Thursday, July 30, 2009

Jambatan LDP Retak

Keretakkan kelihatan jelas di Jambatan LEBUH Raya Damansara-Puchong (LDP), tak tahu la macam mane pihak kontraktor nie buat jambatan. Memandu disebelah atas nampak tak ada apa-apa, tak sangka dibawahnya macam nie, harap2 tak mendatangkan masalah besar kepada pengguna.

Korban ke-4 H1N1

Wabak selsema babi atau influenza A (H1N1) nampaknya semakin serius dengan seorang lagi wanita berusia 20 tahun merupakan mangsa keempat yang meninggal dunia pagi semalam di Hospital Melaka. Wanita tersebut mengalami masalah kegemukan dan mati akibat radang paru-paru atau pneumonia.

Wednesday, July 29, 2009

Kematian ke-3 H1N1

Seorang lagi korban Influenza A (H1N1), Mangsa seorang lelaki berusia 42 tahun. Mangsa meninggal dunia disebabkan pneumonia yang serius dengan kegagalan beberapa organ setelah 10 hari mendapat rawatan,

Bowling LLM 2009 (Ampang Bowling,Kajang)

Tgh Cari bola ke Bang?? (Kamaruszaman)

Pada 25&26 pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah mengadakan perlawanan antara highway untuk tahun 2009 di Ampang Bowling,Kajang. Tahun nie aku tak dapat sertai, sedih juga rasa, aku gagal dalam pemilihan semasa perlawanan persahabatan SMART-JPS di Hotel Flamingo.

Pemain handalan SMART (Hairon Omar)

Heroin SMART, dengan gaya yang tersendiri (Kak Elly)

Kedudukan SMART dari keseluruhan Highway yang bertanding di ranking ke-18, Percubaan ke2 dari SMART untuk tahun 2009, akan datang 2010, Insyallah akan dapat kedudukan lebih baik.

Beri perhatian sepenuhnya, harap2 STRIKE la tue..Hehe (En Darassalam)

GMO SMART En Fuad, bersiap sedia untuk saingan VIP

En Mustafi, Walaupun tak main, tapi dia dapat hadiah, Hahaha!! Tak tahu kategori apa

Jangan memain dengan balingan 2 orang nie, memang gempaq (En Amir & Mohd Noor)

Kejadian Gerhana Matahari

Baru2 nie berlaku gerhana matahari yang paling lama, jadi ramai la pakar2 saintis ingin buat kajian pasal kejadian gerhana nie.

Tapi ketahuilah, bahawa kejadian gerhana ini dijadikan oleh Allah tidak lain hanya bagi menakutkan hamba-hamba- Nya dan mengingatkan mereka tentang kebesaran-Nya.

Kejadian gerhana ini dianggap sebagai suatu peristiwa yang menakutkan, kerana tiada siapa pun yang mengetahui apa yang Allah kehendaki daripada kejadian gerhana ini. Allah mengingatkan melalui firman-Nya yang bermaksud: Dan biasanya Kami tidak menghantar turun tanda-tanda melainkan untuk menjadi amaran (bagi kebinasaan orang-orang yang memintanya kalau mereka tidak beriman). (al-Israk: 59)



Tuesday, July 28, 2009

Kematian ke-2 H1N1

Seorang lelaki warga Malaysia berumur 46 tahun yang bekerja di Belgium mati akibat selesema babi (H1N1) menjadikannya mangsa ke-2 selepas seorang pelajar lelaki tahun pertama warga Indonesia berusia 30 tahun yang dijangkiti H1N1 meninggal dunia pada 21 Julai lalu.

Lelaki tersebut yang telah mengalami pelbagai komplikasi meninggal dunia pada 26 Julai 2009 pukul 12.35 tengah hari dan penyebab kematian dicatatkan sebagai pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan dengan kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut.

Monday, July 27, 2009

Selangor Julang Piala Liga Super

SELANGOR meraikan gelaran pertama Liga Super di hadapan peminat setia dengan penuh bergaya apabila membenam Pahang 5-1 di Stadium Shah Alam, malam tadi. Sepanjang perlawanan dikawal sepenuhnya oleh Selangor sehingga menghuru harakan pertahanan Pahang.

H1N1 mencecah melebihi 1000 Kes

Jangkitan influenza A (H1N1) kini di Malaysia sudah sampai ke tahap yang membimbangkan apabila terkini KES jangkitan ini mencecah melebihi 1000 kes. Sebelum ini penyakit nie menular di sekolah, tapi sekarang nie, Kolej, IPTA, MRSM, Politeknik, pendek kata penyakit nie sudah mula merebak di tempat Pengajian Tinggi.

