Saturday, August 29, 2009

X Box/PS3 to PC MOniter & Amplifier

Hampir seminggu aku search dalam intenet untuk mencari cable untuk sambungan dari XBOX ke PC Moniter. Aku nak beli LCD TV mahal sangat jadi tak berkemampuan. Akhirnya hari ini, aku jumpa alat yang sesuai digunakan untuk membolehkan Xbox @ PS3 disambungkan ke PC Moniter & Amplifier.


Selain dari menggunakan Adapter dan kotak hitam dalam gambar diatas, aku jumpa satu lagi cara lain iaitu menggunakan cable.

Harga Cable nie tak silap aku lebih RM 100, memang agak mahal la gak tapi takpe yang penting aku dapat bermain XBOX aku di PC LCD Moniter aku.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-52 Silakan Download lagu2 yang popular 1 Malaysia

klasifikasi Minyak di Malaysia


Di Eropah, klasifikasi keseragaman petrol dibahagikan kepada tiga kelas utama. iaitu RON91, RON95 dan RON98
RON91 - Dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum
RON95 - Petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium
RON98 - Petrol Super Plus atau Super Premium.

Di Malaysia, klasifikasi petrol diselaraskan kepada dua jenis RON (Research Octane Number) iaitu RON95 dan RON97. RON 95 baru diperkenalkan menggantikan RON92 yang berharga RM1.75 seliter, manakala RON97 akan menjadi petrol premium pada harga RM2.

RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol. RON95 bermaksud didalamnya terdapat 95% Oktana dan selebihnya pentana begitu juga RON97 didalamnya 97% Oktana & selebihnya pentana.

Sifat oktana adalah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Jadi, dengan enjin yang dicipta untuk pembakaran 95 peratus oktana, memadai kita menggunakan petrol RON95. Namun, jika enjin tersebut dicipta untuk tekanan 97 peratus oktana, maka penggunaan RON95 tidak sesuai. Oktana mempunyai keupayaan mengembangkan tekanan dengan baik, tetapi bukan pentana. Pentana hanya akan melambatkan proses timbal-balik dan di sinilah masalah ketukan berlaku.

Dakwaan yang mengatakan semakin tinggi RON lebih baik adalah salah kerana petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan untuk enjin.

LIGA JUARA-JUARA 09/10

Hasil undian LIGA JUARA-JUARA bagi 2009/10 bakal menyaksikan 9 bekas juara beraksi dalam format 32 pasukan yang diasingkan dalam lapan kumpulan.

Thursday, August 27, 2009

Window 7


Selepas Microsolf mendapat kritikal mengenai prestasi Windows Vista, (aku sendiri menggunakan Windows Xp), mereka beralih dengan memperkenalkan Windows 7 walaupun Vista baru setahun jagung dipasaran.

Windows 7 dijangka dipasaran awal tahun depan. Kali ini, Microsoft menjanjikan kelainan untuk OS Windows 7 dengan mengatakan ia jauh terhandal serta penuh inovasi. Mungkin Microsoft terpaksa mengakui ramai pengguna di dunia ini lebih sayangkan Windows XP namun berdasarkan maklum balas orang ramai, Microsoft menjadikannya jauh lebih baik termasuk keupayaan penukaran program sehingga merekod televisyen. Ia dikatakan memudahkan pelayaran komputer peribadi (PC) serta keupayaannya berhubung dengan dunia lain.

Jangan terkejut dengan kemunculan Windows 7 nanti yang pastinya lebih berinovasi dan penjadi pelopor kemajuan manusia.

Tetapi sejauh manakah kita mampu menerimanya?

Wednesday, August 26, 2009

PAS Kekal di Permatang Pasir

Pas berjaya mengekalkan kemenangan 4x berturut2 PR di Permatang Pasir Sejak 1999. Kemengan ini menjadikan PRK ke 7 dimenangi Pakatan Rakyat sejak PR 2008. Ini juga terbukti Corak 2008 masih kekal kerana pengundi mahukan pembaharuan sistem dan cara kepimpinan yang berintegriti perlu ada pada seseorang pemimpin.


