Setiap kali hari raya pasti ada Movie2 menarik yang akan ditayangkan dipawagam. Untuk kali ini ada 2 filem yang memang aku tak akan terlepas untuk menontonnya. Kedua-dua filem ini serentak ditayangkan pada 20 September 2009 iaitu pada hari raya pertama.

Momok The Movie memuatkan beberapa kisah hantu yang biasa didengar masyarakat tempatan termasuk pontianak, pocong, bunian, badi mayat, mayat hidup dilangkah kucing hitam dan sampuk. Filem ini boleh dikategorikan Komedi-Seram.

Filem ini dibintangi 3 selebriti yang aku minat, Mawi sebagai Aziz, Fara Fauzana sebagai NOTTI dan Cat Farish sebagai JINBARA. Juga dibintangi adibah nor, accapan, hafizuddin fadil, adam corrie lee, aziz m osman, sazzy falak, nabil, norman KRU, betty banafe, dennis, david teo.
No comments:
Post a Comment