Friday, October 30, 2009

Aktiviti Diujung Minggu

Erm. Esok aku nak pie tengok wayang, member baik aku ajak tengok. Erm, movie ape eh yang menarik tok ditgk lagi, banyak yang aku dah tengok dalam bulan nie, antaranya Papadom, Surrogates, pandorom,Cloudy With A Chance Of Meatballs. Semuanya memang menarik. Kalau ada movie menarik esok aku akan gtau untuk petunjuk korang. hahaha

Sekarang nie musim hujan, dalam minggu nie ramalan kaji cuaca hujan lebat setiap petang di KL, aku punya dada pun senak dibuatnya. Dah 2 minggu aku demam, tak sedap badan je, x selesa rasanya. Kalau dah datang demamnya, memang teruk aku dikejakannya, adei!! Tlg Tlg, huhu
Sabtu nie, aku akan berangkat ke Batu gajah, pergi majlis rakan sekerja aku, pada mulanya 2 orang je nak pergi, akhirnya sampai 3 kereta nak pergi, tue pun macam ada lagi nak ikut, haha. Selepas dah kenyang, dan muak tengok pengantin, destinasi seterusnya ke pulau pangkor seperti dalam perancangan. Pergi balik hari je sebab hari ahad aku BzZz!!!

Hari ahad nie ada majlis doa selamat untuk parent aku, diorang nak pergi menunaikan rukun islam yang terakhir, menunaikan haji. Memang majlis besar-besaran rasanya, jemputan hampir 500 orang tak termasuk bini,anak,kawan. Biasanya rakyat malaysia ni baik2 orangnya,haha.

Lagi Adun Melompat

Politik tanah air hari nie, memang pelik, ikut suka nak melompat, memang wakil rakyat macam nie x layak di panggil YB..hari nie ada satu lagi ADUN yang keluar dari PARTI yang ditelah diberi mandat dari rakyat kawasan tersebut. Penat je keluar mengundi..

Terbaru - YB PKR ADUN PELABUHAN KLANG Badrul Hisham Abdullah keluar dari PKR menjadi adun bebas - Sebelum tue beliau diminta untuk letak jawatan kerana gagal menjalankan tugas dengan baik untuk rakyat setempat.

Monday, October 26, 2009

Juara Moto Grand Prix

Pelumba sensasi dari Italy, Valentino Rossi menjulang juara dunia Moto Grand Prix (GP) buat kali ke-7 dalam kariernya. Walaupun mendapat tempat ke-3 dalam perlawanan di Litar Sepang, Malaysia semalam namun ia sudah cukup untuk dinobatkan sebagai Juara.

Keputusan Moto Grand Prix (GP), Litar Sepang :
1- Casey Stoner, Australia (Ducati Marlboro Team)
2- Dani Pedrosa , Sepanyol (Repsol Honda)
3- Valentino Rossi, Italy (Fiat Yamaha Team)

Selangor gagal ke Separuh Akhir

Berakhirnya pasukan Selangor dalam kehangatan merebut Piala Malaysia apabila tumpas 4-5 menerusi penentuan sepakan penalti. Walaupun dilihat Selangor menguasai perlawanan terutamanya selepas Gol penyamaan dibabak masa ke-2 tetapi masih kebuntuan dalam menjaringkan gol penyamaan. Apa pun aku berpuas hati dengan persembahan Pasukan Selangor yang mempunyai semangat juang yang tinggi.

Terengganu berjaya mara keperlawanan Separuh akhir bertemu dengan Negeri Sembilan yang dilihat begitu gagah sepanjang Piala Malaysia musim ini.

EPL Minggu ke 10

KEPUTUSAN EPL MINGGU KE -10

Fernando Torres menjadi Pemusnah apabila diturunkan kembali walaupun pada mulanya dijangka tidak dapat diturunkan akibat kecederaan

Perlawanan yang menjadi tumpuan pada minggu ini menyaksikan Manchester United bertemu Liverpool, keputusan dari perlawanan yang panas ini mengembalikan maruah Liverpool apabila menundukkan pasukan Manchester United 2-0. Hasil keputusan ini menyebabkan Manchester United jatuh dari persada Liga ke kedudukan rangking ke 2.

Pasukan The Blues, Chelsea berjaya membelasah pasukan Blackburn 5-0, sekaligus merampas takhta liga dari Machester United.

