Situasi remaja kini amat membimbangkan, remaja kini kian tercemar dengan perbuatan2 yang tidak bermoral malah merasa bangga apabila melakukan sesuatu jenayah. MEREKA sanggup mencuri, merogol, menjual diri,seks bebas,merempit serta membunuh selain terbabit dalam pergaduhan dan aktiviti samseng. Lingkungan remaja 13-18 ini, begitu mudah terpedaya dengan budaya barat yang jauh menyimpang ajaran islam. Tidak segan2 menampilkan pakaian yang tidak menggambarkan diri sebagai umat islam. Perbuatan mereka ini, dengan alasan untuk mendapat populariti, meraih wang mudah, & menunjuk2 untuk mendapatkan perhatian.
Statistik serta kajian dari NGO, menunjukkan jenayah dikalangan remaja [pelajar] semakin membimbangkan. Buktinya, bagi sepanjang 2007, sejumlah 1,836 kes jenayah dilaporkan dengan 3,383 pelajar ditahan. Angka itu meningkat sebanyak 382 kes kepada 2,218 kes tahun lalu yang menyaksikan seramai 3,725 pelajar ditahan. Tahun ini dalam tempoh dua bulan pertama, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye pula mendedahkan, , seramai 295 pelajar berusia antara 13 hingga 18 tahun terbabit pelbagai kes jenayah termasuk membunuh. Mengikut Kajian Universiti Malaya masalah disiplin utama di sekolah adalah kecurian, buli, pergaduhan dan gangsterisme.
Walaupun, keseluruhannya masih terkawal, ia tetap membimbangkan. Sudah masa, masyarakat harus menggembleng tenaga bagi mengatasi masalah jenayah di kalangan remaja ini.
Biasa la Tue, Islam Hadhari.
ReplyDelete