Thursday, October 8, 2009

Bulan Kenduri Kahwin


Dalam bulan nie, memang aku kesibukkan dengan majlis-majlis perkahwinan rakan-rakan aku dihujung minggu.

Pada 27 Sept lalu, rakan sekelas aku Aemy melangsungkan perkahwinannya dan menamatkan zaman anak daranya. Aku dapat tau Aemy nie kahwin pun last minit. Kenduri majlis perkahwinan ini diadakan diMasjid Pandan Indah. Aku sampai lewat tapi tepat 4.00pm waktu majlis nak tutup, haha, makanan pun dah habis, sedih giler beb.

Seterusnya pada 3 Okt lepas, seorang lagi rakan aku nama nya Razif a.k.a Otai, tapi bukan satu kelas la, kawan lepak2 masa keboringan di zaman bujang hehe. kad Jemputan member aku nie memang ikut peredaran zaman, ikut SMS je. Kenduri majlis dilangsungkan di rumah barunya di Bandar Makhota Cheras, Sg Long Kajang.

Gambar perkahwinan kedua2 majlis perkahwinan nie insyallah, nanti akan aku uploadkan. Buat masa nie masih belum ada gambar-gambarnya.

Masih ada 2 lagi majlis perkahwinan yang belum pergi. Yang pertama Harfidzul a.k.a Ajoy2 yang akan adakan perkahwinannya pada 25Okt, dekat KL sahaja berdekatan perpustakaan negara di Dewan Tun Hamdan Sheikh tahir, JT Razak. Kawan aku nie bekas rakan sekerja aku, dia sekarang kerja sebagai pembantu makmal, tue yang terus kawin lepas dapat kerajaan, terjamin hidup.

Seorang lagi nie kawan sekerja aku jugak, antara peronda yang rapat dengan aku di pejabat. Namanya Zul bin Manan a.k.a Zul, kawan aku nie akan tamatkan zaman bujangnya hujung bulan nie 31Okt (Sebelah Wanita) diadakan di Batu Gajah, Perak & 7Nov (Sebelah Lelaki) pula akan dilangsungkan di Kampung Medan, Selangor.

Dengan itu, aku ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada keempat-empat kawan aku nie. SEMOGA BERBAHAGIA SAMPAI KE ANAK CUCU. Emm, kalau tanya bila aku nak kahwin pulak, tunggu kad jemputannya sahaja, hihihi, masih belum ready lagi nak tamatkan zaman bujang nie.

No comments:

Post a Comment