Lain-Lain Keputusan :
Wolves 1-1 Aston Villa
Birmingham 1-0 Sunderland
Burnley 1-3 Wigan
Hull City 0-0 Portsmouth
Tottenham 0-1 Stoke City
Bolton 3-2 Everton
Manchester City 2-2 Fulham
West Ham 2-2 Arsenal

Sunday, October 25, 2009

Perisitiwa Sejadah berdiri tegak


Masyarakat Islam melayu baru2 digemparkan dengan beberapa perisitiwa Sejadah Berdiri Tegak, pada mulanya mungkin ada yang percaya tetapi apabila tujuh kejadian berlaku perkara yang sama dalam tempoh 3minggu, ia sudah jadi satu perkara yang cuba mempermainkan masyarakat melayu yang rendah mentalnya sekaligus membuatkan seseorang itu boleh terpesong akidahnya.

Bagi saya, perkara yang sebenarnya kita tak tau, jadi tak perlu dipikirkan,yang ptt kita pikirkan sejadah pun solat, kita nie bila lagi, solat pun main2, renung diri lagi penting dari pikir benda yang kita sendiri tak tahu kesahihannya.


Kronologi Peristiwa Sejadah Berdiri Tegak

14 September = Di Pasir Mas Kelantan, sehelai sejadah ditemui duduk antara 2 sujud dirumah sharifah Nor Syed Agil.

2 Oktober = Di Bukit Mertajam, Pulau Pinang Sehelai Sejadah berupa wanita dalam keadaan duduk antara 2 sujud dirumah Mohammad Shuhaimi Md Illias,26 dan Isterinya, Zainab Ramli,26 di Taman Haji Mohd Amin.

20 Oktober = Di Pasir Mas, Kelantan 36 helai Sejadah ditemui berdiri tegak di Surau Sekolah Kebangsaan Tok Sangkut, Repek

21 Oktober = Di Kota Bharu Kelantan, 9 helai sejadah dilihat dalam keadaan solat jemaah dengan keadaan duduk antara 2 sujud di Madrasah Kg Gual Pasung Hantu, rantau panjang.

21 Oktober = Di Kota Bharu Kelantan, 24 helai sejadah dilihat dalam keadaan solat berjemaah diMaahad Ar- Rahman kenali, di kubang kerian & Di sekolah kebangsaan (SK) Mulong 2 serta Pejabat Yayasan Islam Kelantan.

21 Oktober = Di Alor Setar, Kedah dilihat 3 helai sejadah sedang duduk antara 2 sujud diruang solat lelaki surau Al-Rahmaniah, Kg Teluk Yan.

21 Oktober = Di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, 4 helai sejadah duduk antara 2 sujud di dakwa berada dalam keadaan sedang bersolat, di surau tanah liat, Kg Tanah Liat.

Edisi Terhad Myvi

Edisi Terhad Eksklusif MyVi 1.3


Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) mengeluarkan Edisi Eksklusif MyVi 1.3 dikeluarkan untuk peminat MyVi yang mahukan gaya dan kemewahan, tanpa harga premium.

Ia ditawarkan dalam transmisi automatik dengan warna hitam ebony, putih ivory dan kelabu medallion pada harga RM51,000 hingga RM51,500.

Liverpool Perlu Bangkit

MARUAH LIVERPOOL


Aku memang mengharapkan malam ini Liverpool mampu tundukkan MU untuk mengembalikan ketenangan dijiwa aku nie, sedih benar bila pasukan yang satu2 yang aku minat di EPL pada musim ini mengalami reputasi yang terburuk. Walaupun tanpa kelibat dua tonggak Fernando torres & Steven Garrard tapi musim yang lalu Liverpool mampu mengalahkan MU 2-1 tanpa kelibat 2 pemain nie.





Tuesday, October 20, 2009

Juara Dunia F1

I'm Winner, We are the champions!!..Itulah ungkapan Juara Dunia Formula1 Jenson Button,29 dari pasukan pasukan Brawn GP disahkan juara dunia musim ini selepas selesai perlumbaan di Grand Prix Brazil, kelmarin. Setelah hampir 10 tahun akhirnya beliau mencapai kejayaan yang diamat manis buatnya.

