Monday, July 6, 2009

Himpunan Mansuhkan ISA

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) hari ini mengedarkan risalah untuk mengingatkan orang ramai mengenai perhimpunan besar-besaran anti-ISA yang dijadual berlangsung di ibungara pada 1 Ogos depan.

Program itu bermula dengan sidang akhbar oleh pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh di depan pintu masuk SOGO. Beliau disertai oleh ahli exco Pemuda PAS, Mohd Sani Hamzan dan juga setiausaha Pemuda PAS, Kamaruzaman Mohamad.

Syed Ibrahim mengajak rakyat keluar beramai-ramai untuk menyatakan dengan lantang kepada kerajaan supaya memansuhkan ISA. Katanya, walaupun di peringkat permulaan Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik perdana menteri, ada tahanan ISA yang dibebaskan tetapi selepas itu, berlaku lagi penahanan di bawah ISA dimana tiga orang ditahan di bawah ISA pada 25jun lalu dan menurutnya, ia turut disahkan oleh ketua polis negara. Beliau menggesa supaya ISA dimansuhkan, perhimpunan itu diadakan untuk menuntut pembebasan semua tahanan ISA dan menutup kem tahanan Kamunting.

Kamaruzaman pula berkata, pihaknya menganggar perhimpunan tersebut mampu menarik 150,000 hinggaa 200,000 orang.

Manakala Mohd Sani pula menggesa anak-anak muda supaya turun memberi sokongan kepada perhimpunan tersebut.

No comments:

Post a Comment