Saturday, August 29, 2009

klasifikasi Minyak di Malaysia


Di Eropah, klasifikasi keseragaman petrol dibahagikan kepada tiga kelas utama. iaitu RON91, RON95 dan RON98
RON91 - Dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum
RON95 - Petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium
RON98 - Petrol Super Plus atau Super Premium.

Di Malaysia, klasifikasi petrol diselaraskan kepada dua jenis RON (Research Octane Number) iaitu RON95 dan RON97. RON 95 baru diperkenalkan menggantikan RON92 yang berharga RM1.75 seliter, manakala RON97 akan menjadi petrol premium pada harga RM2.

RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol. RON95 bermaksud didalamnya terdapat 95% Oktana dan selebihnya pentana begitu juga RON97 didalamnya 97% Oktana & selebihnya pentana.

Sifat oktana adalah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Jadi, dengan enjin yang dicipta untuk pembakaran 95 peratus oktana, memadai kita menggunakan petrol RON95. Namun, jika enjin tersebut dicipta untuk tekanan 97 peratus oktana, maka penggunaan RON95 tidak sesuai. Oktana mempunyai keupayaan mengembangkan tekanan dengan baik, tetapi bukan pentana. Pentana hanya akan melambatkan proses timbal-balik dan di sinilah masalah ketukan berlaku.

Dakwaan yang mengatakan semakin tinggi RON lebih baik adalah salah kerana petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan untuk enjin.

No comments:

Post a Comment