16 Sept Isytiharkan CUTI UMUM



Seronoknya dapat lagi satu cuti UMUM setelah PM mengisytiharkan 16Sept sebagai sambutan Hari Malaysia. Aku bukan seronok dapat cuti tapi seronok bila dapat OT, masyuk!!. Hehe

Hari Malaysia diraikan pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia apabila Sabah dan Sarawak telah menyertai Malaysia pada 1963.

Sunday, October 18, 2009

Kes Anak Luar Nikah membimbangkan

Perbuatan Zina @ amalam seks bebas dikalangan masyarakat hari ini sudah mencapai tahap yang kritikal dan amat menyedihkan apabila anak luar nikah yang dilahirkan dibuang tanpa belas kasihan. Kes terbaru di Kota Bharu digempar kan dengan penemuan seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan, yang ditinggalkan di wakaf (tempat rehat) perkarangan Masjid Telipot.

Data yang dikumpul daripada 2 rumah perlindungan wanita di Lembah Klang mencatatkan 2,701 kes kehamilan luar nikah sejak 1996 sehingga September lalu. Jika diambil kira statistik rumah perlindungan lain di seluruh negara, kes yang tidak dilaporkan dan kejadian buang bayi yang berlaku hampir setiap hari, angka sebenar remaja hamil luar nikah pasti meningkat berlipat kali ganda. “Trend wanita lahir anak luar nikah kini sangat membimbangkan kerana ia dianggap perkara biasa dan bukan lagi hal besar.

Marilah kita menjauhi perbuatan terkutuk ini dan renungkan lah kita apabila Zina bermaharajalela :

“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.”
- Sahih Muslim

Pembunuh Kejam tragedi Bosnia di Hukum

Akhirnya pengadilan kejahatan perang Bosnia Kapten Milorad Trbic, 51 telah memenjarakan seorang bekas pejabat Serbia selama 30 tahun oleh mahkamah dengan tuduhan penghapusan etnik kerana pembunuhan besar-besaran atas Muslim di Srebrenica 1995.

Trbic didapati bersalah terlibat melakukan penindasan terhadap penduduk Islam Bosnia di wilayah Srebrenica dengan melaksanakan hukuman mati, mengebumikan mayat dan menghilangkan jejak jenayah dilakukannya.

Lebih 8,000 penduduk Islam Bosnia termasuk kanak-kanak dibunuh di Srebrenica selepas tentera Serbia menawan wilayah itu pada 1995 dalam kekejaman terburuk di Eropah sejak Perang Dunia Kedua.

Filem Papadom




TRAILER FILEM PAPADOM

Aku dah pun tengok filem nie di Pawagam, Memang kelakar habis cerita ini. Tergelak sakan aku dalam wayang, hehehe. Filem ini mengenai seorang Papa yang amat sayangkan anaknya sehingga sanggup menjadikan hidupnya hanya untuk anaknya setelah beliau merasakan kematian isteri yang disayangi berpunca dari dirinya yang terlalu sibuk dalam bisnes~ Jadi Pergilah di pawagam untuk saksikannya sendiri....

EPL Gameweek 9

KEPUTUSAN EPL MINGGU KE-9

Gol Darren Bent's menembusi jaringan mengalahkan Pepe Reina, menjadikan ia kekalahan berturut Liverpool.
Sunderland 1 Liverpool 0

Satu lagi keputusan yang menarik, Chelsea tumbang dengan Aston Villa berkeputusan 1-2 walaupun di minit ke-15 Chelsea dihadapan dengan jaringan Didier Drogba namun ia disamakan semula oleh Richard Dunne minit ke-32 dan jaringan kemenangan James Collins minit ke-52.
Chelsea 1 Aston Villa 2

Lain-lain keputusan :
Stoke City 2 West Ham Unite 1
Portsmount 0 Tottenham Hotspur 1
Everton 1 Wolverhampton Wanderers 1
Arsenal 3 Birmingham City 1

Portable Nero Burning Rom v9.4.13.2d

Portable Nero Burning Rom v9.4.13.2d | 55MB untuk di DOWNLOAD. Silakan :

Link Download :

HOTFILE
EASY-SHARE

Happy Deepavalli

Deepavalli
HAPPY DEEPAVALLI UNTUK SEMUA KAUM INDIA DI MALAYSIA

Thursday, October 15, 2009

Piala Malaysia (10okt & 13okt)

KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA (10 & 13 Okt)

