Sunday, May 17, 2009

Juara EPL, Serie A & Sepanyol

Juara EPL
Manchester United memenangi kejuaraan bola sepak Liga Perdana Inggeris 2008-09 berbekalkan keputusan seri 0-0 menentang Arsenal di Old Trafford, semalam.

United kini mempunyai 87 mata dengan baki satu perlawanan manakala kelab tangga kedua, Liverpool, yang turun menentang West Bromwich Albion hari ini mempunyai 80 mata.

Ia adalah kejuaraan liga ketiga berturut-turut buat United dan satu mata dalam perlawanan kedua terakhir kempen itu sudah mencukupi untuk meletakkan Red Devils di luar jangkauan Liverpool serta memastikan mereka menyamai rekod musuh ketat itu dengan sejumlah 18 mahkota liga.

Juara Liga Sepanyol
Barcelona muncul juara Liga Sepanyol untuk kali ke-19 apabila penyandang, Real Madrid kalah mengejut kepada Villarreal 3-2, awal pagi tadi.

Ia juga satu sejarah kepada Barcelona apabila membolot dua trofi dalam satu musim dan kali terakhir melakukannya pada 1998.

Barcelona (Juara Liga Sepanyol) akan bertemu Manchester United (Juara EPL) untuk menentukan siapa milik trofi Liga Juara-Juara Eropah musim ini pada final di Rom, 27 Mei nanti.

Juara Serie A,Italy
Inter Milan melebarkan penguasaan trofi Liga Serie A Itali selepas musuh ketatnya, AC Milan tewas 2-1 kepada kepada Udinese, awal pagi tadi.

Kekalahan Milan bermakna pengendali Inter, Jose Mourinho mencipta sejarah manis apabila memperoleh trofi liga pada musim pertamanya di Inter.


No comments:

Post a Comment