Wednesday, September 23, 2009

Cuaca Pelik Hari Ini di Australia

Cuaca yang melanda benua kecil Australia pada hari ini amat pelik sejak berdekat dekat lamanya. Keadaan cuaca yang amat menggerunkan dimana berlakunya satu ribut debu yang berasal dari kawasan pedalaman menyelubungi timur Australia menyebabkan langit di bandar raya Sydney bertukar menjadi warna oren.

Pengangkutan awam, perkhidmatan feri, pesawat penerbangan terjejas kerana kadar jarak penglihatan terbatas manakala pihak berkuasa kesihatan memberi amaran berhubung penyakit berkaitan pernafasan dengan meminta orang ramai tinggal di dalam rumah


Debu menyelubungi kebanyakan kawasan di New South Wales, negeri yang paling padat penduduk di benua kecil itu, menyebabkan pencemaran udara paling teruk dalam sejarah dan memendapkan 75,000 tan debu. Ribut itu yang membawa 5 juta tan debu itu kemudian bergerak ke negeri Queensland, selatan Australia. Biro Meteorologi Australia menyatakan ribut petir dan angin kencang yang menerbangkan debu dari kawasan pedalaman dan menyebarkannya ke kawasan penduduk paling padat di Australia.

Ia tidak pernah berlaku dibandar seperti sydney ini. Sebagai umat islam pastinya kita harus mengambil iktibar. Tiap bencana alam yang berlaku pastinya untuk menggerunkan manusia dan kembalilah kita kepada Allah SAW.


No comments:

Post a Comment