Sunday, October 11, 2009

Keputusan (EGM) MCA

Perwakilan MCA pada hari ini telah membawa 3 usul didalam EGM dengan mengundi menyokong usul undi tidak percaya terhadap Presidennya Datuk Seri Ong Tee Keat. Mereka juga tidak bersetuju timbalannya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memegang balik jawatannya walaupun mengundi menolak pemecatan/penggantungan keahliannya. Pengumuman tersebut dibuat oleh pengerusi mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA, Datuk Yip Phooi Hong. Apakah hala tuju MCA selepas keputusan EGM hari ini?

Hari ini juga PM telah melancarkan parti baru Makkal Sakti Malaysia yang merupakan parti baru untuk kaum india didalam BN. Apakah MCA juga memerlukan parti baru untuk gantikan MCA seperti MIC yang dilihat tidak lagi mendapat sokongan rakyat?

Keputusan EGM : 3 usul dibawa
1) Usul Tidak percaya pada Presiden
Sokong = 1,155 Tolak = 1,141
2) Usul Batalkan pemecatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek
Sokong = 1,204 Tolak = 1,095
3) Usul Menerima Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai Timbalan Presiden
Sokong = 1,110 Tolak = 1,184


No comments:

Post a Comment