Aku baru terbaca satu artikal dari TKOdaily.net, iaitu Jangan diskriminasikan prajurit kita di Bagan Pinang. Ia di lontarkan oleh Ahli Parlimen Balik Pulau YB Yusmadi serta merangkap Ketua Angkatan Muda Keadilan, Pulau Pinang.
Beliau berkata bagi mengelakkan berlakunya diskriminasi tersebut, beliau mencadangkan agar warga dan kelompok yang sebelum ini terpaksa mengundi secara pos dibenarkan untuk mengundi secara biasa ataupun diberi pilihan samada mahu mengundi secara biasa atau pun secara pos memandangkan keadaan semasa membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab mereka seperti warganegara yang lain tanpa sebarang diskriminasi. Sejarah perundangan menunjukkan undi pos hanya dibenarkan di dalam beberapa keadaan tertentu yang tidak memungkin warga tersebut boleh mengundi seperti warga yang lain. Fasal 8 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menetapkan bahawa kesaksamaan semua di bawah undang-undang. Dengan mengenakan undi pos kepada warga dan kelompok tertentu tanpa alasan yang munasabah di bawah perlembagaan akan terjumlah kepada diskriminasi terhadap warga dan kelompok tersebut.
Dengan itu, beliau tidak akan teragak-agak untuk membawa isu ini ke Mahkamah sekirangan SPR tidak mengambil tindakkan segera seperti yang dicadangkan.
Dengan itu, beliau tidak akan teragak-agak untuk membawa isu ini ke Mahkamah sekirangan SPR tidak mengambil tindakkan segera seperti yang dicadangkan.
No comments:
Post a Comment