Friday, October 30, 2009

Aktiviti Diujung Minggu

Erm. Esok aku nak pie tengok wayang, member baik aku ajak tengok. Erm, movie ape eh yang menarik tok ditgk lagi, banyak yang aku dah tengok dalam bulan nie, antaranya Papadom, Surrogates, pandorom,Cloudy With A Chance Of Meatballs. Semuanya memang menarik. Kalau ada movie menarik esok aku akan gtau untuk petunjuk korang. hahaha

Sekarang nie musim hujan, dalam minggu nie ramalan kaji cuaca hujan lebat setiap petang di KL, aku punya dada pun senak dibuatnya. Dah 2 minggu aku demam, tak sedap badan je, x selesa rasanya. Kalau dah datang demamnya, memang teruk aku dikejakannya, adei!! Tlg Tlg, huhu
Sabtu nie, aku akan berangkat ke Batu gajah, pergi majlis rakan sekerja aku, pada mulanya 2 orang je nak pergi, akhirnya sampai 3 kereta nak pergi, tue pun macam ada lagi nak ikut, haha. Selepas dah kenyang, dan muak tengok pengantin, destinasi seterusnya ke pulau pangkor seperti dalam perancangan. Pergi balik hari je sebab hari ahad aku BzZz!!!

Hari ahad nie ada majlis doa selamat untuk parent aku, diorang nak pergi menunaikan rukun islam yang terakhir, menunaikan haji. Memang majlis besar-besaran rasanya, jemputan hampir 500 orang tak termasuk bini,anak,kawan. Biasanya rakyat malaysia ni baik2 orangnya,haha.

Lagi Adun Melompat

Politik tanah air hari nie, memang pelik, ikut suka nak melompat, memang wakil rakyat macam nie x layak di panggil YB..hari nie ada satu lagi ADUN yang keluar dari PARTI yang ditelah diberi mandat dari rakyat kawasan tersebut. Penat je keluar mengundi..

Terbaru - YB PKR ADUN PELABUHAN KLANG Badrul Hisham Abdullah keluar dari PKR menjadi adun bebas - Sebelum tue beliau diminta untuk letak jawatan kerana gagal menjalankan tugas dengan baik untuk rakyat setempat.

Monday, October 26, 2009

Juara Moto Grand Prix

Pelumba sensasi dari Italy, Valentino Rossi menjulang juara dunia Moto Grand Prix (GP) buat kali ke-7 dalam kariernya. Walaupun mendapat tempat ke-3 dalam perlawanan di Litar Sepang, Malaysia semalam namun ia sudah cukup untuk dinobatkan sebagai Juara.

Keputusan Moto Grand Prix (GP), Litar Sepang :
1- Casey Stoner, Australia (Ducati Marlboro Team)
2- Dani Pedrosa , Sepanyol (Repsol Honda)
3- Valentino Rossi, Italy (Fiat Yamaha Team)

Selangor gagal ke Separuh Akhir

Berakhirnya pasukan Selangor dalam kehangatan merebut Piala Malaysia apabila tumpas 4-5 menerusi penentuan sepakan penalti. Walaupun dilihat Selangor menguasai perlawanan terutamanya selepas Gol penyamaan dibabak masa ke-2 tetapi masih kebuntuan dalam menjaringkan gol penyamaan. Apa pun aku berpuas hati dengan persembahan Pasukan Selangor yang mempunyai semangat juang yang tinggi.

Terengganu berjaya mara keperlawanan Separuh akhir bertemu dengan Negeri Sembilan yang dilihat begitu gagah sepanjang Piala Malaysia musim ini.

EPL Minggu ke 10

KEPUTUSAN EPL MINGGU KE -10

Fernando Torres menjadi Pemusnah apabila diturunkan kembali walaupun pada mulanya dijangka tidak dapat diturunkan akibat kecederaan

Perlawanan yang menjadi tumpuan pada minggu ini menyaksikan Manchester United bertemu Liverpool, keputusan dari perlawanan yang panas ini mengembalikan maruah Liverpool apabila menundukkan pasukan Manchester United 2-0. Hasil keputusan ini menyebabkan Manchester United jatuh dari persada Liga ke kedudukan rangking ke 2.

