Friday, April 10, 2009

Kembali Bercuti !!!

09/04/09 Kini Aku kembali BERCUTI, Hohoho.. Kawan2 aku selalu bingung kenapa la aku nie banyak sangat cuti, keje sikit cuti memanjang, hahaha..Sebenarnya, aku selalu tukar syif untuk jimatkan minyak, x larat kos minyak kalau pegi balik keje, lebih baik buat sekali jalan, pastu cuti..Hahaha

Plan cuti aku, Esok Jumaat dah tentu perjalanan pertama pie Solat Jumaat, pastu nak pie beli CD Kosong kat Imbi nak Burn Lagu, nak dengar dalam kereta. Next Day Hari Sabtu, banyak benda nak buat, nak Pie Usha LCD baru, yang skang nie kawan aku nak beli,aku jual harga baik punya (LCD LG Flatron L1781Q Ultra-Slim - RM 300). Di KLCC ada PC Fair, jadi aku takkan terlepas pergi, tapi satu je yang aku tak suka pergi KLCC nie, parking tak best langsung. Huhu

Dah selesai semua, Nak pergi Berjaya Time Square layan bowling [Berlatih!!, Aku ada perlawanan 17April], Pastu Pergi The Mines Karaoke di JUSH K.Terakhir sekali Pergi Kg baru makan Wastern Food. Nie la plan cuti aku 2 hari Jumaat & Sabtu. Sekian, Hahaha

Thursday, April 9, 2009

Vclip Thomas - Bunga



Lagu Vclip Pilihan - Didalam Playlist juga boleh dengar!! memang tangkap lentok. Best!!

Wednesday, April 8, 2009

SMART bowling !!

7April09 Jam 0300 menyaksikan pemilihan 15 kumpulan dari 45 Staff2 Smart untuk perlawanan bowling yang akan diadakan pada 17April09 di Berjaya Times Squre.


Kumpulan 1
Kumpulan 2
Amir (Maint) Solehin (Traffic)

Al Zahni (Traffic) Norhamisah (Ops)

Mohd Noor Halim (Ops) Syahrulnizam (Ops)


Kumpulan 3 Kumpulan 4
Elly (Pr) Mohd Noor (Pr/Ops)

Azrul (Traffic) Fazidah (Legal)

Yanti (Ops) Siti Halimahton (Ops)


Kumpulan 5 Kumpulan 6
Hairon (Traffic) Darussalam (Maint)

Shahrin (HRA) Harizah (HRA)

Zaiti Azra (Ops) Rahimah (Finance)


Kumpulan 7 Kumpulan 8
Mohd Fuad (GMO) Zulkarnain (Ops)

Radzi (Traffic) Noazura (Ops)

Visunathan (Maint) Alex (Maint)


Kumpulan 9 Kumpulan 10
Abdullah (Traffic) Zulkifli (Ops)
Azmazura (Ops) Ainul (Finance)

Nurul Ain (Ops) Zarinah (Ops)


Kumpulan 11 Kumpulan 12
Hafiz (Legal) Kamaruszaman (Traffic)

Rulkhaizam (Traffic) Mustaffi (Pr)

Norlinda (Ops) Lee Kee Seng (Maint)


Kumpulan 13 Kumpulan 14
Norzana (HRA) Azuan (Ops)

Ikmal (HRA) Elizabeth (Maint)
Fairuz (Maint) Shasmin Sazlin (Ops)

Kumpulan 15
Royfuddin (Traffic)
Rosnani (Ops)
Usnizan (Traffic)


Rusuhan di Stadium Sultan Mohamed ke-IV



Apa kebenda Nie !! Maen Bola x Seberapa Huru hara bikin. Peristiwa memalukan ini berlaku berpunca dari Penjaga Gol Kelantan Halim Napi meluru kearah Aidil Zafuan Abdul Radzak dan menumbuk dan memijak pertahanan Negeri Sembilan itu sebelum dileraikan oleh rakan sepasukannya dalam saingan separuh akhir pertama.

Keadaan bertambah teruk diluar stadium apabila penyokong kelantan membuat rusuhan dengan terbalikkan kenderaan polis dan membakarnya selain beberapa kenderaan dipecahkan cermin.

Keputusan Separuh Akhir Piala FA pusingan pertama ini menyaksikan dua perlawanan antara kelantan-N.Sembilan di Stadium Sultan Mohamed ke-IV kelantan yang berakhir tuan rumah tewas 0-1, manakala satu lagi perlawanan di Stadium
Utama, Kangar antara Perlis-Selangor berakhir dengan Seri 1-1.


Tuesday, April 7, 2009

Tahniah Pakatan Rakyat

Kejayaan Pakatan Rakyat mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau dengan pertambahan majoriti membuktikan penolakan berterusan rakyat terhadap BN walaupun pilihanraya umum sudah setahun berlalu.

Kemenangan itu juga menunjukkan rakyat Malaysia semakin pandai menilai walaupun pihak media & BN membuat bermacam2 propaganda terhadap calon PR, namun pentas undi telah terbukti rakyat sudah muak dengan cara ini.

Kadar Peratusan undi pula, di Batang Ai Sarawak 71.2%, Bukit Gantang 75.1% dan Bukit Selambau 70.28%.