Kumpulan A

Perlis
Melaka

1 - 1
0 -4

Pahang
KL Plus


KL Plus
Pahang

0 - 1
6 - 0

Perlis
Melaka


Kumpulan B

Johor
Sarawak

2 - 4
0 - 1

Terengganu
N.Sembilan


N. Sembilan
Johor

2 - 0
6 - 0

Terengganu
Sarawak


Kumpulan C

UPB MyTeam
K.Lumpur

2 - 4
1 - 1

Johor FC
Perak


Perak
UPB MyTeam

1 - 1
3 - 1

Johor FC
K.Lumpur


Kumpulan D

PDRM
Sabah

2 - 2
1 - 3

Selangor
KM Naza


KM Naza
PDRM

3 - 2
2 - 2

Selangor
Sabah


Kumpulan E

Pulau Pinang
Kedah

3 - 2
1 - 0

ATM
Kelantan


Kelantan
Pulau Pinang

5 - 0
0 - 4

ATM
Kedah

Anggota Baru di Pejabat Aku

Minggu lepas, ada anggota baru yang akan mula Training untuk beberapa bulan sebelum di Comfirmkan untuk menjadi anggota yang betul-betul berkebolehan untuk mengoperat segala sistem yang ada didalam bilik kawalan aku.

Nama anggota baru nie - Mohammad Zaharin, duduk di Cheras, telah pun berkahwin dan mempunyai anak seorang, pengalaman sebelum nie pernah berkerja di Highway Matramac, masuk ke SMART selepas Matramac menukar pengurusannya.

Sunday, October 11, 2009

FIFA 10 VS PES 2010

Bulan Oktober ini akan menyaksikan pertembungan dua games bola sepak yang diminati ramai, iaitu FIFA 10 daripada EA Sports dan juga Pro Evolution Soccer 2010 daripada Konami Computer Entertainment. Yang Pasti Kedua-duanya mempunyai peminatnya dan kekuatan permainannya yang tersendiri. Ia nya juga boleh dimainkan di platform PC, PlayStation 3 dan juga XBOx 360, selain sokongan kepada beberapa konsol yang lain, termasuk telefon bimbit.

PES membawakan kawalan permainan yang lebih realistik dan menaikkan tarafkan grafik. Fifa pula menampilkan grafik yang memang gempak. Jadi bagi peminat games bola sepak yang mana menjadi pilihan anda?

New Games Xbox

Bulan Oktober nie memang banyak game-game yang menarik perhatian aku. Di bawah nie beberapa kategori game yang menjadi pilihan aku. Cuba la korang try bila berada dipasaran nanti.

RACING
Forza Motorsport 3
Release Date: 27/10/2009
Terdapat lebih banyak Sports Car Seperti Audi R8 V10, Classic American muscle car, Ford GT dan kenderaan dari Asian. Forza Motorsport 3 menjanjikan perlumbaan yang lebih hebat.







Grand Theft Auto: Episodes from Liberty City
Release Date: 29/10/2009
Edisi baru GTA - Episodes from Liberty City akan berada dipasaran hujung bulan ini.







SPORT

FIFA 10 (Xbox 360)
Release Date: 20/10/2009










WWE SmackDown vs. Raw 2010
Release Date: 20/10/2009











PRO EVOLUTION 2010
Release Date: 23/10/2009

Keputusan (EGM) MCA

Perwakilan MCA pada hari ini telah membawa 3 usul didalam EGM dengan mengundi menyokong usul undi tidak percaya terhadap Presidennya Datuk Seri Ong Tee Keat. Mereka juga tidak bersetuju timbalannya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memegang balik jawatannya walaupun mengundi menolak pemecatan/penggantungan keahliannya. Pengumuman tersebut dibuat oleh pengerusi mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA, Datuk Yip Phooi Hong. Apakah hala tuju MCA selepas keputusan EGM hari ini?

Hari ini juga PM telah melancarkan parti baru Makkal Sakti Malaysia yang merupakan parti baru untuk kaum india didalam BN. Apakah MCA juga memerlukan parti baru untuk gantikan MCA seperti MIC yang dilihat tidak lagi mendapat sokongan rakyat?

