Sunday, April 5, 2009

Rokok tue HARAM ?


Fizikal rokok yang terdiri dari tembakau dan kertas balutan telah lama dihukumkan haram oleh ulama al-Azhar ini adalah disebabkan rokok itu mengandungi bahan2 yang membahayakan kesihatan. Maka dari sudut islam sesuatu yang boleh merosakkan diri maka ia akan dilarangkan. Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Selangor 1989 mendefinisikan rokok sebagai tembakau yang digulung dengan kertas atau daun nipah atau lainnya. Berdasarkan satu kajian Pusat Racun Negara USM, di dalam rokok mengandungi anggaran 4000 jenis racun, sebahagiannya amat toksik seperti sianid, arsenik, racun-racun makhluk perosak. Dioksin juga boleh dihasilkan melalui penggunaan tembakau. Mufti Selangor, Datuk Ishak Baharom (semasa itu) berkata, Selangor membuat keputusan mengharamkan rokok itu selepas berbincang dengan Majlis Fatwa Kebangsaan. Kemudian keputusan mengharamkan rokok itu diwartakan mengikut Sub-seksyen 31(1) dan Seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Selangor 1989.

Dengan ini jika rokok itu telah diharamkan maka menjual rokok juga adalah haram, membeli rokok adalah haram, dan menghisapnya juga haram. Mengikut statistik pada tahun 1989, rakyat negara ini membelanjakan kira-kira RM2 juta sehari untuk membeli rokok tanpa menghiraukan kesan merokok itu yang dikatakan membahayakan kesihatan. Setiausaha Agung, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), N. Marimuthu (semasa itu), berkata, ini bermakna rakyat membelanjakan kira-kira RM720 juta (nilai pada masa itu) setahun untuk membeli rokok. Kalau nilai sekarang entah berapa kali ganda jumlahnya.

Menurut kajian dan perangkaan pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) Pertubuhan bangsa2 bersatu (PBB),seramai 4.9 juta manusia mati setiap tahun kerana tabiat merokok dengan 500,000 darinya adalah di Asia dan 10,000 darinya datang dari negara ini kerana merokok. Kajian juga mendapati setiap sebatang rokok yang di hisap boleh mengurangkan hayat perokok sebanyak 3minit ,kebiasaan orang merokok hanya ingin mendapat perhatian dan dia berasa dirinya hebat padahal sebenarnya dia seorang yang bodoh! Mengapa?


Menurut satu kenyataan mutakhir ini, hasil keuntungan penghasilan rokok Amerika Syarikat, sebahagian besarnya adalah untuk membantu Israel membangunkan negaranya termasuk memerangi Palestin. Dikatakan satu hari diperuntukkan 10 juta dolar untuk Israel. Sudah pasti saham umat Islam yang menghisap rokok itu telah dimasukkan di dalamnya tanpa kita sedari.


Jika direnungkan hukum pengharaman dan melihat kepada perbelanjaan yang menguntungkan musuh Islam , mahukah anda terus merokok? Maka fikir2kan lah!!!


No comments:

Post a Comment