Tuesday, May 5, 2009

PPSMI, 5 sasterawan negara menolaknya !!


Dasar PPSMI sekali lagi menerima tamparan apabila 5 sasterawan negara yang masih hidup iaitu Datuk A Samad Said, Prof Muhammad Hj Salleh, Datuk Shahnon Ahmad, Datuk Noordin Hassan dan Datuk Abdullah Hussain menolaknya.

Mereka melontarkan 6 sebab penolakan :

Baca didalam

Mereka sanggup membuang gelaran sasterawan ini jika keadaan memerlukan. A Samad memberi amaran supaya ahli politik harus bersedia menghadapi "perlawanan" yang lebih hebat "jika tidak bersedia tunduk" pada desakan membatalkan PPSMI. "Dan kalau ada yang bertanya saya, apakah akan dilakukan kalau kuasawan (ahli politik) ini tidak bersedia untuk tunduk, (maka) perlawanan ini akan diteruskan dari belbagai sudut. "Ertinya kuasawan harus bersedia menghadapi itu. Kita akan merakyatkan betul-betul (isu PPSMI), bahawa mereka ini akan hilang bahasa, mereka akan hilang jati diri."


Sejak 1981, Malaysia menganugerahkan gelaran berprestij ini kepada sembilan tokoh sastera dan kreatif negara, terbaru Syed Othman Syed Omar atau lebih dikenali S Othman Kelantan pada 2003. Kesemuanya ada 10 Sasterawan negara.

Kini, 4 darinya iaitu Kamaluddin Muhamad (popular dengan nama pena Keris Mas), Datuk Usman Awang, Muhammad Dahlan Abdul Biang (Arena Wati) dan Syed Othman telah meninggal dunia manakala 1 darinya Sasterawan Noordin penggiat teater tersohor tidak begitu aktif lagi dalam dunia sasterawan.





No comments:

Post a Comment