Monday, September 21, 2009

Program hari Raya

Hari Raya ke 2 nie, aku menyambutnya di Pejabat aku sepanjang hari, 24 jam kena keja, huhu, cari duit poket lebih kena la rajin2 keja, haha

Semalam hari raya pertama macam biasa dalam family aku, mesti ronda2 satu KL nie, menziarahi sedara2 aku. Memang itu program biasa setiap kali hari raya. Selepas dah solat hari raya, aku sekeluarga mesti pergi bangsar, rumah makcik aku. Kat Sana semua kaum keluarga aku akan berkumpul untuk pergi ke selayang, rumah adik nenek aku. Kat Selayang tue memang banyak keluarga aku, so sepanjang hari la ronda2 sana.

Hari raya kedua, baru la seluruh keluarga aku balik kampung dekat melaka, cuma aku sahaja tak dapat pergi, kena menjalankan tugas memastikan KL nie selamat dari Banjir.

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Salam Sejahtera,
Sempena bulan yg mulia ni, saya ingin mengucapkan Selamat hari Raya AidilFitri kepada semua rakan2,pengunjung blog ini & semua yang mengenali diri saya. Maaf Zahir Batin jika tersilap dan salah. Kepada yg balik kampung tue, berhati2 sepanjang perjalanan, semoga perjalanan pergi dan balik kita selamat.

Wednesday, September 16, 2009

Externel Hard disk buat Hal

Nasib aku agak menyedihkan hari nie, Hard Disk aku yang penuh dengan macam2 didalammya dah mula buat hal. Cepat BzZz, lambat baca, lepas tue bila dah terlalu BzZz, automatik hard disk aku tak dapat dibaca lagi. Memang Merunsingkan otak aku, tak tahu lagi apa puncanya!! Huhu

Bagan Pinang - Tarikh Penamaan Calon & Pilihan Raya

Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini menetapkan 11 Oktober depan sebagai tarikh pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan manakala penamaan calon pula ditetapkan 3 Oktober.

Daftar pemilih mengandungi 13,664 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos. Seramai 8,577 atau 62.77 peratus pengundi terdiri daripada kaum Melayu, 2,834 atau 20.74 peratus pengundi India, 1,498 atau 10.96 peratus pengundi Cina dan 755 atau 5.54 peratus terdiri daripada lain-lain bangsa. 7,912 pengundi terdiri daripada golongan lelaki manakala bakinya, 5,752 pengundi ialah pengundi wanita. Untuk pilihan raya kecil ini, SPR akan membuka lapan buah pusat mengundi yang melibatkan lapan buah sekolah dan 18 tempat saluran mengundi.

Friday, September 11, 2009

New Produa - VIVA ELITE

PRODUA VIVA ELITE
Produa mengeluarkan modul terbarunya VIVA ELITE yang di Modifed Sikit menjadi wajah yabg lebih menarik dan pasti dapat memikat hati pengguna2 kenderaan.

Info :
Wajah Baru (bumper dan luaran)
Lampu Fog Depan
Handle Crome
Rim 14" Alloy
Reflector cermin belakang
Seat design baru
Reverse sensor
Cermin Depan UV reflector
MP3

Harga :
Perodua ViVA Elite M/T – RM37,900
Perodua ViVA Elite A/T – RM40,900
Perodua ViVA Elite EZi – RM44,900
Perodua ViVA 1.0 AT – RM36,900
Perodua ViVA 850 MT – RM32,900
Perodua ViVA 660 EX MT – RM28,900
Perodua ViVA 660 BX MT – RM25,300


Sony Ericsson XPERIA X2

Kemunculan HP Sony Ericsson XPERIA X2 kali ini menawarkan aplikasi Windows mobile 6.5 dan bercirikan SlideView nie pastikan membuatkan ramai pengguna termasuk aku ingin beralihkan kepada Sony Ericsson.

Apa yang aku suka telefon bimbit nie mempunyai Skrin yang besar dan jelas , ia dilengkapi dengan teknologi tanpa sempadan bermula dengan sesawang Skype, Mytopia, dan Google sehinggalah permainan video. Hp ini akan dipasarkan hujung tahun ini.

Info Basic
Saiz : 110 x 54 x 16mm
Berat : 115 gram
Kamera : 8.1 Megapiksel
Zoom : 16x Digital
Warna : Hitam atau kelabu
Bluetooth with equalizer
Map Google
Auto Rotate Screen
You tube Viewer
Wifi, GPS, TV-Out,
Free 4GB microSD card

Saturday, September 5, 2009

Pilihan Raya Kecil lagi !!

ADUN BN bagi DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan, Azman Mohd Noor meninggal dunia di Seremban pada jam 2.30 petang semalam di Pusat Pakar Seremban. Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari ini. Ia merupakan pilihanraya kecil kesembilan selepas pilihanraya umum tahun lalu.

Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 54, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat undi 4,09 dengan Majoriti 2,333. DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%).

Tuesday, September 1, 2009

Harga Petrol naik lagi...!!

Esok 01 Sept 2009, harga petrol akan dinaikkan, ia diumumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

RON 95 yang menggantikan RON 92 yang berharga Rm 1.75 seliter dinaikkan 0.05 sen kepada Rm 8.00. Begitu RON 97 yang pada mulanya Rm 1.80 dinaikkan kepada Rm 2.05 sen.

Kenaikan ini hadiah sempena menyambut kemerdekaan ke-52 dari kerajaan yang sememangnya 1 Malaysia "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan"