Sunday, September 27, 2009

PIALA MALAYSIA 2009

Keputusan Piala Malaysia (Peringkat Kumpulan 26&29Okt)

Kumpulan A

Melaka
Pahang

0 - 2
1 - 1

Perlis
KL Plus


Perlis
KL Plus

3 - 2
4 - 1

Pahang
Melaka


Kumpulan B

Sarawak
Johor

0 - 1
1 - 2

Terengganu
N. Sembilan


Terengganu
N. Sembilan

2 - 0
8 - 0

Johor
Sarawak


Kumpulan C

Kuala Lumpur
UPB MyTeam

0 - 1
0 - 1

Johor FC
Perak


Johor FC
Perak

4 - 1
0 - 1

UPB MyTeam
Kuala Lumpur


Kumpulan D

Sabah
PDRM

0 - 1
1 - 0

Selangor
KM Naza


Selangor
KM Naza

3 - 0
2 - 1

PDRM
Sabah


Kumpulan E

Kedah
Pulau Pinang

1 - 1
1 - 2

ATM
Kelantan


ATM
Kelantan

1 - 1
1 - 0

Pulau Pinang
Kedah





EPL muinggu ke-7

Keputusan EPL Minggu ke-7

Portsmount 0 Everton 1
Birmingham 1 Bolton 2
Blackburn 2 Aston Villa 1
Liverpool 6 Hull City 1
Stoke City 0 Manchester City 2
Tottenham 5 Burnley 0
Wigan 3 Chelsea 1
Fulham 0 Arsenal 1
Sunderland 5 Wolves 2
Manchester City 3 West Ham 1

Keputusan minggu ke-7 mengubah takhta liga yang kini dirampas Manchester United setelah menang bergaya menumbangkan Stoke City 2-0. Manakala Chelsea setelah 6 perlawanan tanpa kekalahan akhirnya kecundang 1-3 keatas Wigan.

Liverpool menunjuk taring kembali menumbangkan Hull City 6-1, turut sama menang besar pasukan tottenham menewaskan Burrnley 5-0.

Arsenal juga turut menang mengalahkan Fulham dengan keputusan 1-0. Pasukan lain yang menang Blackburn 1-0 kalahkan Aston Villa & Bolton menang 2-1 kalahkan Birmingham. Pasukan Portsmount terus membuat rekod sejarah tersendiri dengan 7 kekalahan berturut-turut dan kini tumbang 1-0 dengan pasukan Everton.

Friday, September 25, 2009

Duet Raya


Tahun Nie Satu Sen Duet raya pun tak dapat, Huhu. Skarang nie duet aku pulak yang kena keluar, ish3, cepat betul masa berjalan. Hahaha.

Kehangatan PIALA MALAYSIA

Debaran Piala Malaysia mulai dirasa apabila pada hari sabtu ini pembukaan pertama perlawanan membabit 5 kumpulan A hingga E. Piala Malaysia merupakan piala yang paling berprestij di negara Malaysia dan antara piala yang tertua di benua Asia dan mendapat pengiktirafan fifa. Kini Usianya mencecah 90 tahun dan menjadi buruan sehingga ke hari ini.

KUMPULAN A

Melaka VS Perlis (Stadium Hang Tuah)

Pahang VS KL Plus (Stadium Darul Makmur)

KUMPULAN B

Sarawak VS Terengganu (Stadium Sarawak)

Johor VS N.Sembilan (Std. Tan Sri Hassan Yunos)

KUMPULAN C

K.Lumpur VS Johor FC (Std.Bola Sepak KL)

MyTeam VS Perak (Std. MBPJ)

KUMPULAN D

Sabah VS Selangor (Std. Tawau)

Polis VS KM Naza (Std. MP Selayang)

KUMPULAN E

Kedah VS Tentera (Std. Darulaman)

P.Pinang VS Kelantan (Std. Bandaraya)



IKTIBAR

Kempunan Lemang!!