JUMLAH UNDI
Pas
- 9618
UMNO - 5067
Majoriti - 4551
Undi Rosak - 83

UPU
Samagagah
- Pas 1397 BN 594 Majoriti: 803
Permatang Ara - Pas 1397 BN 1075 Majoriti: 322
Permatang Pauh - Pas 875 BN 354 Majoriti: 521
Bukit Indera Muda - Pas 1302 BN 862 Majoriti: 440
Kg Pelet - Pas 738 BN 546 Majoriti: 192
Kubang Semang - Pas 773 BN 275 Majoriti: 498
Tanah Liat - Pas 971 BN 500 Majoriti: 471
Cross Street - Pas 938 BN 300 Majoriti: 638
Permatang Tengah - Pas 1225 BN 555 Majoriti: 570

UNDI POS

Pas 2 BN 6 Majoriti: -4

Tuesday, August 25, 2009

Perlawanan ke-3 EPL

Arsenal (4) Portsmouth (1)
Manchester United (5) Wigan Athletic (0)
Sunderland (2) Blackburn Rovers(1)
Manchester City (1) Wolverhampton Wanderers (0)
Hull City (1) Bolton Wanderers (0)
Birmingham City (0) Stoke City (0)
Chelsea (2) Fulham (0)
Burnley (1) Everton (0)
West Ham United (1) Tottenham Hotspur (2)
Liverpool (1) Aston Villa (3)

Tottenham Hotspur kini berada ditakhta liga dengan 3 perlawanan 9 Mata, Chelsea turut mengumpul mata yang sama yang membezakan hanya jumlah Gol. Arsenal,Manchester United & Manchester City sama2 menang dengan bergaya. Pasukan baru Burnley yang sebelum ini membuat kejutan mengalahkan juara musim lalu turut menang dengan menumbangkan Everton 1-0 menjadikan pasukan Everton terus kekal di tangga tercorot liga. Pasukan Liverpool hampa di gelanggang sendiri apabila tumbang di tangan Aston Villa 3-1. Menjadikan dari 3 perlawanan, liverpool hanya mengumpul 3 mata sahaja.

Monday, August 24, 2009

Jambatan Malaysia-Indonesia


Projek ini akan di luluskan jika mendapat lampu hijau dari kerajaan Malaysia dengan Indonesia.

Jambatan tersebut sepanjang 48.68 kilometer itu yang dianggar membabitkan kos kira-kira AS$12.5 billion (AS$1.00=RM3.54) akan menghubungkan Teluk Gong di Melaka dan Dumai di Sumatera. Jangkaan projek ini untuk siap sepenuhnya hampir 9 tahun.


Idea pembinaan jambatan itu dicetuskan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi terpaksa dibatalkan buat sementara waktu akibat kegawatan ekonomi yang melanda Asia pada 1997 dan 1998.

Tok Guru Nik Aziz Saman 3 Media

Kenyataan Sebenar Nik Aziz :

"Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik (bukan Palastin). Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.

Laporan yang dimanupulasikan :

"anggota Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin".

Bagaimapun, Nik Aziz sudah menafikan laporan-laporan itu 2 hari kemudiannya.

Akibatnya :

Penasihat Undang-Undang PAS Mohamed Hanipa Maidin menjelaskan Nik Aziz mahu 3 media terbabit memohon maaf secara terbuka dalam masa 7 hari, sekiranya tidak mahu saman itu diteruskan.


Saturday, August 22, 2009

Sahur !!

Puasa pertama nie sampai la Puasa ketiga, aku bersahur di pejabat. Terpaksa la sahur awal, bawa bekalan dari rumah, lambat makan kang takut basi pulak. Hahaha. Hari ini aku bersahur nasi lauk ayam masak kicap ngan sambal telur.









Rakan sekerja aku pulak masak kat pejabat nie, masak nasi ngan sambal ikan bilis aje!! Cukup la kan, yang penting bersahur.

Ibn Umar ra, meriwayatkan bahawa Rasulallah SAW bersabda :
" Sesungguhnya Allah dan para Malaikatnya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur "

Friday, August 21, 2009

Sony's PS3 Slim Carries

Sony mengeluarkan model terbaru PS3 yang lebih tipis, nipis & yang pasti lebih gempaq pasti menarik perhatian bagi peminat Game (Macam Aku),hihi. Terpasarnya konsul terbaru ini, harga PS3 yang sebelum ini akan dikurangkan harganya bagi berdepan masalah dalam penjualannya yang agak terlalu mahal.

