Saturday, June 27, 2009

Keluaran Terbaru Yamaha

Yamaha kali ini mengeluarkan 2 motor yang dinaikkan prestasinya iaitu model Yamaha RXZ yang masih unggul selaku model pilihan yang popular terutamanya dalam kalangan generasi muda dan juga Yamaha 135 LC yang menjadi model kapcai paling panas pernah dikeluarkan oleh Yamaha.
RXZ Kini Hadir bersama rekaan grafik yang lebih menarik di atas tubuh aerodinamiknya. Penampilan lampu utama, paparan meter dan rekaan kowling dipadankan dengan lampu bahagian belakang. Malah, unit enjin yang ditutup separuh juga menyerlahkan lagi karakter agresifnya.

Warna : Hitam & Merah
Harga pasaran : RM7,504 (Tanpa Insuran)

Bagi 135 LC pula, Ia dilengkapi dengan unit enjin bersesaran 135cc, silinder DiASil, omboh tempaan yang ringan, suspensi monocross dan rekaan fizikal yang aerodinamik, anda tidak perlu bimbang mengenai prestasinya. Ia juga siap dipasang sepasang rim sport berwana emas.

Warna : Hitam, Biru & Merah
Harga pasaran : RM6,011.80 (Tanpa Insuran)

No comments:

Post a Comment