Wednesday, August 5, 2009

Mangsa ke-8 H1N1

Seorang lagi mangsa jangkitan influenza A(H1N1) meninggal dunia hari ini iaitu melibatkan seorang guru dari sebuah sekolah di Selangor yang ditutup 27 Julai lalu.

Ia menjadikan jumlah yang meninggal dunia kerana wabak ini meningkat kepada lapan orang.

Sebelum itu, pada awal pagi semalam seorang ibu muda yang melahirkan anak dua minggu lalu meninggal dunia di Miri, Sarawak merupakan mangsa yang ke-7. Mangsa mengidap pneumonia yang teruk, merupakan kes kematian pertama di negeri itu.

No comments:

Post a Comment