Sunday, May 10, 2009

Imej Johor Tercalar, Maruah Malaysia Tercemar

Harian Metro - Gempar Apabila sebuah akhbar online di Denmark, memaparkan babak yang mengaibkan sebuah Program Realiti dari negara itu iaitu Survivor Robinson Ekspeditonen apabila menonjolkan aksi berlumba lari dalam keadaan telanjang bulat.

Program realiti ini dilakukan disebuah perairan Mersing di Johor. Difahamkan Program ini dijalankan bagi mengharungi ujian lasak secara Fizikal & mental. Program ini dijalan setiap tahun dengan memilih lokasi berbeza diseluruh dunia bagi menarik perhatian penonton.

Bagaimanapun, Program ini telah menjatuhkan maruah negara, iaitu sebuah negara Islam.

Friday, May 8, 2009

Bowling - Time Squre




Huhu, dapat gak aku gambar2 perlawanan bowling anjuran SMART. Aku kesibukkan, tak ada masa nak Upload gambar2 nieMySpace. Bawah nie ada beberapa gambar yang sempat aku Upload untuk paparan rakan2. Hehehe. Suasana perlawanan memang meriah. Tapi tak tau arr nape dalam Bowling nie kepanasan je, tak cukup udara aku dibuatnya, MySpacemaen pun hampeh, serba tak kena dibuatnya. Tapi Aku punya team keseluruhan No 4. Memang best group aku, tahniah Nor & Sharulnizam.MySpace.Bagi group yang kalah, jangan putus asa, next time, lawan lagi.


Sekitar DUN Perak




Beberapa Ahli Parlimen, Dun & Orang Awam di tangkap oleh pihak polis antaranya Salahudin Ayub, Ketua Pemuda Pas yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Ahli Parlimen Ampang, Dun Teratai, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar.

Perjuangan DUN Pakatan yang amat membanggakan



Kekecohan yang berlaku di DUN Perak, sehingga mengheret speaker Sivakumar keluar dari dewan secara paksa.

[Nampaknya puak puak BN nie, untuk dapatkan kuasa, sanggup buat perkara macam nie, mencabuli undang2, amat menyedihkan]



Wednesday, May 6, 2009

Motorsikal Ferrari ?


Ferrari cukup terkenal sebagai pengeluar keretanya sahaja, tak ramai tahu ferrari juga mengeluarkan Motorsikal.


Manusia Tertinggi & Terendah

Guiness Book Of Record mencatatkan, Manusia yang tertinggi ialah Bao Xishun, 7.9 kaki dan manusia paling rendah ialah Mr Ping Ping, 2.4 kaki. Apa yang buat aku tertarik, kedua-dua manusia ini dari negara Monggolia.

Tuesday, May 5, 2009

Cuti aKu Di Ganggu !!

Sepatutnya hari ini aku cuti REST DAY, nampaknya kena panggil kerja, bikin hati panas je!!. kawan aku Emergency Leave.Sebenarnya kawan aku nie, tinggal seminggu je lagi kerja kat SMART nie, 16 Mei kena tamatkan perkhidmatannya. Aku sedih juga tapi nak wat camne rezekinya takat itu sahaja disini. Disebabkan dah kena buang kerja, buat hal la kawan aku nie, MC la, EL la, AL la..Jadinya kekawan jadi mangsa. Hampeh tol.

PPSMI, 5 sasterawan negara menolaknya !!


Dasar PPSMI sekali lagi menerima tamparan apabila 5 sasterawan negara yang masih hidup iaitu Datuk A Samad Said, Prof Muhammad Hj Salleh, Datuk Shahnon Ahmad, Datuk Noordin Hassan dan Datuk Abdullah Hussain menolaknya.

Mereka melontarkan 6 sebab penolakan :

Baca didalam

Mereka sanggup membuang gelaran sasterawan ini jika keadaan memerlukan. A Samad memberi amaran supaya ahli politik harus bersedia menghadapi "perlawanan" yang lebih hebat "jika tidak bersedia tunduk" pada desakan membatalkan PPSMI. "Dan kalau ada yang bertanya saya, apakah akan dilakukan kalau kuasawan (ahli politik) ini tidak bersedia untuk tunduk, (maka) perlawanan ini akan diteruskan dari belbagai sudut. "Ertinya kuasawan harus bersedia menghadapi itu. Kita akan merakyatkan betul-betul (isu PPSMI), bahawa mereka ini akan hilang bahasa, mereka akan hilang jati diri."


Sejak 1981, Malaysia menganugerahkan gelaran berprestij ini kepada sembilan tokoh sastera dan kreatif negara, terbaru Syed Othman Syed Omar atau lebih dikenali S Othman Kelantan pada 2003. Kesemuanya ada 10 Sasterawan negara.

Kini, 4 darinya iaitu Kamaluddin Muhamad (popular dengan nama pena Keris Mas), Datuk Usman Awang, Muhammad Dahlan Abdul Biang (Arena Wati) dan Syed Othman telah meninggal dunia manakala 1 darinya Sasterawan Noordin penggiat teater tersohor tidak begitu aktif lagi dalam dunia sasterawan.





