| Aston Villa | ![]() | 5 - 1 | ![]() | Bolton | |
| Blackburn | ![]() | 3 - 1 | ![]() | Portsmouth | |
| Man City | ![]() | 3 - 3 | ![]() | Burnley | |
| Tottenham | ![]() | 2 - 0 | ![]() | Sunderland | |
| Wolves | ![]() | 1 - 4 | ![]() | Arsenal | |
| Hull City | ![]() | 2 - 1 | ![]() | Stoke City | |
| West Ham | ![]() | 1 - 2 | ![]() | Everton | |
| Wigan | ![]() | 1 - 1 | ![]() | Fulham | |
| Chelsea | ![]() | 1 - 0 | ![]() | Man Utd | |
| Liverpool | ![]() | 2 - 2 | ![]() | Birmingham |
Tuesday, November 10, 2009
EPL Gameweek-12
Sunday, November 8, 2009
Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia 2009
Bagaimanapun Piala Malaysia untuk musim ini dicemari dengan banyak insiden memalukan, keganasan di kalangan penyokong fanatik sehingga hilang pertimbangan.
Dalam musim sebelum2 ini memang biasa kedengaran letepun mercun nie, tetapi amat malang untuk musim 2009, yang dianggap zaman yang melahirkan masyarakat yang bertamadun mencemarkan keadaan dengan membakar kerusi, kain rentang, membaling botol ke pihak berkuasa, mencetuskan suasana huru hara, membaling batu sehingga pecah kenderaan2 yang diluar stadium.
Kalah menang adat permainan, kalau kecewa pun agak2 la, kalau begini keadaannya aku sendiri takut hendak kestadium, mane tau, aku mati kena baling kerusi pulak kot!!
Friday, November 6, 2009
Album dari Band - ST 12
Artist : ST 12Album : PUSPA Repackage
Release : Julai 2009
Label : Trinity Optima Production
ST 12 - 01. Putri Iklan (New Version) [download]
ST 12 - 02. Biarkan Jatuh Cinta [download]
ST 12 - 03. SKJ (New Version) [download]
ST 12 - 04. Isabella (Beat Version) [download]
ST 12 - 05. Saat Terakhir [download]
ST 12 - 06. Cari Pacar Lagi [download]
ST 12 - 07. Cinta Tak Direstui [download]
ST 12 - 08. P.U.S.P.A [download]
ST 12 - 09. Jangan Pernah Berubah [download]
ST 12 - 10. Tak Dapat Apa-Apa (My Hot) [download]
ST 12 - 11. Cinta Jangan Dinanti [download]
ST 12 - 12. Isabella (Slow Version) [download]
ST 12 - 13. KebesaranMu [download]
ST 12 - 14. MemujaMu [download]
ST12 – PUSPA (Putuskan Saja Pacarmu)
kau gadisku yang cantik
coba lihat aku disini
di sini ada aku yang sayang padamu
kau gadisku yang manis
coba dekat aku disini
di sini ada aku yang cinta padamu
* walau ku tahu bahwa dirimu
sudah ada yang punya
namun aku tunggu sampai kau mau
reff:
woo woo jangan jangan kau menolak cintaku
jangan jangan kau ragukan hatiku
ku kan selalu setia menunggu
untuk jadi pacarmu
woo woo jangan jangan kau tak terima cintaku
jangan jangan kau hiraukan pacarmu
putuskanlah saja pacarmu
lalu bilang I LOVE U padaku
repeat *
repeat reff [2x]
Friday, October 30, 2009
Aktiviti Diujung Minggu
Sekarang nie musim hujan, dalam minggu nie ramalan kaji cuaca hujan lebat setiap petang di KL, aku punya dada pun senak dibuatnya. Dah 2 minggu aku demam, tak sedap badan je, x selesa rasanya. Kalau dah datang demamnya, memang teruk aku dikejakannya, adei!! Tlg Tlg, huhu
Sabtu nie, aku akan berangkat ke Batu gajah, pergi majlis rakan sekerja aku, pada mulanya 2 orang je nak pergi, akhirnya sampai 3 kereta nak pergi, tue pun macam ada lagi nak ikut, haha. Selepas dah kenyang, dan muak tengok pengantin, destinasi seterusnya ke pulau pangkor seperti dalam perancangan. Pergi balik hari je sebab hari ahad aku BzZz!!!
