Saturday, May 2, 2009

Suzuki Belang R150

Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd dengan bangganya memperkenalkan model Suzuki Belang R150 serba baru juga dikenali sebagai “Motosikal Sports Yang Ranggi & Radikal”. Motorsikal Nie agak menarik perhatian aku kerana ia ringan dan pantas disebabkan mempunyai nisbah kuasa dibandingkan berat yang amat impresif. Ia juga mudah ditunggang dan rekabentuk yang aerodinamik, peralatan yang bermutu tinggi dan sebuah enjin yang sofistikated. Ini membolehkan Suzuki Belang R150 muncul sebagai motosikal sport yang paling ringan dan berkuasa dalam kategori 150cc.













TEKNOLOGI SUZUKI R 150


DOHC / 4-Injap
Prestasi hebat Suzuki Belang R150 dihasilkan oleh enjin 150cc jenis DOHC dengan 4-Injap. “Double Overhead Camshafts” (DOHC) dan 4-injap adalah konfigurasi biasa untuk enjin yang digunakan untuk motosikal sport berprestasi tinggi. Konfigurasi jenis ini jauh lebih lancar apabila beroperasi pada kelajuan RPM enjin yang tinggi, bagi menghasilkan kuasa maksima dan juga penggunaan bahanapi yang optima.

Transmisi 6 Kelajuan
Untuk memastikan bahawa keseluruhan kuasa dan tork enjin 150cc ini dapat digunakan secara efektif, ianya dilengkapi dengan transmisi 6 kelajuan dengan pilihan nisbah gear yang menjaminkan cara tunggangan yang sportif namun lancar dalam pelbagai keadaan jalan dengan kelajuan maksima lebih tinggi.

Penyejukan Udara Dengan Teknologi SACS
Teknologi SACS ataupun Suzuki Advanced Cooling System berfungsi dengan menyembur minyak secara terus pada bahagian bawah omboh untuk penyejukan yang lebih efektif. Minyak ini akan disejukkan dengan mengunakan sebuah radiator penyejukan minyak untuk menghasilkan suhu operasi optima.

SCEM (Suzuki Composite Electrochemical Material)
Silinder aluminium dilapisi bahan yang nipis tetapi amat kuat ini. SCEM membolehkan penghasilan enjin yang lebih ringan serta lebih efisyen dalam pengurangan suhu enjin.

Suspensi Monoshock
Sesuai dengan pelbagai keadaan jalan serta memberi penampilan lebih sporty.

Brek Cakera Depan Lebih Besar
Walaupun cakera brek berukuran 290mm untuk lebih kuasa hentian,
namun ianya tetap ringan dengan rekabentuk garispusat yang dikosongkan.


Brek Cakera Belakang Kompak
Brek jenis ‘racing’ ini mampu memberi daya kuasa hentian lebih sempurna.

Sofistikated & Mudah Di-Operasi
Suzuki Belang R150 adalah motosikal generasi baru yang dicipta menggunakan teknologi terkini yang biasanya hanya boleh didapati pada model motosikal berkapasiti enjin yang lebih besar ataupun “superbike’.

Panel Meter Dinamik Dengan Skrin LCD
Suzuki Belang R150 dilengkapi dengan Speedometer Digital LCD yang senang dibaca, dan sebuah takometer analog yang besar dan bergaya sama seperti motosikal sports mewah Suzuki GSX-R1000.

Sistem “Suzuki Drive Mode Switch (SDMS)”
Sebuah sistem unik yang mempunyai 3 pilihan mod tunggangan yang dapat dipilih secara bergilir. Mod-mod ini adalah mod tunggangan biasa, mod tunggangan ekonomi dan mod tunggangan kuasa.

Mod Tunggangan Biasa -Mod ini adalah mod tunggangan biasa yang tidak mengutamakan ekonomi ataupun kuasa dan tidak menunjukkan tanda ECO / PWR.

Mod Tunggangan Ekonomi (ECO) - Mod ini digunakan untuk menyelaras penggunaan petrol pada kadar yang paling menjimatkan. Lampu penunjuk akan menyala secara otomatik bagi menandakan bahawa revolusi enjin berada pada tahap optima untuk penjimatan petrol.

Mod Tunggangan Power (PWR) - Mod ini digunakan untuk tunggangan agresif. Lampu penunjuk akan menyala secara otomatik bagi menandakan bahawa revolusi enjin berada pada tahap optima untuk daya kuasa pecutan maksima.

Rim Aluminium Alloy 10-Jejari
Di rekacipta untuk mencerminkan identiti motosikal sports Suzuki mewah, rim yang ringan dan tahan lasak ini mampu memberi kestabilan dan ketangkasan menunggang.

Pemegang Keselamatan Aluminium
Pemegang keselamatan aluminium yang ringan dan bergaya ini memberi penampilan yang bermutu tinggi kepada bahagian belakang Suzuki Belang R150.

Ganjal Kaki Aluminium
Ganjal kaki aluminium ini adalah jenis selot sama seperti yang digunakan pada motosikal sports mewah.


Suzuki Belang R150 didatangkan dalam variasi 2 warna
  1. kombinasi warna dwi-ton Autumn Red/New Titan Black
  2. Dark Grey/New Titan Black
Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd talian = 03-5569 9258
Harga = RM7,570.00

No comments:

Post a Comment