Wednesday, July 1, 2009

H1N1 ke Parlimen

Semalam petang, Jangkitan selesema A (H1N1) telah dibahaskan di Dewan Rakyat. Usul Tergempar ini dibawa oleh pemimpin PKR, MP Gopeng iaitu Dr Lee Boon Chye.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata usul ahli parlimen Gopeng itu memenuhi tiga kriteria untuk dibahaskan: sesuatu perkara khusus, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.

Beliau membawa usul ini bagi dibahaskan disebabkan penularan semakin meningkat dan perlukan tindakan bagi mengekang wabak tersebut. Beliau menggesa Dewan Rakyat membahaskan sama ada pemeriksaan di sempadan dan pintu masuk negara perlu diperketatkan lagi.

No comments:

Post a Comment