Tuesday, November 10, 2009

EPL Gameweek-12

KEPUTUSAN EPL
Gameweek -12

Pertembungan minggu ini menyaksikan pertembungan menarik dalam perebutan pendahului liga antara Manchester United dengan Chelsea. Gol tunggal Chelsea di minit ke 76 hasil jaringan John Terry menjadikan kedudukan Chelsea bertambah kukuh di persada liga dengan 30mata, menghampiri rapat pasukan Arsenal dengan 25mata selepas menundukkan Wolver 4-1.

Aston Villa 5 - 1 Bolton
Blackburn 3 - 1 Portsmouth
Man City 3 - 3 Burnley
Tottenham 2 - 0 Sunderland
Wolves 1 - 4 Arsenal
Hull City 2 - 1 Stoke City
West Ham 1 - 2 Everton
Wigan 1 - 1 Fulham
Chelsea 1 - 0 Man Utd
Liverpool 2 - 2 Birmingham

Sunday, November 8, 2009

Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia 2009

Akhirnya Piala Malaysia musim ini telah menutup tirainya dengan keputusan Negeri Sembilan 3 Kelantan 1. Selepas jaringan awal negeri sembilan terbukti begitu garang menguasai perlawanan, pasukan kelantan bagai Hilang taring. Hantaran demi hantaran gagal

Bagaimanapun Piala Malaysia untuk musim ini dicemari dengan banyak insiden memalukan, keganasan di kalangan penyokong fanatik sehingga hilang pertimbangan.

Dalam musim sebelum2 ini memang biasa kedengaran letepun mercun nie, tetapi amat malang untuk musim 2009, yang dianggap zaman yang melahirkan masyarakat yang bertamadun mencemarkan keadaan dengan membakar kerusi, kain rentang, membaling botol ke pihak berkuasa, mencetuskan suasana huru hara, membaling batu sehingga pecah kenderaan2 yang diluar stadium.

Kalah menang adat permainan, kalau kecewa pun agak2 la, kalau begini keadaannya aku sendiri takut hendak kestadium, mane tau, aku mati kena baling kerusi pulak kot!!

Friday, November 6, 2009

Album dari Band - ST 12

Artist : ST 12
Album : PUSPA Repackage
Release : Julai 2009
Label : Trinity Optima Production

Album lagu nie memang menarik, aku masukkan nie pun sebab kawan aku nak download lagu nie, hehe. Silakan download..

ST 12 - 01. Putri Iklan (New Version) [download]
ST 12 - 02. Biarkan Jatuh Cinta [download]
ST 12 - 03. SKJ (New Version) [download]
ST 12 - 04. Isabella (Beat Version) [download]
ST 12 - 05. Saat Terakhir [download]
ST 12 - 06. Cari Pacar Lagi [download]
ST 12 - 07. Cinta Tak Direstui [download]
ST 12 - 08. P.U.S.P.A [download]
ST 12 - 09. Jangan Pernah Berubah [download]
ST 12 - 10. Tak Dapat Apa-Apa (My Hot) [download]
ST 12 - 11. Cinta Jangan Dinanti [download]
ST 12 - 12. Isabella (Slow Version) [download]
ST 12 - 13. KebesaranMu [download]
ST 12 - 14. MemujaMu [download]

ST12 – PUSPA (Putuskan Saja Pacarmu)

kau gadisku yang cantik
coba lihat aku disini
di sini ada aku yang sayang padamu

kau gadisku yang manis
coba dekat aku disini
di sini ada aku yang cinta padamu

* walau ku tahu bahwa dirimu
sudah ada yang punya
namun aku tunggu sampai kau mau

reff:
woo woo jangan jangan kau menolak cintaku
jangan jangan kau ragukan hatiku
ku kan selalu setia menunggu
untuk jadi pacarmu

woo woo jangan jangan kau tak terima cintaku
jangan jangan kau hiraukan pacarmu
putuskanlah saja pacarmu
lalu bilang I LOVE U padaku

repeat *
repeat reff [2x]

Friday, October 30, 2009

Aktiviti Diujung Minggu

Erm. Esok aku nak pie tengok wayang, member baik aku ajak tengok. Erm, movie ape eh yang menarik tok ditgk lagi, banyak yang aku dah tengok dalam bulan nie, antaranya Papadom, Surrogates, pandorom,Cloudy With A Chance Of Meatballs. Semuanya memang menarik. Kalau ada movie menarik esok aku akan gtau untuk petunjuk korang. hahaha

Sekarang nie musim hujan, dalam minggu nie ramalan kaji cuaca hujan lebat setiap petang di KL, aku punya dada pun senak dibuatnya. Dah 2 minggu aku demam, tak sedap badan je, x selesa rasanya. Kalau dah datang demamnya, memang teruk aku dikejakannya, adei!! Tlg Tlg, huhu
Sabtu nie, aku akan berangkat ke Batu gajah, pergi majlis rakan sekerja aku, pada mulanya 2 orang je nak pergi, akhirnya sampai 3 kereta nak pergi, tue pun macam ada lagi nak ikut, haha. Selepas dah kenyang, dan muak tengok pengantin, destinasi seterusnya ke pulau pangkor seperti dalam perancangan. Pergi balik hari je sebab hari ahad aku BzZz!!!

Hari ahad nie ada majlis doa selamat untuk parent aku, diorang nak pergi menunaikan rukun islam yang terakhir, menunaikan haji. Memang majlis besar-besaran rasanya, jemputan hampir 500 orang tak termasuk bini,anak,kawan. Biasanya rakyat malaysia ni baik2 orangnya,haha.

Lagi Adun Melompat

Politik tanah air hari nie, memang pelik, ikut suka nak melompat, memang wakil rakyat macam nie x layak di panggil YB..hari nie ada satu lagi ADUN yang keluar dari PARTI yang ditelah diberi mandat dari rakyat kawasan tersebut. Penat je keluar mengundi..

Terbaru - YB PKR ADUN PELABUHAN KLANG Badrul Hisham Abdullah keluar dari PKR menjadi adun bebas - Sebelum tue beliau diminta untuk letak jawatan kerana gagal menjalankan tugas dengan baik untuk rakyat setempat.

Monday, October 26, 2009

Juara Moto Grand Prix

Pelumba sensasi dari Italy, Valentino Rossi menjulang juara dunia Moto Grand Prix (GP) buat kali ke-7 dalam kariernya. Walaupun mendapat tempat ke-3 dalam perlawanan di Litar Sepang, Malaysia semalam namun ia sudah cukup untuk dinobatkan sebagai Juara.

Keputusan Moto Grand Prix (GP), Litar Sepang :
1- Casey Stoner, Australia (Ducati Marlboro Team)
2- Dani Pedrosa , Sepanyol (Repsol Honda)
3- Valentino Rossi, Italy (Fiat Yamaha Team)

Selangor gagal ke Separuh Akhir

Berakhirnya pasukan Selangor dalam kehangatan merebut Piala Malaysia apabila tumpas 4-5 menerusi penentuan sepakan penalti. Walaupun dilihat Selangor menguasai perlawanan terutamanya selepas Gol penyamaan dibabak masa ke-2 tetapi masih kebuntuan dalam menjaringkan gol penyamaan. Apa pun aku berpuas hati dengan persembahan Pasukan Selangor yang mempunyai semangat juang yang tinggi.

Terengganu berjaya mara keperlawanan Separuh akhir bertemu dengan Negeri Sembilan yang dilihat begitu gagah sepanjang Piala Malaysia musim ini.

EPL Minggu ke 10

KEPUTUSAN EPL MINGGU KE -10

Fernando Torres menjadi Pemusnah apabila diturunkan kembali walaupun pada mulanya dijangka tidak dapat diturunkan akibat kecederaan

Perlawanan yang menjadi tumpuan pada minggu ini menyaksikan Manchester United bertemu Liverpool, keputusan dari perlawanan yang panas ini mengembalikan maruah Liverpool apabila menundukkan pasukan Manchester United 2-0. Hasil keputusan ini menyebabkan Manchester United jatuh dari persada Liga ke kedudukan rangking ke 2.

Pasukan The Blues, Chelsea berjaya membelasah pasukan Blackburn 5-0, sekaligus merampas takhta liga dari Machester United.

Lain-Lain Keputusan :
Wolves 1-1 Aston Villa
Birmingham 1-0 Sunderland
Burnley 1-3 Wigan
Hull City 0-0 Portsmouth
Tottenham 0-1 Stoke City
Bolton 3-2 Everton
Manchester City 2-2 Fulham
West Ham 2-2 Arsenal