Pasukan The Blues, Chelsea berjaya membelasah pasukan Blackburn 5-0, sekaligus merampas takhta liga dari Machester United.

Lain-Lain Keputusan :
Wolves 1-1 Aston Villa
Birmingham 1-0 Sunderland
Burnley 1-3 Wigan
Hull City 0-0 Portsmouth
Tottenham 0-1 Stoke City
Bolton 3-2 Everton
Manchester City 2-2 Fulham
West Ham 2-2 Arsenal

Sunday, October 25, 2009

Perisitiwa Sejadah berdiri tegak


Masyarakat Islam melayu baru2 digemparkan dengan beberapa perisitiwa Sejadah Berdiri Tegak, pada mulanya mungkin ada yang percaya tetapi apabila tujuh kejadian berlaku perkara yang sama dalam tempoh 3minggu, ia sudah jadi satu perkara yang cuba mempermainkan masyarakat melayu yang rendah mentalnya sekaligus membuatkan seseorang itu boleh terpesong akidahnya.

Bagi saya, perkara yang sebenarnya kita tak tau, jadi tak perlu dipikirkan,yang ptt kita pikirkan sejadah pun solat, kita nie bila lagi, solat pun main2, renung diri lagi penting dari pikir benda yang kita sendiri tak tahu kesahihannya.


Kronologi Peristiwa Sejadah Berdiri Tegak

14 September = Di Pasir Mas Kelantan, sehelai sejadah ditemui duduk antara 2 sujud dirumah sharifah Nor Syed Agil.

2 Oktober = Di Bukit Mertajam, Pulau Pinang Sehelai Sejadah berupa wanita dalam keadaan duduk antara 2 sujud dirumah Mohammad Shuhaimi Md Illias,26 dan Isterinya, Zainab Ramli,26 di Taman Haji Mohd Amin.

20 Oktober = Di Pasir Mas, Kelantan 36 helai Sejadah ditemui berdiri tegak di Surau Sekolah Kebangsaan Tok Sangkut, Repek

21 Oktober = Di Kota Bharu Kelantan, 9 helai sejadah dilihat dalam keadaan solat jemaah dengan keadaan duduk antara 2 sujud di Madrasah Kg Gual Pasung Hantu, rantau panjang.

21 Oktober = Di Kota Bharu Kelantan, 24 helai sejadah dilihat dalam keadaan solat berjemaah diMaahad Ar- Rahman kenali, di kubang kerian & Di sekolah kebangsaan (SK) Mulong 2 serta Pejabat Yayasan Islam Kelantan.

21 Oktober = Di Alor Setar, Kedah dilihat 3 helai sejadah sedang duduk antara 2 sujud diruang solat lelaki surau Al-Rahmaniah, Kg Teluk Yan.

21 Oktober = Di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, 4 helai sejadah duduk antara 2 sujud di dakwa berada dalam keadaan sedang bersolat, di surau tanah liat, Kg Tanah Liat.

Edisi Terhad Myvi

Edisi Terhad Eksklusif MyVi 1.3


Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) mengeluarkan Edisi Eksklusif MyVi 1.3 dikeluarkan untuk peminat MyVi yang mahukan gaya dan kemewahan, tanpa harga premium.

Ia ditawarkan dalam transmisi automatik dengan warna hitam ebony, putih ivory dan kelabu medallion pada harga RM51,000 hingga RM51,500.

Liverpool Perlu Bangkit

MARUAH LIVERPOOL


Aku memang mengharapkan malam ini Liverpool mampu tundukkan MU untuk mengembalikan ketenangan dijiwa aku nie, sedih benar bila pasukan yang satu2 yang aku minat di EPL pada musim ini mengalami reputasi yang terburuk. Walaupun tanpa kelibat dua tonggak Fernando torres & Steven Garrard tapi musim yang lalu Liverpool mampu mengalahkan MU 2-1 tanpa kelibat 2 pemain nie.