sumbang 6 Juta pada SAR

Pada 2Julai yang lalu, Kerajaan negeri Selangor telah menyampaikan sumbangan wang sebanyak RM6 juta kepada 24 Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh negeri Selangor.

Sumbangan sebanyak itu boleh dijadikan motivasi untuk para guru2 yg selama ini amat rendah gajinya, pelajar2 juga akan lebih sempurna pengajian agama mereka.

Sumbangan ini disempurnakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Datuk Abdul Khalid Ibrahim di Sekolah Agam Al-Farabi, Kampung Delek.


Wednesday, July 1, 2009

Tinggal Kenangan !!

Hari Ahad yang lepas 28/06/09 ialah hari terakhir bagi rakan aku nie berkerja di SMART.

Beliau antara pekerja terawal yang bertugas di dalam bilik kawalan SMART, kini yang tinggal yang 2 orang orang lama. Yang lain adalah anggota baru. Beliau adalah pekerja yang ke-8 berhenti kerja di SMART sebagai Controller.

Difahamkan, Rakan aku nie, akan sambung belajar di UNIKL dalam bidang kapal terbang. Memang pandai dia nie, Hahaha..

Jadi, semoga beliau akan berjaya nanti dan jangan lupa rakan-rakan di SMART.

H1N1 ke Parlimen

Semalam petang, Jangkitan selesema A (H1N1) telah dibahaskan di Dewan Rakyat. Usul Tergempar ini dibawa oleh pemimpin PKR, MP Gopeng iaitu Dr Lee Boon Chye.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata usul ahli parlimen Gopeng itu memenuhi tiga kriteria untuk dibahaskan: sesuatu perkara khusus, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.

Beliau membawa usul ini bagi dibahaskan disebabkan penularan semakin meningkat dan perlukan tindakan bagi mengekang wabak tersebut. Beliau menggesa Dewan Rakyat membahaskan sama ada pemeriksaan di sempadan dan pintu masuk negara perlu diperketatkan lagi.

H1N1 - Terkini 158 Kes

Hari ini, Jangkitan selesema A (H1N1) meningkat 14 Kes lagi menjadikan terkini 158 Kes. Daripada kes terbaru itu, 11 kes import manakala 3 kes jangkitan tempatan. Terkini, 47 Orang masih dirawat, dan kesemuanya berada dalam respon yang baik.

Sejak semalam, 2 buah sekolah lagi ditutup kerana terdapat jangkitan tempatan, iaitu Sekolah Tinggi Chung Hwa, Seremban dan Sekolah Menengah Tsun Jin, Kuala Lumpur.

Kementerian telah mewujudkan laman web khusus untuk H1N1 yang boleh diakses di alamat http://h1n1.moh.gov.my mulai esok.

Selain itu,2 talian baru dibuka 03-88 83 44 14 dan 03-88 83 44 15 sebagai tambahan kepada talian sedia ada iaitu 03-8881 0200 dan 03-8881 0300 untuk kemudahan orang ramai.

Calon BN Vs Calon Pas

Calon Pas - Fauzi Abdullah (Kelulusan Sek Agama, Tauke Kedai Ikan)
Calon BN - Tuan Aziz Tuan Mat (Kelulusan Pengurusan Teknologi UITM)

14 Julai ini, pasti rakyat malaysia akan tertumpu di Manek Urai, Kelantan bagi melihat apakah penduduk di Manek Urai akan kekal memilih Parti PAS untuk menjadi wakil rakyat mereka ataupun sebaliknya.

Pada mulanya Parti PAS dikatakan pengaruhnya akan kurang disebabkan Kes Kerajaan Perpaduan, bagaimanapun ia telah diselesaikan. Bagi Calon BN, tiada sebarang masalah kerana beliau tidak terlibat dua kumpulan utama di Kuala Krai - ketua bahagian Datuk Ramzi Abdul Rahman dengan bekas ketua Datuk Wan Zaid Abdullah yang masing-masing meletakkan orangnya sebagai calon.

Kedua-dua calon berpeluang untuk menang, bagaimanapun Manek Urai merupakan Kubu Kuat PAS. Mulai hari penamaan calon 6 Julai, Manek Urai akan menjadi fokus utama peminat politik seluruh negara untuk mengetahui kekuatan pengaruh dua parti musuh tradisi itu khususnya di kawasan pedalaman yang menjadi asas mengukur sentimen pengundi Melayu. Pada Pilihanraya yang ke 12, Calon Pas Ismail Yaacob menang dengan majoriti 1,352.


Sunday, June 28, 2009

Kedudukan Liga Super

Perlawanan penuh dramatik antara Selangor & Perlis malam tadi berakhir dengan seri 0-0, ini bermakna kedua-dua masih berpeluang untuk bersaing bagi membawa pulang piala liga. Selangor masih berada diatas liga dengan 48 mata melebihi 2 mata dari perlis yang mengumpul 48 mata.

Pasukan kelantan beraksi cemerlang semalam dengan membelasah perak 4-0, mengikut rapat dibelakang pasukan perlis dengan perbezaan 6 mata. Pasukan kelantan telah memenangi 5 perlawanan berturut-turut tanpa kalah.


Total Form
#


Team MP
W D L F A D P Last 5 matches
1


21 15 3 3 44 17 +27 48 D W D W W
2


21 14 4 3 31 15 +16 46 D W W D L
3 Previous rank: 6

21 13 1 7 44 28 +16 40 W W W W W
4 Previous rank: 3

20 11 3 6 30 21 +9 36 D W D L L
5


20 11 2 7 37 23 +14 35 W L W L W
6 Previous rank: 4

21 10 4 7 35 22 +13 34 L L D L W
7


20 11 1 8 30 23 +7 34 W L W W L
8


20 11 0 9 34 28 +6 33 W W L W W
9


21 9 2 10 23 28 -5 29 L W W L W
10


21 9 2 10 24 32 -8 29 W W L L D
11


21 8 4 9 22 21 +1 28 D W W W L
12


21 3 3 15 22 49 -27 12 L L L L L
13


21 3 2 16 22 50 -28 11 L L L L L
14


21 0 3 18 14 55 -41 3 L L L L D