EPL - Perlawanan Kedua

Keputusan Perlawanan kedua EPL

Sunderland (1) Chelsea (3)
Wigan Athletic (0) Wolverhampton Wanderers (1)

Burnley (1) Manchester United (0)
Hull City (1) Tottenham Hotspur (5)

Liverpool (4) Stoke City (0)

Birmingham (1) Portsmouth (0)


MU tumbang ditangan pendatang baru Burnley 1-0 di Turff Moor semalam telah mengejutkan ramai pemerhati bola sepak. Gol pemusnah United itu muncul pada minit ke-19 menerusi rembatan Robbie Blake.

Pasukan Liverpool kembali menunjukkan taring setelah tumbang sebelum ini dengan membenam Stoke City 4-0, manakala Tottenham Hotspur terus cemerlang dan kini membenam Hull City 5-1.


Ubat H1N1 dijual Maksimum RM 80.00

Orang ramai boleh mendapatkan vaksin H1N1dengan harga tidak melebihi Rm80.00 sekotak diseluruh rangkaian klinik atau hospital. Ia disampaikan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam media hari ini.

Beliau juga berkata Malaysia telah pun membuat tempahan awal bagi vaksin H1N1 dan bekalan pertama 400,000 dos akan tiba pada Oktober sementara yang kedua pada Januari.

Sabtu Nie PUASA

Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa mulai Sabtu ini, ia disampaikan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah melalui siaran langsung di TV1.

SELAMAT BERPUASA !!!

Monday, August 17, 2009

Piala Malaysia 2009

PIALA MALAYSIA

Undian Piala Malaysia 2009 telah pun dijalankan di di Wisma FAM, kelmarin yang akan menyaksikan :

Kumpulan A : Perlis, KL Plus, Pahang dan Melaka.

Kumpulan B : Terengganu, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak

Kumpulan C : Johor FC, Perak, UPB/MyTeam dan Kuala Lumpur

Kumpulan D : Selangor, KM Naza, Polis dan Sabah

Kumpulan E : Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Angkatan Tentera Malaysia

EPL - perlawanan pertama

KEPUTUSAN PERLAWANAN PERTAMA EPL

Chelsea (2) Hull City (1)
Portsmouth (0) Fulham (1)

Wolverhampton Wanderers (0) West Ham United (2)
Blackburn Rovers (0) Manchester City (2)
Bolton Wanderers (0) Sunderland (1)
Aston Villa (0) Wigan Athletic (2)
Stoke City (2) Burnley (0)
Everton (1) Arsenal (6)

Tottenham Hotspur (2) Liverpool (1)
Manchester United (1) Birmingham (0)

Perlawanan pertama menyaksikan pasukan gergasi EPL menang terutama Arsenal menang besar membelasah pasukan Everton 6-1, bagaimanapun Liverpool satu-satunya pasukan gergasi tumpas di tangan Tottenham 1-2



PRK Permatang Pasir - 2 Penjuru

BN LAWAN PR

PRK Permatang Pasir menyaksikan pertandingan 2 penjuru apabila calon PAS, Salleh Man (kiri) dan calon Barisan Nasional, Rohaizat Othman (kanan) sahaja menyerahkan borang pencalonan masing-masing di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bukit Mertajam di Pulau Pinang hari ini. Sungguhpun terdapat 15 bantahan terhadap kedua-dua calon, namun SPR memutuskan calon PAS Ustaz Salleh Man dan calon BN Rohaizat Othman layak bertanding pada 25Ogos depan.



Sunday, August 16, 2009

H1N1 - Ranking 9, 64 Orang Mati, 4225 Kes

Malaysia kini berada di dalam ranking 10 teratas dunia, bukan ranking bola sepak, tetapi rangking kematian tertinggi yang menunjukkan kegagalan dalam memerangi wabak H1N1.

Jumlah kematian meningkatkan kepada 64 orang dengan jumlah kes keseluruhannya meningkat kepada 4,225 orang. Ini satu jumlah yang membimbangkan dan Malaysia kini berada di ranking ke 9 Dunia. Anggaran kematian yang dijangkakan oleh badan kesihatan sedunia bagi Malaysia akan mencapai sasaran 5,000 hingga 28,000 orang.

