Saturday, October 3, 2009

RENUNGKAN BALA ALLAH

Bencana Alam yang melanda dibeberapa negara di bumi ALLAH dalam tempoh yang singkat terbukti bala ALLAH itu benar & Dasyat. Di Turki lebuhraya bertukar menjadi sungai apabila dilanda banjir besar dan terburuk dalam tempoh 80 tahun. Menyedihkan ia berlaku dalam bulan ramadhan.

Kemudian kejadian pelik diTimur Australia apabila dilanda Ribut debu yang sangat dasyat sehingga langit menjadi Oren, ia bencana terburuk sejak 70 tahun. Walaupun tiada kematian dicatatkan tetapi Kerajaan Autralia terpaksa menghabiskan berbilion wang untuk memulihkan semula keadaan seperti biasa.

Gempa bumi dengan kekuatan dengan magnitud antara 8.0 dan 8.43 melanda sekitar waktu subuh kira-kira 20 batu (32 km) di bawah dasar laut, 120 batu (190 km) menyebabkan berlakunya empat ombak tsunami setinggi empat hingga enam meter sehingga mencapai 1.6 km ke kawasan darat dan melanda negara kepulauan Pasifik American Samoa dan Samoa Barat menyebabkan kemusnahan perkampungan serta meragut banyak korban, dipercayai lebih 100 orang maut, manakala ratusan lagi cedera.

Selepas kejadian tsunami di kepulauan Samoa, satu lagi tragedi bencana yang lebih meragut banyak nyawa apabila gempa Bumi dengan magnitud 7.6 menggegarkan Padang di Indonesia menjadikan wilayah Sumatera Barat umpama padang jarak padang terkukur. Daerah yang paling teruk dilanda gempa iaitu di Kota Padang, daerah kecil Padang Pariaman dan Kota Pariaman. Sementara itu, Kerajaan Indonesia mengistiharkan kawasan tersebut sebagai Darurat. Sehingga kini kematian yang dianggarkan melebihi angka ribuan.

Berjuta-juta mangsa banjir akibat taufan Ketsana di seluruh Asia Tenggara telah mengorbankan ratusan nyawa. Taufan ini membawa angin kencang selaju 185 kilometer sejam dengan kelajuan angin 175 hingga 200 kilometer sejam dan berpotensi mengakibatkan kemusnahan berskala besar.

Filipina antara yang negara yang paling terjejas teruk akibat taufan ketsana, mencatatkan kematian yang tertinggi, diikuti Vietnam & Kemboja. Jumlah mangsa terjejas akibat bencana tersebut di negara-negara terlibat mencecah 3 juta orang.

Di Vietnam, kejadian taufan ketsana memaksa pihak kerajaannya memindahkan lebih 170 000 penduduk di Hanoi. Hujan lebat dan angin taufan yang kuat telah mengorbankan 162 nyawa, 616 cedera dan 13 lagi hilang akibat banjir dan tanah runtuh. Taufan Ketsana telah menjejaskan 14 wilayah di Vietnam di 2 kawasan iaitu Quang Ngai dan Kon Tum menjadi jumlah kematian tertinggi.

Di Filipina, hampir 2.5 juta penduduknya terjejas teruk terutamanya di Manila lebih 700 000 orang ditempatkan di pusat pemindahan bagi mengelakkan ribut yang menghala timur Filipina mungkin berubah menjadi taufan bahaya.

Di India, Hujan lebat berpanjangan selama 4 hari telah menyebabkan banjir teruk di selatan India memakan 172 korban. 145 korban penduduk Karnataka, 6 korban berasal dari Andhra Pradesh dan 1 korban ditemukan di pantai Goa.


No comments:

Post a Comment