Thursday, March 26, 2009

Sejarah Hidupku!



TENTANG SAYA

Inilah gambar terkini aku, Umur 22 tahun 3 bulan. Ramai yang kata aku dah berisi, biasa la tue, bahagia.:))


KELUARGA
Gambar keluarga aku, masa nie aku berusia 15 tahun, gambar nie ambil selepas kakak aku kahwin, buat kenang kenangan. Aku anak ke3, yang pertama abg aku Yusra dan Kakak Aku Suhaila dan terakhir aku. Beza umur aku ngan kakak aku 10 tahu. Jauh tue!!



SAHABAT
Aku bersama sahabat rapat, yang pakai topi tue nama dia Asp Haikal, abang polis paling hemsem kat IPD seremban, tapi dia dok balai polis pudu KL. Sorang lagi tue IR Hafizul, Engineer Solfware paling berjaya yang aku kenal la tahap macam IR bekas MB Perak, haha. Yang Dok bersalaman nie pulak dua orang kawan baik aku gak, gambar nie diambil sempena kemenangan bersejarah sahabat aku bernama Zhafir (Hitam kuning). Zhafir nie kawan aku yang masih berlajar lagi, tah bila nak habis tak tahu la. Yang menyampaikan hadiah bola bowling nie nama dia Afzanizam (bukan orang bangladesh). Dia nie kerja kat Tabung Haji. Kaki tangan kerajaan, gaji besar tapi tak pernah belanja kekawan, HAMPEH!!.


RAKAN KERJA
Nie Semua rakan2 pejabat aku, di ambil 2 tahun yg lalu, jadi sebahagian besarnya dah x kerja lagi (Tukar kerja lain). NAk citer sorang2 ramai pulak, yang pasti diorang nie memang best, sekepala. Yang dah berpindah tue, selamat berjaya!!


TEMPAT KERJA
Sesaper yang suka merempit mesti tahu BULATAN KG PANDAN. Di sinilah terletaknya bangunan tempat kerja aku yang di panggil MCC.


PEKERJAAN
Aku berkerja di Syarikat SMART (Mengurus Air Banjir & Terowong) Jadi kerja aku uruskan mengenai banjir dan jaga terowong nie supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik.


TEMPAT TINGGAL
Aku tinggal di GOMBAK bt 5 1/2, yang popular kat sini sekarang nie DOWN TOWN, sebelum wujud down town nie, Pasaraya ONG TAI KIM ini lah yang popular dikalangan penduduk GOMBAK.



MAKANAN KEGEMARAN
Aku paling suka makan NASI GORENG USA, rasa dia memang menarik, tiap kali makan mesti puas dan yang paling penting kenyang!!


SEK MENENGAH
Aku bekas budak SEK COCHRANE, Sek nie sekarang dah jadi sekolah sukan, dan kini hanya tinggal kenangan!!


POLITEKNIK SHAH ALAM (PSA)
Selepas aku tamatkan belajar di Sek Men, Aku meneruskan pembelajaran aku di PSA, Aku ambil jurusan Elektrik & Elektronik.


No comments:

Post a Comment