Saturday, August 15, 2009

DEBARAN EPL BERMULA

DEBARAN EPL BERMULA


EPL bagi musim 2009/10 yang akan membuka tirai perlawanan pada malam ini yang akan menyaksikan beberapa perlawanan :

Chelsea V Hull City
15 Aug
Aston Villa V Wigan
15 Aug
Blackburn V Man City
15 Aug
Bolton V Sunderland
15 Aug
Portsmouth V Fulham
15 Aug
Stoke City V Burnley
15 Aug
Wolves V West Ham
15 Aug
Everton V Arsenal
15 Aug
Man Utd V Birmingham
16 Aug
Tottenham V Liverpool
16 Aug


Bahang PRK Permatang Pasir bermula

Bahang PRK Permatang Pasir, Pulau Pinang telah bermula semalam apabila BN & PAS mengumumkan calon masing2 bagi menjadi wakil rakyat di N-11, Tarikh 25 Ogos ini akan menjadi penentu calon mana yang akan menjadi pilihan di hati rakyat.
Presiden Parti PAS malam tadi mengumumkan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man dipilih sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Bagi Parti UMNO pula, Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman, 38, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

Pemilih - 20,290 orang - Melayu 72.36%, Cina 25.85%, India 1.63% dan lain-lain 0.16%. Majoriti penduduk adalah Melayu. N-11, Mempunyai 39 saluran mengundi.

Bilangan ahli parti yang berdaftar:
Umno - 5,326
MCA - 298
MIC - 300
Gerakan - 45
Pas - 1,015
PKR - 1,028

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 2008:
Ahmad Sahar Shuib (BN) = 5,571
Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman (Pas) = 11,004
Majoriti = 5,433

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 2004:
Datuk Adnan Ramli (BN) = 7,378
Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman (Pas) = 8,057
Majoriti = 679

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 1999:
Datuk Ahmad Saad (BN) = 5,236
Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman (Pas) = 8,430
Majoriti = 3,194

Wednesday, August 5, 2009

Pejabatku!!

Aku baru sahaja menjalani kursus Jati Diri. Jadi sebelum kita nak menyalahkan orang, renungkan ini dulu. Ini la warna warni di pejabat kita.

- Ada lelaki & ada wanita

- Ada yang pura2 rajin & ada yang bersantai

- Ada yang pengampu & ada yang pak turut

- Ada yang main games & yang tidur

- Ada yang suka marah2 & yang stress

- Ada yang suka gosip & yang suka jalan2

- Ada yang suka merosakkan harta pejabat & ada yang suka ulang alik ambil minum

- Ada pujian & makian

- Ada yang ceria & yang boring

-Tapi katanya "We're a team"

-So be fun , enjoy your time , your work & achieve the best


Apa2 pun keja tu satu IBADAH kan kan kan!


SELAMAT BERTUGAS KAWAN2 !!!

Mangsa ke-8 H1N1

Seorang lagi mangsa jangkitan influenza A(H1N1) meninggal dunia hari ini iaitu melibatkan seorang guru dari sebuah sekolah di Selangor yang ditutup 27 Julai lalu.

Ia menjadikan jumlah yang meninggal dunia kerana wabak ini meningkat kepada lapan orang.

Sebelum itu, pada awal pagi semalam seorang ibu muda yang melahirkan anak dua minggu lalu meninggal dunia di Miri, Sarawak merupakan mangsa yang ke-7. Mangsa mengidap pneumonia yang teruk, merupakan kes kematian pertama di negeri itu.

Tuesday, August 4, 2009

Pakcik Usop (x-jiran meninggal dunia)

Rakan baik ayah aku dan juga merupakan jiran aku semasa tinggal di Cochrane (Bulatan Kg Pandan) telah kembali ke rahmatullah pada minggu lepas.

Aku panggil pak cik usop sahaja (nama panggilan mesra di kalangan penduduk cochrane). Allayarham seorang yang baik hati, sentiasa prihatin masalah penduduk. Bila ada majlis yang diadakan penduduk, beliau sentiasa bersama, tak pernah miss la.

Allayarham meninggal disebabkan sakit kronik - Strok, barah & Kansel.

Saturday, August 1, 2009

KL Sesak betul hari ini!!

Dari pagi sampai la ke malam. Sesak betul kenderaan hari ini, ingatkan ada kemalangan ke,Event kat pusat bandar ke, rupanya ada sekatan jalan raya. Tak paham betul aku, hari jumaat buat benda tak faedah nie. Punca sekatan disebabkan esok (1ogos) ada demontrasi. Kalau ye pun nak buat sekatan jangan la masa peak hour, menyusahkan orang ramai je, kawal je la orang demontrasi tue, nak buat apa pie sekat2. Hampeh tol!!

2 Hari 1 Malam di Selesa Hill,Bukit Tinggi

Esok aku akan berangkat ke Selesa Hill, Bukit Tinggi untuk Kursus, yang dibuat syarikat aku nie. Selama aku bekerja, nie la pertama kali nak pie kursus, rasa semacam pulak.

Aku dimasukkan ke dalam Group pertama untuk kursus bersama 34 orang lagi. Tak la ramai sangat. Staff Syarikat aku nie bukan ramai pun, Seratus orang pun tak sampai.

Sekarang nie aku tengah kerja, terus sambung untuk kursus, letih bebenar, campur dengan ngantuk lagi, ish3. Kena la lelap kejap nie, Jangan marah ye Bos!! Haha (Emergency)

Jadi nie ada beberapa gambar sekitar kawasan Selesa Hill nie, Macam best, tapi tak tahu la, esok aku pie redah!! Hoho

Tue la tempat penginapan, siap ada padang golf

Nak mandi tak yah kat bilik air, ada kolam mandi besar

ADUN Permatang Pasir Meninggal Dunia

ADUN Permatang Pasir, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pagi ini.

DUN Permatang Pasir salah satu kerusi dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga merupakan kerusi DUN tunggal PAS di Pulau Pinang.

Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.

Allahyarham, pesuruhjaya PAS negeri hingga 2003, bertapak di Permatang Pasir selama tiga penggal sejak 1999. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan enam anak. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir di sini, selepas Asar.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pula dijangka mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir selewat-lewatnya 10 Ogos ini.

Ekoran kematian penyandangnya Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS, Difahamkan Umno akan bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut, Ia diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga presiden Umno selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di ibunegara.

Manakala Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Umno akan berusaha untuk merebut kerusi tersebut. Ini merupakan kali pertama Ahmad Zahid berdepan dengan pilihanraya di negeri itu, selepas dilantik menerajui Umno Pulau Pinang.