Saturday, August 15, 2009

1 & 2 Ogos Kursus Team Building

Dah Lambat rasanya Upload Gambar2 nie, tapi nak buat macam mana, gambar2 nie semua baru je dapat. Hahaha. Beberapa kenangan bersama rakan2 sepanjang Kursus Team Building di Resort Hill,Pahang.Jam 0705 pada mulanya harus bergerak dari pejabat ikut dalam jadual, tapi bas yang ada buat hal pulak, Ekon tak ada, semput pulak tue, jadi terpaksa bergerak jam 0830, terlewat la jadinya kerana terpaksa tunggu bas yang baru.
Sampai sahaja, pembahagian anggota rumah dibagi, aku jadi leader untuk rumah aku, aku kena la pegang kunci, takut jugak aku, aku pelupa sikit sejak kebelakangan ini. Tapi syukur, aku berjaya pegang amanah yang diberikan. Satu rumah ada 4 orang, 3 rakan yang lain dalam rumah aku Abang Mail, Abang Z ngan member baik aku yang hensem En Qaiyum.

Kemudian, semua terus ke dewan untuk aktiviti pertama iaitu pembahagian kumpulan, aku dalam kumpulan 4, nampaknya nasib aku malang kot, aku jadi Ketua dalam kumpulan ini. Kami perkenalkan kumpulan kami Seriang!! yang bermaksud kumpulan yang sentiasa gembira, bersatu & bersama.

Sepanjang Dua hari disana macam2 aktiviti ada, kretiviti dalam mencipta logo baru untuk SMART dan macam2 la, Yang paling menyerlah dalam Aktiviti hilangkan Stress, dimana ketidakpuashati staff terhadap syarikat boleh diluahkan, tapi aku dah tau sebenarnya tujuan disebalik aktiviti ini, akhirnya kita harus sedar siapalah diri kita ini iaitu pekerja biasa sahaja.

Pada belah petang ada aktiviti padang, memang enjoy la gak, kena masukkan tali yang diikat bulat ke dalam baldi, tukang tarik semuanya kena ikat mata, kemudian tarik baldi tue sampai ke garisan penamat dengan arahan orang dibelakang [kapten]. Tujuan aktiviti nie lebih untuk menunjukkan semangat sepasukan. Aktiviti padang nie tamat jam 1800 petang. Bolehlah rehat panjang sikit sebab aktiviti malam mula jam 2030.
Apa yang aku rasa kurang menarik disini ialah masakannya. Makan dekat resort nie, dari pagi sampai ke malam sama sahaja masakannya.
Tapi bedal je lah, kang lapar pulak. Hahaha.

Gambar diatas nie dari kanan Qaiyum, Aku, Abang Mail ngan Usnizan. Baru lepas makan malam masa nie, perut semua kenyang, so lepak tepi kolam sambil borak2 yang tak berfaedah tapi bukan mengutuk la erk!! hahaha. Waktu malam sini memang best, sejuk je, nyamuk pun tarak, selesa betul tidur, sampai nak bangun pun liat.

Gambar yang penuh nostalgia, walaupun kursus ini hanya 2 hari sahaja, tetapi ia berakhir dengan penuh bermakna untuk menjadikan seseorang itu lebih berkeyakinan dan meluahkan sebarang permasalahan, Stress dan sebagainya dengan cara yang betul supaya segala bebanan didalam diri yang dikumpul dapat diselesaikan sebaiknya. Kursus ini berakhir jam 1230, dan bergerak pulang ke SMART jam 1300.

DEBARAN EPL BERMULA

DEBARAN EPL BERMULA


EPL bagi musim 2009/10 yang akan membuka tirai perlawanan pada malam ini yang akan menyaksikan beberapa perlawanan :

Chelsea V Hull City
15 Aug
Aston Villa V Wigan
15 Aug
Blackburn V Man City
15 Aug
Bolton V Sunderland
15 Aug
Portsmouth V Fulham
15 Aug
Stoke City V Burnley
15 Aug
Wolves V West Ham
15 Aug
Everton V Arsenal
15 Aug
Man Utd V Birmingham
16 Aug
Tottenham V Liverpool
16 Aug