Saturday, August 1, 2009

ADUN Permatang Pasir Meninggal Dunia

ADUN Permatang Pasir, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pagi ini.

DUN Permatang Pasir salah satu kerusi dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga merupakan kerusi DUN tunggal PAS di Pulau Pinang.

Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.

Allahyarham, pesuruhjaya PAS negeri hingga 2003, bertapak di Permatang Pasir selama tiga penggal sejak 1999. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan enam anak. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir di sini, selepas Asar.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pula dijangka mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir selewat-lewatnya 10 Ogos ini.

Ekoran kematian penyandangnya Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS, Difahamkan Umno akan bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut, Ia diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga presiden Umno selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di ibunegara.

Manakala Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Umno akan berusaha untuk merebut kerusi tersebut. Ini merupakan kali pertama Ahmad Zahid berdepan dengan pilihanraya di negeri itu, selepas dilantik menerajui Umno Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment