Sunday, April 5, 2009

Kejutan!! Di Kedah

Naib presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), V Nagarajan menyertai PKR bersama 6,000 ahli selepas lapan bahagian dengan 62 cawangan PPP di Kedah dibubarkan. Lapan bahagian yang dibubarkan itu ialah Alor Star, Kubang Pasu, Kuala Kedah, Pokok Sena, Kulim, Baling, Sungai Petani dan Merbok. Perkara itu diumumkan oleh anggota Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Johari Abdul yang juga ahli Parlimen Sungai Petani malam ini. Perkara itu diumumkan oleh anggota Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Johari Abdul yang juga ahli Parlimen Sungai Petani malam ini. Beliau membuat pengumuman itu dalam satu majlis ceramah di Dewan Hock Seng, Sungai Petani, dalam DUN Bukit Selambau.

Nagarajan kemudiannya menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PKR kepada Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Nagajaran memberitahu pemberita kemudiannya bahawa hari ini beliau menyerahkan 300 borang keahlian manakala bakinya akan diserahkan selepas pilihanraya kecil Bukit Selambau pada 7 April depan.

Johari juga mengumumkan kemasukkan ketua Umno cawangan Kampung Jerai, Marzuki Md Akib bersama 51 ahli cawangan tersebut menyertai PKR. Turut menyertai PKR malam ini ialah pemimpin masyarakat siam di Bukit Selambau, Nao Bai Seong bersama 100 orang masyarakat siam.

Dalam ucapannya, Anwar berkata beliau akan membuat satu lagi pengumuman penting pada 7 April depan.

Rokok tue HARAM ?


Fizikal rokok yang terdiri dari tembakau dan kertas balutan telah lama dihukumkan haram oleh ulama al-Azhar ini adalah disebabkan rokok itu mengandungi bahan2 yang membahayakan kesihatan. Maka dari sudut islam sesuatu yang boleh merosakkan diri maka ia akan dilarangkan. Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Selangor 1989 mendefinisikan rokok sebagai tembakau yang digulung dengan kertas atau daun nipah atau lainnya. Berdasarkan satu kajian Pusat Racun Negara USM, di dalam rokok mengandungi anggaran 4000 jenis racun, sebahagiannya amat toksik seperti sianid, arsenik, racun-racun makhluk perosak. Dioksin juga boleh dihasilkan melalui penggunaan tembakau. Mufti Selangor, Datuk Ishak Baharom (semasa itu) berkata, Selangor membuat keputusan mengharamkan rokok itu selepas berbincang dengan Majlis Fatwa Kebangsaan. Kemudian keputusan mengharamkan rokok itu diwartakan mengikut Sub-seksyen 31(1) dan Seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Selangor 1989.

Dengan ini jika rokok itu telah diharamkan maka menjual rokok juga adalah haram, membeli rokok adalah haram, dan menghisapnya juga haram. Mengikut statistik pada tahun 1989, rakyat negara ini membelanjakan kira-kira RM2 juta sehari untuk membeli rokok tanpa menghiraukan kesan merokok itu yang dikatakan membahayakan kesihatan. Setiausaha Agung, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), N. Marimuthu (semasa itu), berkata, ini bermakna rakyat membelanjakan kira-kira RM720 juta (nilai pada masa itu) setahun untuk membeli rokok. Kalau nilai sekarang entah berapa kali ganda jumlahnya.

Menurut kajian dan perangkaan pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) Pertubuhan bangsa2 bersatu (PBB),seramai 4.9 juta manusia mati setiap tahun kerana tabiat merokok dengan 500,000 darinya adalah di Asia dan 10,000 darinya datang dari negara ini kerana merokok. Kajian juga mendapati setiap sebatang rokok yang di hisap boleh mengurangkan hayat perokok sebanyak 3minit ,kebiasaan orang merokok hanya ingin mendapat perhatian dan dia berasa dirinya hebat padahal sebenarnya dia seorang yang bodoh! Mengapa?


Menurut satu kenyataan mutakhir ini, hasil keuntungan penghasilan rokok Amerika Syarikat, sebahagian besarnya adalah untuk membantu Israel membangunkan negaranya termasuk memerangi Palestin. Dikatakan satu hari diperuntukkan 10 juta dolar untuk Israel. Sudah pasti saham umat Islam yang menghisap rokok itu telah dimasukkan di dalamnya tanpa kita sedari.


Jika direnungkan hukum pengharaman dan melihat kepada perbelanjaan yang menguntungkan musuh Islam , mahukah anda terus merokok? Maka fikir2kan lah!!!


Sunday, March 29, 2009

Berita Dari 3 PRK


SEJARAH TERUKIR DI BUKIT SELAMBAU
Buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya di Malaysia, Jumlah keseluruhan calon yang akan bertanding di PRK Dun Bukit Selambau seramai 15 calon menyaksikan pertandingan 15 penjuru iaitu 1 dari Pakatan Rakyat, 1 dari Barisan Nasional & 13 lagi dari Parti Bebas.

Senarai calon mengikut kedudukan dalam kertas undi, R. Loganathan (menggunakan simbol Kelapa Sawit), Tan Hock Huat (Kunci),Radzi Md Lazim (Kerusi), S. Manikumar (PKR), Mohd Fazil Abdul Wahab (Kepala Harimau), Abdul Rahim Abdul (Jam loceng), L.Sarala (Basikal),S. Ganesan (BN), A. Jayagopal (Payung), S. Moganakumar (Nuku), Khamis Awang (Ayam Jantan), Husaini Yaacob (Bas), M.Vaneson (Ikan), Anuar Abdul Hamid (Telefon) dan T. Chandrarajah (Kapal Terbang).

Kehadiran Penyokong dari Pakatan Rakyat sehingga 15 ribu orang, menenggelamkan penyokong calon2 yang lain termasuk Barisan Nasional.

DUN BATANG AI, BN VS PR
Di Sarawak, PRK Di Dun Batang Ai, menyaksikan pertandingan 2 penjuru, antara 2 parti terbesar Malaysia iaitu Malcolm Mussen Lamoh (PRS) dicabar calon (PKR) Jawah Gerang. Seorang lagi calon bebas Johnny Chuat, 38 menarik diri dari pertandingan dan mengisytiharkan sokongan penuh kepada parti keadilan Rakyat.Penarikan diri calon bebas ini mendapat sorakan dari PR.

PARLIMEN BUKIT GANTANG, 3 PENJURU
Penyokong dari Pakatan Rakyat terlalu ramai sehingga 60 ribu menghangatkan perjalanan proses pencalonan di Bukit Gantang. 3 Calon telah Sah bertanding menyaksikan pertandingan 3 penjuru antara Ismail Safian (BN), Nizar Jamaluddin (PAS) dan Kamarul ramizu Idris (Bebas).

Gambar Menarik di Sekitar Pencalonan :


Lirik Lagu ( Dzil Afzan - Rintihan Palestin )

Wahai ummah dengarlah rintihan ini
Kami disini tak tertahan lg
Umat islam ditindas dan diseksa
Oleh musuh islam durjana

Kering sudah air mata mengalir
Darah merah tumpah membasah
Berbilang peluru jeritan dan tangisan
Menjadi irama dan lagu

Ibu tiada ayah tercinta
Tangisan anak menjadi biasa
Darah merah mengalir merata
Jasad rebahh...dimana mana


Dulu bumi ku indah menawan
Tapi kini sudah ditawan
Musnahlah segala keindahan
Yg tinggal hanyalah kenangan

Hidupku kini didalam penjara
Azabnya tiada terkira

Berbagai seksaan

Aku diperlakukan tiada kasih sesama manusia

Tolong kawan tolonglah saudara

Selamatkan kami dari sengsara
Bantuan mu kami perlukan
Dalam berhadapan musuh agama


Lirik Perjuangan!!! Dah Lama Aku Cari lagu nie akhirnya jumpa gak, tapi link untuk download aku masih tak jumpa, aku layan dekat IMEEM je. Nak layan sila masuk
IMEEM

Lirik Lagu ( Twins - Di Jarak Perindu )

Telah Aku Mencuba
Melupakan segalanya
Tapi entah mengapa
Imiginasi sejarah yang lama

Bukannya hari-hari
Kita semua alami
Pilu pedih menanti
Mengharap hari cepat berganti

korus:
Ke mana ku pergi apa dialami
Hanya bayang dia di mana-mana
Bila malam tiba ku pejam mata
Kau masih di sana

*

Sejak ku pergi bagaimanakah kau kini meniti hari
Apakah sesunyi ini kosong dan sepi
Hanya rindu dalam hati menemani
Bila sendiri

Sejak kau pergi semakin aku mengerti
Antara kita masih rindu merindui
Ternyata aku terlalu merharap tidak
Di jarak perindu ( ..nya rinduku )


ulang korus

ulang*

Entah berapa lama jawapannya akan tiba
Sesungguhnya ku rasa amat berbisa
Di jarak masa
Uhu.....

Lagu Yang Memang tangkap Lentok Punya,Silakan Download, Layan~

DOWNLOAD

Saturday, March 28, 2009

Kekecohan!!!!



KJ Rasuah!!!! KJ Rasuah!!! Perkataan yang dilontarkan selepas kemenangan KJ dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO. Ermmm, sesama sendiri pun huru hara, cam ne nak tunjuk tauladan baik pada generasi pemuda sekarang? Ish3

Thursday, March 26, 2009

Sejarah Hidupku!



TENTANG SAYA

Inilah gambar terkini aku, Umur 22 tahun 3 bulan. Ramai yang kata aku dah berisi, biasa la tue, bahagia.:))


KELUARGA
Gambar keluarga aku, masa nie aku berusia 15 tahun, gambar nie ambil selepas kakak aku kahwin, buat kenang kenangan. Aku anak ke3, yang pertama abg aku Yusra dan Kakak Aku Suhaila dan terakhir aku. Beza umur aku ngan kakak aku 10 tahu. Jauh tue!!



SAHABAT
Aku bersama sahabat rapat, yang pakai topi tue nama dia Asp Haikal, abang polis paling hemsem kat IPD seremban, tapi dia dok balai polis pudu KL. Sorang lagi tue IR Hafizul, Engineer Solfware paling berjaya yang aku kenal la tahap macam IR bekas MB Perak, haha. Yang Dok bersalaman nie pulak dua orang kawan baik aku gak, gambar nie diambil sempena kemenangan bersejarah sahabat aku bernama Zhafir (Hitam kuning). Zhafir nie kawan aku yang masih berlajar lagi, tah bila nak habis tak tahu la. Yang menyampaikan hadiah bola bowling nie nama dia Afzanizam (bukan orang bangladesh). Dia nie kerja kat Tabung Haji. Kaki tangan kerajaan, gaji besar tapi tak pernah belanja kekawan, HAMPEH!!.


RAKAN KERJA
Nie Semua rakan2 pejabat aku, di ambil 2 tahun yg lalu, jadi sebahagian besarnya dah x kerja lagi (Tukar kerja lain). NAk citer sorang2 ramai pulak, yang pasti diorang nie memang best, sekepala. Yang dah berpindah tue, selamat berjaya!!


TEMPAT KERJA
Sesaper yang suka merempit mesti tahu BULATAN KG PANDAN. Di sinilah terletaknya bangunan tempat kerja aku yang di panggil MCC.


PEKERJAAN
Aku berkerja di Syarikat SMART (Mengurus Air Banjir & Terowong) Jadi kerja aku uruskan mengenai banjir dan jaga terowong nie supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik.


TEMPAT TINGGAL
Aku tinggal di GOMBAK bt 5 1/2, yang popular kat sini sekarang nie DOWN TOWN, sebelum wujud down town nie, Pasaraya ONG TAI KIM ini lah yang popular dikalangan penduduk GOMBAK.



MAKANAN KEGEMARAN
Aku paling suka makan NASI GORENG USA, rasa dia memang menarik, tiap kali makan mesti puas dan yang paling penting kenyang!!


SEK MENENGAH
Aku bekas budak SEK COCHRANE, Sek nie sekarang dah jadi sekolah sukan, dan kini hanya tinggal kenangan!!


POLITEKNIK SHAH ALAM (PSA)
Selepas aku tamatkan belajar di Sek Men, Aku meneruskan pembelajaran aku di PSA, Aku ambil jurusan Elektrik & Elektronik.


KJ menang Ketua Pemuda UMNO

Menurut Malaysiakini, Mukhriz Mahathir menangis selepas kalah pertandingan Ketua Pemuda UMNO. Menurut NST live coverage pula, penyokong Mukhriz pada saat ini sedang mengamuk di PWTC dan enggan berganjak sambil melaungkan 'rasuah' kepada KJ.

Jam 10:57pm, Keputusan tidak rasmi, Khairy Jamaludin menang sebagai Ketua Pemuda UMNO dan pada Jam 11:55pm Khairy Jamaludin disahkan menang dengan undian 304 menewaskan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang mendapat 254 dan Datuk Mukhriz Mahathir mendapat 232.