Wednesday, July 1, 2009

H1N1 - Terkini 158 Kes

Hari ini, Jangkitan selesema A (H1N1) meningkat 14 Kes lagi menjadikan terkini 158 Kes. Daripada kes terbaru itu, 11 kes import manakala 3 kes jangkitan tempatan. Terkini, 47 Orang masih dirawat, dan kesemuanya berada dalam respon yang baik.

Sejak semalam, 2 buah sekolah lagi ditutup kerana terdapat jangkitan tempatan, iaitu Sekolah Tinggi Chung Hwa, Seremban dan Sekolah Menengah Tsun Jin, Kuala Lumpur.

Kementerian telah mewujudkan laman web khusus untuk H1N1 yang boleh diakses di alamat http://h1n1.moh.gov.my mulai esok.

Selain itu,2 talian baru dibuka 03-88 83 44 14 dan 03-88 83 44 15 sebagai tambahan kepada talian sedia ada iaitu 03-8881 0200 dan 03-8881 0300 untuk kemudahan orang ramai.

No comments:

Post a Comment