Keputusan EGM : 3 usul dibawa
1) Usul Tidak percaya pada Presiden
Sokong = 1,155 Tolak = 1,141
2) Usul Batalkan pemecatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek
Sokong = 1,204 Tolak = 1,095
3) Usul Menerima Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai Timbalan Presiden
Sokong = 1,110 Tolak = 1,184


Saturday, October 10, 2009

EPL Gameweek 8

Keputusan EPL Minggu ke-8

Bolton 2 Tottenham 2
Burnley 2 Birmingham 1
Hull City 2 Wigan 1
Wolves 0 Portsmouth 1
Manchester United 2 Sunderland 2
Arsenal 6 Blackburn 2
Everton 1 Stoke City 1
West Ham 0 Fulham 1
Chelsea 2 Liverpool 0
Aston Villa 2 Manchester City 0


Friday, October 9, 2009

Thursday, October 8, 2009

Bulan Kenduri Kahwin


Dalam bulan nie, memang aku kesibukkan dengan majlis-majlis perkahwinan rakan-rakan aku dihujung minggu.

Pada 27 Sept lalu, rakan sekelas aku Aemy melangsungkan perkahwinannya dan menamatkan zaman anak daranya. Aku dapat tau Aemy nie kahwin pun last minit. Kenduri majlis perkahwinan ini diadakan diMasjid Pandan Indah. Aku sampai lewat tapi tepat 4.00pm waktu majlis nak tutup, haha, makanan pun dah habis, sedih giler beb.

Seterusnya pada 3 Okt lepas, seorang lagi rakan aku nama nya Razif a.k.a Otai, tapi bukan satu kelas la, kawan lepak2 masa keboringan di zaman bujang hehe. kad Jemputan member aku nie memang ikut peredaran zaman, ikut SMS je. Kenduri majlis dilangsungkan di rumah barunya di Bandar Makhota Cheras, Sg Long Kajang.

Gambar perkahwinan kedua2 majlis perkahwinan nie insyallah, nanti akan aku uploadkan. Buat masa nie masih belum ada gambar-gambarnya.

Masih ada 2 lagi majlis perkahwinan yang belum pergi. Yang pertama Harfidzul a.k.a Ajoy2 yang akan adakan perkahwinannya pada 25Okt, dekat KL sahaja berdekatan perpustakaan negara di Dewan Tun Hamdan Sheikh tahir, JT Razak. Kawan aku nie bekas rakan sekerja aku, dia sekarang kerja sebagai pembantu makmal, tue yang terus kawin lepas dapat kerajaan, terjamin hidup.

Seorang lagi nie kawan sekerja aku jugak, antara peronda yang rapat dengan aku di pejabat. Namanya Zul bin Manan a.k.a Zul, kawan aku nie akan tamatkan zaman bujangnya hujung bulan nie 31Okt (Sebelah Wanita) diadakan di Batu Gajah, Perak & 7Nov (Sebelah Lelaki) pula akan dilangsungkan di Kampung Medan, Selangor.

Dengan itu, aku ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada keempat-empat kawan aku nie. SEMOGA BERBAHAGIA SAMPAI KE ANAK CUCU. Emm, kalau tanya bila aku nak kahwin pulak, tunggu kad jemputannya sahaja, hihihi, masih belum ready lagi nak tamatkan zaman bujang nie.

Keputusan Piala Malaysia

KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA (3&6Okt)

Kumpulan A

Perlis
Melaka

1 - 2
3 - 3

KL Plus
Pahang


Perlis
KL Plus

5 - 0
3 - 1

Melaka
Pahang


Kumpulan B

Terengganu
Sarawak

0 - 1
1 - 4

N. Sembilan
Johor


Terengganu
N. Sembilan

7 - 0
1 - 0

Sarawak
Johor


Kumpulan C

Johor FC
K.Lumpur

0 - 2
0 - 0

Perak
UPB MyTeam


Johor FC
Perak

4 - 0
6 - 1

K.Lumpur
UPB MyTeam


Kumpulan D

Selangor
Sabah

3 - 2
2 - 0

KM Naza
PDRM


Selangor
KM Naza

4 - 1
3 - 0

Sabah
PDRM


Kumpulan E

ATM
Kedah

1 - 2
0 - 1

Kelantan
Pulau Pinang


ATM
Kelantan

0 - 3
2 - 1

Kedah
Pulau Pinang

Saturday, October 3, 2009

RENUNGKAN BALA ALLAH

Bencana Alam yang melanda dibeberapa negara di bumi ALLAH dalam tempoh yang singkat terbukti bala ALLAH itu benar & Dasyat. Di Turki lebuhraya bertukar menjadi sungai apabila dilanda banjir besar dan terburuk dalam tempoh 80 tahun. Menyedihkan ia berlaku dalam bulan ramadhan.

