Monday, September 21, 2009

Program hari Raya

Hari Raya ke 2 nie, aku menyambutnya di Pejabat aku sepanjang hari, 24 jam kena keja, huhu, cari duit poket lebih kena la rajin2 keja, haha

Semalam hari raya pertama macam biasa dalam family aku, mesti ronda2 satu KL nie, menziarahi sedara2 aku. Memang itu program biasa setiap kali hari raya. Selepas dah solat hari raya, aku sekeluarga mesti pergi bangsar, rumah makcik aku. Kat Sana semua kaum keluarga aku akan berkumpul untuk pergi ke selayang, rumah adik nenek aku. Kat Selayang tue memang banyak keluarga aku, so sepanjang hari la ronda2 sana.

Hari raya kedua, baru la seluruh keluarga aku balik kampung dekat melaka, cuma aku sahaja tak dapat pergi, kena menjalankan tugas memastikan KL nie selamat dari Banjir.

No comments:

Post a Comment