Hari ahad nie ada majlis doa selamat untuk parent aku, diorang nak pergi menunaikan rukun islam yang terakhir, menunaikan haji. Memang majlis besar-besaran rasanya, jemputan hampir 500 orang tak termasuk bini,anak,kawan. Biasanya rakyat malaysia ni baik2 orangnya,haha.Lagi Adun Melompat
Politik tanah air hari nie, memang pelik, ikut suka nak melompat, memang wakil rakyat macam nie x layak di panggil YB..hari nie ada satu lagi ADUN yang keluar dari PARTI yang ditelah diberi mandat dari rakyat kawasan tersebut. Penat je keluar mengundi..Terbaru - YB PKR ADUN PELABUHAN KLANG Badrul Hisham Abdullah keluar dari PKR menjadi adun bebas - Sebelum tue beliau diminta untuk letak jawatan kerana gagal menjalankan tugas dengan baik untuk rakyat setempat.
Monday, October 26, 2009
Juara Moto Grand Prix
Pelumba sensasi dari Italy, Valentino Rossi menjulang juara dunia Moto Grand Prix (GP) buat kali ke-7 dalam kariernya. Walaupun mendapat tempat ke-3 dalam perlawanan di Litar Sepang, Malaysia semalam namun ia sudah cukup untuk dinobatkan sebagai Juara.Keputusan Moto Grand Prix (GP), Litar Sepang :
1- Casey Stoner, Australia (Ducati Marlboro Team)
2- Dani Pedrosa , Sepanyol (Repsol Honda)
3- Valentino Rossi, Italy (Fiat Yamaha Team)
Selangor gagal ke Separuh Akhir
Berakhirnya pasukan Selangor dalam kehangatan merebut Piala Malaysia apabila tumpas 4-5 menerusi penentuan sepakan penalti. Walaupun dilihat Selangor menguasai perlawanan terutamanya selepas Gol penyamaan dibabak masa ke-2 tetapi masih kebuntuan dalam menjaringkan gol penyamaan. Apa pun aku berpuas hati dengan persembahan Pasukan Selangor yang mempunyai semangat juang yang tinggi.Terengganu berjaya mara keperlawanan Separuh akhir bertemu dengan Negeri Sembilan yang dilihat begitu gagah sepanjang Piala Malaysia musim ini.
EPL Minggu ke 10
KEPUTUSAN EPL MINGGU KE -10
Fernando Torres menjadi Pemusnah apabila diturunkan kembali walaupun pada mulanya dijangka tidak dapat diturunkan akibat kecederaanPerlawanan yang menjadi tumpuan pada minggu ini menyaksikan Manchester United bertemu Liverpool, keputusan dari perlawanan yang panas ini mengembalikan maruah Liverpool apabila menundukkan pasukan Manchester United 2-0. Hasil keputusan ini menyebabkan Manchester United jatuh dari persada Liga ke kedudukan rangking ke 2.
Pasukan The Blues, Chelsea berjaya membelasah pasukan Blackburn 5-0, sekaligus merampas takhta liga dari Machester United.
Lain-Lain Keputusan :
Birmingham 1-0 Sunderland
Burnley 1-3 Wigan
Hull City 0-0 Portsmouth
Tottenham 0-1 Stoke City
Bolton 3-2 Everton
Manchester City 2-2 Fulham
West Ham 2-2 Arsenal
Sunday, October 25, 2009
Perisitiwa Sejadah berdiri tegak

Bagi saya, perkara yang sebenarnya kita tak tau, jadi tak perlu dipikirkan,yang ptt kita pikirkan sejadah pun solat, kita nie bila lagi, solat pun main2, renung diri lagi penting dari pikir benda yang kita sendiri tak tahu kesahihannya.

