Saturday, June 13, 2009

Pencemaran Udara

Semalam aku baca di dalam Malaysia kini, Catatan Tahap pencemaran udara di Lembah Klang semakin buruk, Bacaan indeks pencemaran udara di Pelabuhan Klang adalah 138 manakala di Cheras pula ialah 107.

Manakala 30 kawasan lagi diklasifikasikan di bawah bacaan sederhana, termasuk di Nilai, Petaling Jaya, Kajang Country Heights, Shah Alam, Putrajaya dan Batu Muda di Kuala Lumpur.

Bacaan antara 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara yang baik, manakala 51 hingga 100 adalah sederhana. Kualiti udara dianggap tidak sihat apabila bacaannya 101 hingga 200, amat sangat tidak sihat antara 201 hingga 300 dan merbahaya jika melepasi 300.

Aku di difahamkan pembakaran hutan secara terbuka di Sumatra Indonesia dikatakan menjadi punca jerebu di negara-negara jirannya.

Bagaimanapun, Cuaca hujan sebelah petang di Kuala lumpur. Dapatlah mengurangkan kadar bacaan jerebu.

Thursday, June 11, 2009

Upin Ipin : Angkasa

Selepas kejayaan Upin Ipin-Geng, filem animasi yang popular dari Les' Copaque Production bakal menerbitkan filem animasi keduanya. Filem yang bertajuk Upin & Ipin-Angkasa ini yang bakal ditayangkan pada 2011 serentak diseluruh pawagan negara.

Aku tak sempat untuk tengok Upin Ipin Geng, disebabkan setiap kali nak tengok mesti tiket dah penuh, isyaallah aku pasti tidak ketinggalan untuk filem kedua ini. Bagi rakan-rakan yang tidak sempat juga tengok filem Upin Ipin-geng, beli DVD jelah, yang Original di Speedy.

Wednesday, June 10, 2009

Kedatangan El-Nino

Berdasarkan pemantauan Jabatan Meteorologi Malaysia, fenomena El-Nino sudah terbentuk ekoran cuaca panas dan kering semasa musim Monsun Barat Daya, namun kekuatannya hanya dapat dikenal pasti mulai Ogos ini.

kemerosotan kualiti udara yang menyaksikan cuaca mula berjerebu di beberapa kawasan dianggap petanda awal kedatangan fenomena El-Nino mulai Ogos ini.

Malaysia pernah alami Jerebu yang teruk pada tahun 1997 & 1998

Kaka Milik barcelona

Awal pagi semalam, Kakatelah disahkan bermain untuk club Real Madrid pada musim hadapan. Perpindahan Kaka dari AC Milan ke Real dengan nilai £62 juta (RM351.6 juta),sekaligus memecah rekod milik Zinedine Zidane pada 2001.

Talian Isu BI wajib lulus SPM

Kerajaan telah membuka talian untuk orang ramai bagi memberikan pendapat atau cadangan mengenai isu Bahasa Inggeris syarat wajib untuk lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini, ia boleh disalurkan ke talian khidmat pelanggan kementerian itu di 03-77237070 atau e-mel di kpkpm@moe.gov.my

Jemaah solat di tembak

PATTANI - Lelaki bersenjata melepaskan tembakan di dalam masjid di selatan Thailand ketika jemaah sedang solat Maghrib semalam, membunuh sekurang-kurangnya 10 orang dan mencederakan 19 yang lain di wilayah yang dilanda keganasan itu. "Lima atau enam lelaki menembak raifal automatik dalam masjid di daerah Joh-I-Rong di Narathiwat," kata jurucakap polis, Lef Kol Somjai Singkliang. Tetapi laman web akhbar The Nation memetik jurucakap tentera, Kol Parinya Chaidilok sebagai berkata hanya dua penyerang terbabit. Akhbar itu turut melaporkan mangsa ke-11 meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. "Antara yang terbunuh ialah imam masjid itu," kata Somjai. Kebanyakkan 19 yang tercedera itu dalam keadaan serius.

Aku Sebagai Pemerhati


AKu Sebagai Pemerhati SMART, iaitu merupakan nadi yang menggerakkan terowong SMART.

Hari ini didalam KOSMO, menceritakan mengenai peranan petugas2 didalam bilik kawalan SMART melalui wartawan Noor Hasliza Nusi.

CLick Untuk baca : KOSMO

Sunday, June 7, 2009

2 minggu Server Down

Huhu..Hampir 2 minggu aku tak dapat update Blog aku nie, Server down di pejabat aku..

Jadi banyak maklumat tak dapat aku masukkan...aku baru pas update balik blog nie, tak ada kerja nak buat, hahaha