Hari ini merupakan hari ke-6 kita menyambut hari raya. Aku masih belum dapat merasa lemang. Mengidam pulak rasanya, parent aku ada beli masa petang raya, tapi lemangnya 2face, sebelah masak sebelah tak masak. Sakit hati dibuatnya, sapo lah yang menjual agaknya, nak jual tue biarlah beradap sikitkan. Akhirnya kempunan aku. Huhuhu. Tengok gambar lemang kat sebelah ini, terliur asanya, hahaha. Tapi takpe sekarang nie musim OPEN HOUSE, aku akan bedal pepuas lemang nie. Semalam pukul 5.00 aku pie Taman Dagang Ampang, rumah member aku, nie Open house pertama aku pergi untuk raya kali ini, puas hati jugak la masakan dia, yang pasti ada kek setiap tahun la. Tue yang aku takkan terlepas datang walaupun tengah bekerja, aku pie terbang sekejap. Hehehe. Cuma tak puas makan je, kena cepat2, tak boleh lama2 lepak. Sabtu nie, aku dah ada 2,3 rumah nak pie OPEN HOUSE, tak termasuk rumah sedara mara lagi. Memang kenyang la perut dalam sebulan nie. Hehehe

Wednesday, September 23, 2009

Cuaca Pelik Hari Ini di Australia

Cuaca yang melanda benua kecil Australia pada hari ini amat pelik sejak berdekat dekat lamanya. Keadaan cuaca yang amat menggerunkan dimana berlakunya satu ribut debu yang berasal dari kawasan pedalaman menyelubungi timur Australia menyebabkan langit di bandar raya Sydney bertukar menjadi warna oren.

Pengangkutan awam, perkhidmatan feri, pesawat penerbangan terjejas kerana kadar jarak penglihatan terbatas manakala pihak berkuasa kesihatan memberi amaran berhubung penyakit berkaitan pernafasan dengan meminta orang ramai tinggal di dalam rumah


Debu menyelubungi kebanyakan kawasan di New South Wales, negeri yang paling padat penduduk di benua kecil itu, menyebabkan pencemaran udara paling teruk dalam sejarah dan memendapkan 75,000 tan debu. Ribut itu yang membawa 5 juta tan debu itu kemudian bergerak ke negeri Queensland, selatan Australia. Biro Meteorologi Australia menyatakan ribut petir dan angin kencang yang menerbangkan debu dari kawasan pedalaman dan menyebarkannya ke kawasan penduduk paling padat di Australia.

Ia tidak pernah berlaku dibandar seperti sydney ini. Sebagai umat islam pastinya kita harus mengambil iktibar. Tiap bencana alam yang berlaku pastinya untuk menggerunkan manusia dan kembalilah kita kepada Allah SAW.


Filem Di Hari Raya

Setiap kali hari raya pasti ada Movie2 menarik yang akan ditayangkan dipawagam. Untuk kali ini ada 2 filem yang memang aku tak akan terlepas untuk menontonnya. Kedua-dua filem ini serentak ditayangkan pada 20 September 2009 iaitu pada hari raya pertama.

Filem Momok ini merupakan arahan M Jamil diterbitkan oleh Galaksi Seni Sdn Bhd. Dibintangi pelakon Faizal AF, Abon, Nabil Raja Lawak, Datuk Aziz Sattar, Leez, Mimi Rahzia, Siti Rohani Wahid, Datuk Sarimah Ahmad dan ramai lagi.

Momok The Movie memuatkan beberapa kisah hantu yang biasa didengar masyarakat tempatan termasuk pontianak, pocong, bunian, badi mayat, mayat hidup dilangkah kucing hitam dan sampuk. Filem ini boleh dikategorikan Komedi-Seram.




JIN NOTTI” meneruskan tradisi KRU Studios dalam menerbitkan filem –filem bercorak fantasi dibawah pengarahan sutradara Azhari Zain. Teknik penerbitan yang hebat tetap ditonjolkan menerusi penggunaan CGI (Computer Generated Imagery) dibawah suntingan Yusry Abdul Halim.

Filem ini dibintangi 3 selebriti yang aku minat, Mawi sebagai Aziz, Fara Fauzana sebagai NOTTI dan Cat Farish sebagai JINBARA. Juga dibintangi adibah nor, accapan, hafizuddin fadil, adam corrie lee, aziz m osman, sazzy falak, nabil, norman KRU, betty banafe, dennis, david teo.