Thursday, May 28, 2009

Barcelona Benam MU

Barcelona menyingkirkan Manchester United sebagai juara Eropah dengan kemenangan bergaya 2-0 pada final Liga Juara-Juara di Stadium Olimpico pagi ini.

Penyerang Samuel Eto membuka jaringan pada minit ke-10 apabila beliau memotong Nemanja Vidic dari sebelah kanan dan menolak bola rendah melepasi penjaga gol United, Edwin van der Sar.

Xavi meledakkan tendangan percuma ke tiang gol pada permulaan separuh masa kedua sebelum Lionel Messi memastikan kemenangan dengan tandukan cantik hasil hantaran Xavi pada minit ke-70.

PRK Manik Urai 14 Julai

Pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Kelantan ditetapkan pada 14 Julai ini, sementara penamaan calonnya jatuh pada 6 Julai. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan di Putrajaya hari ini.

Pilihanraya dibuat susulan kekosongan kerusi itu yang ditinggalkan penyandangnya Ismail Yaakub apabila pulang ke rahmatullah 22 Mei lalu.

Seramai 12,293 pemilih termasuk 25 pemilih pos dijangka membuang undi dalam kerusi kawasan pedalaman itu di kawasan parlimen Kuala Krai.

Sunday, May 24, 2009

Internet DOWN

2 hari yang amat membosankan di tempat kerja, Internet DOWN, dari tgh hari aku masuk kerja jam 3.00 petang sampai la ke 7.00 pagi tak ada kerja nak buat, dok termenung je la.

Mm, hari rabu nie ada Kursus Komunikasi, yang menarik Bilik kawalan SMART nie dijaga oleh Manager & Officer aku, haha. Kasi peluang diorang nie jaga, tah macam mane la nanti.

Penanti Tanpa BN

Pertama kali dalam sejarah, parti terbesar malaysia UMNO tidak menyertai PRK, bagaimanapun, PRK di penanti ini ditandingi 4 penjuru, 3 calon bebas dan 1 dari PKR iaitu Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Mansor Othman.

Yang menarik ialah satu calon bebas merupakan bekas calon PRK di bukit gantang iaitu Kamarul Ramizu Idris, dan dua calon bebas yang lain ialah bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah dan Pengurus syarikat yang juga bekas Ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti Nai Khan Ari Nai Keow.



Saturday, May 23, 2009

ADUN PAS Meninggal Dunia

ADUN Manek Urai, Ismail Yaacob,60 menghembuskan nafas terakhir subuh hari ini akibat sakit jantung setelah dimasukkan ke hospital sejak akhir bulan lepas.

Allahyarham, merupakan timbalan yang dipertua PAS kawasan Kuala Krai, meninggalkan isteri Siti Zaharah Ibrahim dan 10 orang anak.
Jenazah allahyarham dibawa ke rumahnya di Manek Urai Lama dan disembahyangkan di sebuah masjid dengan diimamkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kira-kira 2,000 orang menziarahi dan turut menyembahyangkan jenazah Ismail sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Manek Urai Lama selepas solat Jumaat.
Dengan ini bermakna, satu lagi pilihan raya akan diadakan, dalam pilihanraya umum lalu, Allahyarham menang dengan majoriti 1,352 undi.
Allahyarham merupakan ADUN yang paling lama berkhidmat di Kelantan sejak PAS memenanginya pada pilihanraya umum 1986, kecuali pilihanraya 2004 allahyarham tidak bertanding, dan kembali bertanding pada pilihanraya yang lepas 2008.
SPR akan bermesyuarat khamis depan untuk memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian.

Monday, May 18, 2009

MoVie May & Jun

Tayangan Wayang bulan 5 dengan bulan 6 nie, memang banyak yang best2. Jadi ni antara pilihan wayang yang menjadi pilihan aku untuk ditonton.

BULAN MAY





































































BULAN JUN





















Sunday, May 17, 2009

Gambar Rakan2 lamer!!

KENANGAN LAME
Gambar Nostalgia, walaupun aku tak ada dalam gambar nie [tak tau menghilang mane] tapi nie la rakan2 yang memang best. Aku pun dah lupa aku tingkatan berapa waktu nie, tapi rasanya macam tingkatan 2.

Juara EPL, Serie A & Sepanyol

Juara EPL
Manchester United memenangi kejuaraan bola sepak Liga Perdana Inggeris 2008-09 berbekalkan keputusan seri 0-0 menentang Arsenal di Old Trafford, semalam.

United kini mempunyai 87 mata dengan baki satu perlawanan manakala kelab tangga kedua, Liverpool, yang turun menentang West Bromwich Albion hari ini mempunyai 80 mata.

Ia adalah kejuaraan liga ketiga berturut-turut buat United dan satu mata dalam perlawanan kedua terakhir kempen itu sudah mencukupi untuk meletakkan Red Devils di luar jangkauan Liverpool serta memastikan mereka menyamai rekod musuh ketat itu dengan sejumlah 18 mahkota liga.

Juara Liga Sepanyol
Barcelona muncul juara Liga Sepanyol untuk kali ke-19 apabila penyandang, Real Madrid kalah mengejut kepada Villarreal 3-2, awal pagi tadi.

Ia juga satu sejarah kepada Barcelona apabila membolot dua trofi dalam satu musim dan kali terakhir melakukannya pada 1998.

Barcelona (Juara Liga Sepanyol) akan bertemu Manchester United (Juara EPL) untuk menentukan siapa milik trofi Liga Juara-Juara Eropah musim ini pada final di Rom, 27 Mei nanti.

Juara Serie A,Italy
Inter Milan melebarkan penguasaan trofi Liga Serie A Itali selepas musuh ketatnya, AC Milan tewas 2-1 kepada kepada Udinese, awal pagi tadi.

Kekalahan Milan bermakna pengendali Inter, Jose Mourinho mencipta sejarah manis apabila memperoleh trofi liga pada musim pertamanya di Inter.