Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu

Hari Ibu merupakan hari yang sangat ditunggu2, bagaimanapun sebagai umat Islam, Hari Ibu harus disambut sepanjang masa kerana syurga itu dibawah tapak kakinya. Doa kan lah ia sepanjang masa, perit lelah mereka mengandungkan kita 9 bulan tidak langsung mereka ungkit, sekalipun kita banyak merungut bila mana mereka meminta bantuan daripada kita. Mereka mempertaruhkan nyawa mereka untuk melahirkan kita ke dunia ini, tapi pernahkan kita ucapkan terima kasih? Inilah golongan insan yang bergelar ibu yang kadang-kadang kita ketepikan, kita lupa jasa dan pengorbanan mereka. Faktor kerjaya, sibuk dan sebagainya dijadikan alasan. Adakah ini cara pembalasan anak-anak terhadap ibu yang telah berkorban kepada mereka selama ini? Sekali lagi kita harus ingat setitik air mata ibu mengalir disebabkan kita, maka neraka tempatnya.
zwani.com myspace graphic comments
Kepada mereka yang belum ketahui bilakah sambutan Hari Ibu ini di Malaysia, ingin saya kongsikan dengan anda di sini. Sambutan Hari Ibu 2009 di Malaysia di sambut pada tarikh 10 Mei 2009. Sambutan Hari Ibu 2009 di Malaysia ini juga akan berkongsi tarikh sambutannya dengan negara-negara lain seperti Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Croatia, Cuba, CuraƧao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Ecuador, Estonia, Finland, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Hong Kong, Iceland, India, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, Malta, Myanmar, The Netherlands, New Zealand, Pakistan, Peru, Philippines, Puerto Rico, Singapore, Slovakia, South Africa, St. Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Suriname, Switzerland, Taiwan, Trinidad and Tobago, Turkey, Ukraine, United States, Uruguay, Venezuela dan Zimbabwe.

Apa yang anda ingin lakukan pada hari tersebut?Jadi, bagi anda yang masih punyai ibu, hargailah mereka dan berbaktilah kepada mereka.

No comments:

Post a Comment