KEPUTUSAN RASMI :
Adun Batang Ai, Sarawak (N29)
Malcolm Mussem (PRS-BN) = 3,907 Undi
Jawah Gerang (PKR-PR) = 2,053 Undi
Majoriti BN Menang = 1,854


Adun Bukit Selambau,Kedah
Calon Calon Bebas = 1253 Undi :

R Loganathan = 31 Undi

Tan Hock Huat = 78 Undi

Mohd Radhi Mat Lazim = 25 Undi

Mohd Fadzil Wahab = 83 Undi

Abdul Rahim Abu = 60 Undi

L Sarala = 49 Undi

A Jayagopal = 35 Undi

S Moganakumar = 46 Undi

Khamis Awang = 29 Undi

Husaini Yaacob = 257 Undi

Venason Michael = 32 Undi

Mejar (B) Anuar Abdul Hamid = 528 Undi

T Chandrarajan - 73
Undi
S.Manik
umar (PKR-PR) = 12,632 Undi
Datuk S Ganesan (MIC-BN) = 10,229 Undi

Majoriti PR Menang = 2,403


Adun Bukit Gantang, Perak (P59)

IR Dato Sri Nizar Jamaluddin (PAS-PR) = 21,860 Undi

Ismail Saffian (UMNO-BN) = 19,071 Undi

Majoriti PR Menang = 2,7
89

Sunday, April 5, 2009

Kereta Idaman

[Pandangan belakang]

[Pandangan dari bahagian tepi]

Kejutan!! Di Kedah

Naib presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), V Nagarajan menyertai PKR bersama 6,000 ahli selepas lapan bahagian dengan 62 cawangan PPP di Kedah dibubarkan. Lapan bahagian yang dibubarkan itu ialah Alor Star, Kubang Pasu, Kuala Kedah, Pokok Sena, Kulim, Baling, Sungai Petani dan Merbok. Perkara itu diumumkan oleh anggota Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Johari Abdul yang juga ahli Parlimen Sungai Petani malam ini. Perkara itu diumumkan oleh anggota Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Johari Abdul yang juga ahli Parlimen Sungai Petani malam ini. Beliau membuat pengumuman itu dalam satu majlis ceramah di Dewan Hock Seng, Sungai Petani, dalam DUN Bukit Selambau.

Nagarajan kemudiannya menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PKR kepada Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Nagajaran memberitahu pemberita kemudiannya bahawa hari ini beliau menyerahkan 300 borang keahlian manakala bakinya akan diserahkan selepas pilihanraya kecil Bukit Selambau pada 7 April depan.

Johari juga mengumumkan kemasukkan ketua Umno cawangan Kampung Jerai, Marzuki Md Akib bersama 51 ahli cawangan tersebut menyertai PKR. Turut menyertai PKR malam ini ialah pemimpin masyarakat siam di Bukit Selambau, Nao Bai Seong bersama 100 orang masyarakat siam.

Dalam ucapannya, Anwar berkata beliau akan membuat satu lagi pengumuman penting pada 7 April depan.

Rokok tue HARAM ?


Fizikal rokok yang terdiri dari tembakau dan kertas balutan telah lama dihukumkan haram oleh ulama al-Azhar ini adalah disebabkan rokok itu mengandungi bahan2 yang membahayakan kesihatan. Maka dari sudut islam sesuatu yang boleh merosakkan diri maka ia akan dilarangkan. Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Selangor 1989 mendefinisikan rokok sebagai tembakau yang digulung dengan kertas atau daun nipah atau lainnya. Berdasarkan satu kajian Pusat Racun Negara USM, di dalam rokok mengandungi anggaran 4000 jenis racun, sebahagiannya amat toksik seperti sianid, arsenik, racun-racun makhluk perosak. Dioksin juga boleh dihasilkan melalui penggunaan tembakau. Mufti Selangor, Datuk Ishak Baharom (semasa itu) berkata, Selangor membuat keputusan mengharamkan rokok itu selepas berbincang dengan Majlis Fatwa Kebangsaan. Kemudian keputusan mengharamkan rokok itu diwartakan mengikut Sub-seksyen 31(1) dan Seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Selangor 1989.

Dengan ini jika rokok itu telah diharamkan maka menjual rokok juga adalah haram, membeli rokok adalah haram, dan menghisapnya juga haram. Mengikut statistik pada tahun 1989, rakyat negara ini membelanjakan kira-kira RM2 juta sehari untuk membeli rokok tanpa menghiraukan kesan merokok itu yang dikatakan membahayakan kesihatan. Setiausaha Agung, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), N. Marimuthu (semasa itu), berkata, ini bermakna rakyat membelanjakan kira-kira RM720 juta (nilai pada masa itu) setahun untuk membeli rokok. Kalau nilai sekarang entah berapa kali ganda jumlahnya.

Menurut kajian dan perangkaan pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) Pertubuhan bangsa2 bersatu (PBB),seramai 4.9 juta manusia mati setiap tahun kerana tabiat merokok dengan 500,000 darinya adalah di Asia dan 10,000 darinya datang dari negara ini kerana merokok. Kajian juga mendapati setiap sebatang rokok yang di hisap boleh mengurangkan hayat perokok sebanyak 3minit ,kebiasaan orang merokok hanya ingin mendapat perhatian dan dia berasa dirinya hebat padahal sebenarnya dia seorang yang bodoh! Mengapa?


Menurut satu kenyataan mutakhir ini, hasil keuntungan penghasilan rokok Amerika Syarikat, sebahagian besarnya adalah untuk membantu Israel membangunkan negaranya termasuk memerangi Palestin. Dikatakan satu hari diperuntukkan 10 juta dolar untuk Israel. Sudah pasti saham umat Islam yang menghisap rokok itu telah dimasukkan di dalamnya tanpa kita sedari.


Jika direnungkan hukum pengharaman dan melihat kepada perbelanjaan yang menguntungkan musuh Islam , mahukah anda terus merokok? Maka fikir2kan lah!!!