Sunday, October 18, 2009

Kes Anak Luar Nikah membimbangkan

Perbuatan Zina @ amalam seks bebas dikalangan masyarakat hari ini sudah mencapai tahap yang kritikal dan amat menyedihkan apabila anak luar nikah yang dilahirkan dibuang tanpa belas kasihan. Kes terbaru di Kota Bharu digempar kan dengan penemuan seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan, yang ditinggalkan di wakaf (tempat rehat) perkarangan Masjid Telipot.

Data yang dikumpul daripada 2 rumah perlindungan wanita di Lembah Klang mencatatkan 2,701 kes kehamilan luar nikah sejak 1996 sehingga September lalu. Jika diambil kira statistik rumah perlindungan lain di seluruh negara, kes yang tidak dilaporkan dan kejadian buang bayi yang berlaku hampir setiap hari, angka sebenar remaja hamil luar nikah pasti meningkat berlipat kali ganda. “Trend wanita lahir anak luar nikah kini sangat membimbangkan kerana ia dianggap perkara biasa dan bukan lagi hal besar.

Marilah kita menjauhi perbuatan terkutuk ini dan renungkan lah kita apabila Zina bermaharajalela :

“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.”
- Sahih Muslim

No comments:

Post a Comment