Saturday, May 2, 2009

Suzuki Belang R150

Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd dengan bangganya memperkenalkan model Suzuki Belang R150 serba baru juga dikenali sebagai “Motosikal Sports Yang Ranggi & Radikal”. Motorsikal Nie agak menarik perhatian aku kerana ia ringan dan pantas disebabkan mempunyai nisbah kuasa dibandingkan berat yang amat impresif. Ia juga mudah ditunggang dan rekabentuk yang aerodinamik, peralatan yang bermutu tinggi dan sebuah enjin yang sofistikated. Ini membolehkan Suzuki Belang R150 muncul sebagai motosikal sport yang paling ringan dan berkuasa dalam kategori 150cc.













TEKNOLOGI SUZUKI R 150


DOHC / 4-Injap
Prestasi hebat Suzuki Belang R150 dihasilkan oleh enjin 150cc jenis DOHC dengan 4-Injap. “Double Overhead Camshafts” (DOHC) dan 4-injap adalah konfigurasi biasa untuk enjin yang digunakan untuk motosikal sport berprestasi tinggi. Konfigurasi jenis ini jauh lebih lancar apabila beroperasi pada kelajuan RPM enjin yang tinggi, bagi menghasilkan kuasa maksima dan juga penggunaan bahanapi yang optima.

Transmisi 6 Kelajuan
Untuk memastikan bahawa keseluruhan kuasa dan tork enjin 150cc ini dapat digunakan secara efektif, ianya dilengkapi dengan transmisi 6 kelajuan dengan pilihan nisbah gear yang menjaminkan cara tunggangan yang sportif namun lancar dalam pelbagai keadaan jalan dengan kelajuan maksima lebih tinggi.

Penyejukan Udara Dengan Teknologi SACS
Teknologi SACS ataupun Suzuki Advanced Cooling System berfungsi dengan menyembur minyak secara terus pada bahagian bawah omboh untuk penyejukan yang lebih efektif. Minyak ini akan disejukkan dengan mengunakan sebuah radiator penyejukan minyak untuk menghasilkan suhu operasi optima.

SCEM (Suzuki Composite Electrochemical Material)
Silinder aluminium dilapisi bahan yang nipis tetapi amat kuat ini. SCEM membolehkan penghasilan enjin yang lebih ringan serta lebih efisyen dalam pengurangan suhu enjin.

Suspensi Monoshock
Sesuai dengan pelbagai keadaan jalan serta memberi penampilan lebih sporty.

Brek Cakera Depan Lebih Besar
Walaupun cakera brek berukuran 290mm untuk lebih kuasa hentian,
namun ianya tetap ringan dengan rekabentuk garispusat yang dikosongkan.


Brek Cakera Belakang Kompak
Brek jenis ‘racing’ ini mampu memberi daya kuasa hentian lebih sempurna.

Sofistikated & Mudah Di-Operasi
Suzuki Belang R150 adalah motosikal generasi baru yang dicipta menggunakan teknologi terkini yang biasanya hanya boleh didapati pada model motosikal berkapasiti enjin yang lebih besar ataupun “superbike’.

Panel Meter Dinamik Dengan Skrin LCD
Suzuki Belang R150 dilengkapi dengan Speedometer Digital LCD yang senang dibaca, dan sebuah takometer analog yang besar dan bergaya sama seperti motosikal sports mewah Suzuki GSX-R1000.

Sistem “Suzuki Drive Mode Switch (SDMS)”
Sebuah sistem unik yang mempunyai 3 pilihan mod tunggangan yang dapat dipilih secara bergilir. Mod-mod ini adalah mod tunggangan biasa, mod tunggangan ekonomi dan mod tunggangan kuasa.

Mod Tunggangan Biasa -Mod ini adalah mod tunggangan biasa yang tidak mengutamakan ekonomi ataupun kuasa dan tidak menunjukkan tanda ECO / PWR.

Mod Tunggangan Ekonomi (ECO) - Mod ini digunakan untuk menyelaras penggunaan petrol pada kadar yang paling menjimatkan. Lampu penunjuk akan menyala secara otomatik bagi menandakan bahawa revolusi enjin berada pada tahap optima untuk penjimatan petrol.

Mod Tunggangan Power (PWR) - Mod ini digunakan untuk tunggangan agresif. Lampu penunjuk akan menyala secara otomatik bagi menandakan bahawa revolusi enjin berada pada tahap optima untuk daya kuasa pecutan maksima.

Rim Aluminium Alloy 10-Jejari
Di rekacipta untuk mencerminkan identiti motosikal sports Suzuki mewah, rim yang ringan dan tahan lasak ini mampu memberi kestabilan dan ketangkasan menunggang.

Pemegang Keselamatan Aluminium
Pemegang keselamatan aluminium yang ringan dan bergaya ini memberi penampilan yang bermutu tinggi kepada bahagian belakang Suzuki Belang R150.

Ganjal Kaki Aluminium
Ganjal kaki aluminium ini adalah jenis selot sama seperti yang digunakan pada motosikal sports mewah.


Suzuki Belang R150 didatangkan dalam variasi 2 warna
  1. kombinasi warna dwi-ton Autumn Red/New Titan Black
  2. Dark Grey/New Titan Black
Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd talian = 03-5569 9258
Harga = RM7,570.00