Kronologi Peristiwa Sejadah Berdiri Tegak
14 September = Di Pasir Mas Kelantan, sehelai sejadah ditemui duduk antara 2 sujud dirumah sharifah Nor Syed Agil.
2 Oktober = Di Bukit Mertajam, Pulau Pinang Sehelai Sejadah berupa wanita dalam keadaan duduk antara 2 sujud dirumah Mohammad Shuhaimi Md Illias,26 dan Isterinya, Zainab Ramli,26 di Taman Haji Mohd Amin.
20 Oktober = Di Pasir Mas, Kelantan 36 helai Sejadah ditemui berdiri tegak di Surau Sekolah Kebangsaan Tok Sangkut, Repek
21 Oktober = Di Kota Bharu Kelantan, 9 helai sejadah dilihat dalam keadaan solat jemaah dengan keadaan duduk antara 2 sujud di Madrasah Kg Gual Pasung Hantu, rantau panjang.
21 Oktober = Di Kota Bharu Kelantan, 24 helai sejadah dilihat dalam keadaan solat berjemaah diMaahad Ar- Rahman kenali, di kubang kerian & Di sekolah kebangsaan (SK) Mulong 2 serta Pejabat Yayasan Islam Kelantan.
21 Oktober = Di Alor Setar, Kedah dilihat 3 helai sejadah sedang duduk antara 2 sujud diruang solat lelaki surau Al-Rahmaniah, Kg Teluk Yan.
21 Oktober = Di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, 4 helai sejadah duduk antara 2 sujud di dakwa berada dalam keadaan sedang bersolat, di surau tanah liat, Kg Tanah Liat.
Edisi Terhad Myvi

Ia ditawarkan dalam transmisi automatik dengan warna hitam ebony, putih ivory dan kelabu medallion pada harga RM51,000 hingga RM51,500.
Liverpool Perlu Bangkit

Aku memang mengharapkan malam ini Liverpool mampu tundukkan MU untuk mengembalikan ketenangan dijiwa aku nie, sedih benar bila pasukan yang satu2 yang aku minat di EPL pada musim ini mengalami reputasi yang terburuk. Walaupun tanpa kelibat dua tonggak Fernando torres & Steven Garrard tapi musim yang lalu Liverpool mampu mengalahkan MU 2-1 tanpa kelibat 2 pemain nie.
Tuesday, October 20, 2009
16 Sept Isytiharkan CUTI UMUM

Hari Malaysia diraikan pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia apabila Sabah dan Sarawak telah menyertai Malaysia pada 1963.
Sunday, October 18, 2009
Kes Anak Luar Nikah membimbangkan
Perbuatan Zina @ amalam seks bebas dikalangan masyarakat hari ini sudah mencapai tahap yang kritikal dan amat menyedihkan apabila anak luar nikah yang dilahirkan dibuang tanpa belas kasihan. Kes terbaru di Kota Bharu digempar kan dengan penemuan seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan, yang ditinggalkan di wakaf (tempat rehat) perkarangan Masjid Telipot.Data yang dikumpul daripada 2 rumah perlindungan wanita di Lembah Klang mencatatkan 2,701 kes kehamilan luar nikah sejak 1996 sehingga September lalu. Jika diambil kira statistik rumah perlindungan lain di seluruh negara, kes yang tidak dilaporkan dan kejadian buang bayi yang berlaku hampir setiap hari, angka sebenar remaja hamil luar nikah pasti meningkat berlipat kali ganda. “Trend wanita lahir anak luar nikah kini sangat membimbangkan kerana ia dianggap perkara biasa dan bukan lagi hal besar.
Marilah kita menjauhi perbuatan terkutuk ini dan renungkan lah kita apabila Zina bermaharajalela :
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.”
- Sahih Muslim
Pembunuh Kejam tragedi Bosnia di Hukum
Akhirnya pengadilan kejahatan perang Bosnia Kapten Milorad Trbic, 51 telah memenjarakan seorang bekas pejabat Serbia selama 30 tahun oleh mahkamah dengan tuduhan penghapusan etnik kerana pembunuhan besar-besaran atas Muslim di Srebrenica 1995.Trbic didapati bersalah terlibat melakukan penindasan terhadap penduduk Islam Bosnia di wilayah Srebrenica dengan melaksanakan hukuman mati, mengebumikan mayat dan menghilangkan jejak jenayah dilakukannya.