Kemudian kejadian pelik diTimur Australia apabila dilanda Ribut debu yang sangat dasyat sehingga langit menjadi Oren, ia bencana terburuk sejak 70 tahun. Walaupun tiada kematian dicatatkan tetapi Kerajaan Autralia terpaksa menghabiskan berbilion wang untuk memulihkan semula keadaan seperti biasa.

Gempa bumi dengan kekuatan dengan magnitud antara 8.0 dan 8.43 melanda sekitar waktu subuh kira-kira 20 batu (32 km) di bawah dasar laut, 120 batu (190 km) menyebabkan berlakunya empat ombak tsunami setinggi empat hingga enam meter sehingga mencapai 1.6 km ke kawasan darat dan melanda negara kepulauan Pasifik American Samoa dan Samoa Barat menyebabkan kemusnahan perkampungan serta meragut banyak korban, dipercayai lebih 100 orang maut, manakala ratusan lagi cedera.

Selepas kejadian tsunami di kepulauan Samoa, satu lagi tragedi bencana yang lebih meragut banyak nyawa apabila gempa Bumi dengan magnitud 7.6 menggegarkan Padang di Indonesia menjadikan wilayah Sumatera Barat umpama padang jarak padang terkukur. Daerah yang paling teruk dilanda gempa iaitu di Kota Padang, daerah kecil Padang Pariaman dan Kota Pariaman. Sementara itu, Kerajaan Indonesia mengistiharkan kawasan tersebut sebagai Darurat. Sehingga kini kematian yang dianggarkan melebihi angka ribuan.

Berjuta-juta mangsa banjir akibat taufan Ketsana di seluruh Asia Tenggara telah mengorbankan ratusan nyawa. Taufan ini membawa angin kencang selaju 185 kilometer sejam dengan kelajuan angin 175 hingga 200 kilometer sejam dan berpotensi mengakibatkan kemusnahan berskala besar.

Filipina antara yang negara yang paling terjejas teruk akibat taufan ketsana, mencatatkan kematian yang tertinggi, diikuti Vietnam & Kemboja. Jumlah mangsa terjejas akibat bencana tersebut di negara-negara terlibat mencecah 3 juta orang.

Di Vietnam, kejadian taufan ketsana memaksa pihak kerajaannya memindahkan lebih 170 000 penduduk di Hanoi. Hujan lebat dan angin taufan yang kuat telah mengorbankan 162 nyawa, 616 cedera dan 13 lagi hilang akibat banjir dan tanah runtuh. Taufan Ketsana telah menjejaskan 14 wilayah di Vietnam di 2 kawasan iaitu Quang Ngai dan Kon Tum menjadi jumlah kematian tertinggi.

Di Filipina, hampir 2.5 juta penduduknya terjejas teruk terutamanya di Manila lebih 700 000 orang ditempatkan di pusat pemindahan bagi mengelakkan ribut yang menghala timur Filipina mungkin berubah menjadi taufan bahaya.

Di India, Hujan lebat berpanjangan selama 4 hari telah menyebabkan banjir teruk di selatan India memakan 172 korban. 145 korban penduduk Karnataka, 6 korban berasal dari Andhra Pradesh dan 1 korban ditemukan di pantai Goa.


PRK Bagan Pinang Pertandingan 2 Penjuru

Calon PAS & BN bersalaman selepas diumumkan PRK ini melibatkan pertandingan 1 lwn 1

Pilihanraya Kecil di Bagan Pinang akan menyaksikan pertandingan 2 penjuru antara Calon BN, Tan Sri Isa Samad dengan Calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar. Pengumuman nie dibuat oleh pegawai pengurus pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang Abdul Wahab Shamsuddin.

Calon BN, Tan Sri Isa Samad dan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar masuk ke pusat penamaan calon pada jam 0900 manakala Calon bebas, Shahruddin Abdul Hamid kelihatan sampai sekitar jam 9.15 tadi tetapi meninggalkan pusat penamaan calon 10 minit kemudian apabila mendapati penyokongnya bukan dari Bagan Pinang.