Wednesday, July 1, 2009

Calon BN Vs Calon Pas

Calon Pas - Fauzi Abdullah (Kelulusan Sek Agama, Tauke Kedai Ikan)
Calon BN - Tuan Aziz Tuan Mat (Kelulusan Pengurusan Teknologi UITM)

14 Julai ini, pasti rakyat malaysia akan tertumpu di Manek Urai, Kelantan bagi melihat apakah penduduk di Manek Urai akan kekal memilih Parti PAS untuk menjadi wakil rakyat mereka ataupun sebaliknya.

Pada mulanya Parti PAS dikatakan pengaruhnya akan kurang disebabkan Kes Kerajaan Perpaduan, bagaimanapun ia telah diselesaikan. Bagi Calon BN, tiada sebarang masalah kerana beliau tidak terlibat dua kumpulan utama di Kuala Krai - ketua bahagian Datuk Ramzi Abdul Rahman dengan bekas ketua Datuk Wan Zaid Abdullah yang masing-masing meletakkan orangnya sebagai calon.

Kedua-dua calon berpeluang untuk menang, bagaimanapun Manek Urai merupakan Kubu Kuat PAS. Mulai hari penamaan calon 6 Julai, Manek Urai akan menjadi fokus utama peminat politik seluruh negara untuk mengetahui kekuatan pengaruh dua parti musuh tradisi itu khususnya di kawasan pedalaman yang menjadi asas mengukur sentimen pengundi Melayu. Pada Pilihanraya yang ke 12, Calon Pas Ismail Yaacob menang dengan majoriti 1,352.


No comments:

Post a Comment