Lebih 8,000 penduduk Islam Bosnia termasuk kanak-kanak dibunuh di Srebrenica selepas tentera Serbia menawan wilayah itu pada 1995 dalam kekejaman terburuk di Eropah sejak Perang Dunia Kedua.
Filem Papadom
TRAILER FILEM PAPADOM
EPL Gameweek 9
Gol Darren Bent's menembusi jaringan mengalahkan Pepe Reina, menjadikan ia kekalahan berturut Liverpool.
Satu lagi keputusan yang menarik, Chelsea tumbang dengan Aston Villa berkeputusan 1-2 walaupun di minit ke-15 Chelsea dihadapan dengan jaringan Didier Drogba namun ia disamakan semula oleh Richard Dunne minit ke-32 dan jaringan kemenangan James Collins minit ke-52.Lain-lain keputusan :
Stoke City 2 West Ham Unite 1
Portsmount 0 Tottenham Hotspur 1
Everton 1 Wolverhampton Wanderers 1
Arsenal 3 Birmingham City 1
Portable Nero Burning Rom v9.4.13.2d
Thursday, October 15, 2009
Piala Malaysia (10okt & 13okt)
KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA (10 & 13 Okt)
Kumpulan A
| Perlis | 1 - 1 | Pahang |
KL Plus | 0 - 1 | Perlis |
Kumpulan B
| Johor | 2 - 4 | Terengganu |
N. Sembilan | 2 - 0 | Terengganu |
Kumpulan C
| UPB MyTeam | 2 - 4 | Johor FC |
Perak | 1 - 1 | Johor FC |
Kumpulan D
| PDRM | 2 - 2 | Selangor |
KM Naza | 3 - 2 | Selangor |
Kumpulan E
| Pulau Pinang | 3 - 2 | ATM |
Kelantan | 5 - 0 | ATM |
Anggota Baru di Pejabat Aku
Minggu lepas, ada anggota baru yang akan mula Training untuk beberapa bulan sebelum di Comfirmkan untuk menjadi anggota yang betul-betul berkebolehan untuk mengoperat segala sistem yang ada didalam bilik kawalan aku.Nama anggota baru nie - Mohammad Zaharin, duduk di Cheras, telah pun berkahwin dan mempunyai anak seorang, pengalaman sebelum nie pernah berkerja di Highway Matramac, masuk ke SMART selepas Matramac menukar pengurusannya.
Sunday, October 11, 2009
FIFA 10 VS PES 2010
Bulan Oktober ini akan menyaksikan pertembungan dua games bola sepak yang diminati ramai, iaitu FIFA 10 daripada EA Sports dan juga Pro Evolution Soccer 2010 daripada Konami Computer Entertainment. Yang Pasti Kedua-duanya mempunyai peminatnya dan kekuatan permainannya yang tersendiri. Ia nya juga boleh dimainkan di platform PC, PlayStation 3 dan juga XBOx 360, selain sokongan kepada beberapa konsol yang lain, termasuk telefon bimbit.PES membawakan kawalan permainan yang lebih realistik dan menaikkan tarafkan grafik. Fifa pula menampilkan grafik yang memang gempak. Jadi bagi peminat games bola sepak yang mana menjadi pilihan anda?
New Games Xbox
RACING
Forza Motorsport 3Release Date: 27/10/2009
Terdapat lebih banyak Sports Car Seperti Audi R8 V10, Classic American muscle car, Ford GT dan kenderaan dari Asian. Forza Motorsport 3 menjanjikan perlumbaan yang lebih hebat.
Grand Theft Auto: Episodes from Liberty CityRelease Date: 29/10/2009
Edisi baru GTA - Episodes from Liberty City akan berada dipasaran hujung bulan ini.
Release Date: 20/10/2009
WWE SmackDown vs. Raw 2010Release Date: 20/10/2009
PRO EVOLUTION 2010Release Date: 23/10/2009



