Hari ini dilaporkan 54 Kes Baru, daripada jumlah kes baru itu, 43 kes merupakan kejadian dari tujuh kluster baru, lima daripada kluster sedia ada manakala enam lagi adalah kes terpencil termasuk satu kes import.

Jalan Mendap di San Peng

Kalau nama orang KL, tentu tau dimana San Peng. Kejadian dalam gambar nie berlaku semalam, jalan mendap mengakibatkan jalan tersebut hancur teruk. 22 keluarga yang duduk di Kuarters DBKL dan JKR Jalan San Peng diarahkan berpindah ke sebuah hotel yang berhampiran bagi keselamatan.

Sunday, July 26, 2009

Taman Tasik Ampang Hilir

Lokasi baru, Taman Tasik Ampang Hilir. Ia sesuai untuk sapa2 yang suka joging, jalan2 cuci mata. Aku baru pergi semalam, tengok2 macam tak beberapa siap lagi, banyak lagi kawasan yang dalam pembaikkan. Pokok2 pun tak besar lagi, jadi memang panas la. Aku dipahamkan dah 2 bulan kot taman dibuka untuk orang ramai. Taman nie betul2 tepi haiway MRR2, Kalau sesaje jalan kat MRR2 tue, memang nampak la taman nie, dari jauh dah nampak dewan serbaguna warna kuning.

Bagi yang kaki joging tue, taman nie tak la besar sangat, kalau nak betul2 fitness, buat la 2,3 pusingan, baru layan!! Lokasi taman permainan pun macam banyak, boleh la sape2 ada anak tue, beriadah disini.

Yasmin Ahmad Kembali ke Rahmatullah

Yasmin,51 yang terkenal sebagai pengarah filem Sepet, Gubra dan Talentime kembali ke rahmatullah kira-kira pukul 11.30 malam di Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya selepas tiga hari berada dalam koma setelah menjalani pembedahan membuang darah beku di kepalanya.

Datuk SS Subramaniam Masuk PKR


Selepas Bekas Naib Presiden MCA menyertai PKR, kini Bekas Naib Presiden MIC iaitu Datuk SS Subramaniam secara rasminya mengumumkan menyertai PKR semalam. Beliau juga bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan bekas ahli Parlimen Segamat. Beliau merupakan anak kelahiran Johor, adalah pemimpin MIC paling kanan menyertai PKR.

Tambah mengejutkan, kemasukan beliau itu juga turut disertai oleh adiknya bersama kira-kira 1,700 bekas ahli MIC dari Petaling Jaya Selatan dan Pekan Meru di Kapar. Penghijarahan mereka ke PKR memaksa lebih 10 cawangan MIC ditutup.


Tuesday, July 21, 2009

Perlawanan ke 2 Malaysia-MU

Juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United menumpaskan Malaysia 2-0 dalam perlawanan persahabatan kedua di Stadium Nasional di Bukit Jalil malam tadi.

MU menjaringkan gol pada minit ke 10-melalui Federico Macheda & minit ke 12 melalui penyerang baru United, Michael Owen.

Bagaimanapun kesungguhan Pasukan Malaysia sepanjang 2 perlawanan dengan Juara EPL ini amat dibanggakan. Kalah menang adat perlawanan yang penting kesungguhan berjuang.

PRO ISA VS ANTI ISA

Pada 1 Ogos ini, nampaknya akan ada 2 demontrasi akan diadakan di Ibu kota kuala lumpur, Antara PRO & Anti ISA.
NGO Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) bersama sepuluh NGO Melayu bakal memimpin "rakyat Malaysia yang cintakan keamanan" berhimpun di Pasar Seni di ibu negara bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap ISA. Mereka akan berpakaian putih dan berhimpun pada jam 1 tengah hari dan mengumpulkan tandatangan orang ramai meminta kerajaan mengekalkan akta tersebut. Perhimpunan tersebut yang bertemakan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu"

Sunday, July 19, 2009

Hantu-Hantu Melayu

LEPAS BACE NIE DAH TAK YAH TAKUT2 NGAN HANTU..TAKUT PADA DIRI SENDIRI SEBAB KADANG2 DIRI SENDIRI LEBIH MENYERAMKAN DARIPADA HANTU!!!!HOHO

APAPUN SEBENARNYA HANTU MELAYU NIE HANYA JELMAAN JIN YANG MENJELMA BAGI MENAKUTKAN KITA, DISEBABKAN DAH MENJADI KEPERCAYAAN ORANG KITA NIE PERCAYA WUJUDNYA HANTU2 NIE...JADI NIE SEDIKIT ILMU NAK LAWAN HANTU2 MELAYU.

Pocong
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu rana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.

Langsuir

Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.

Pontianak

Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.

Hantu Raya

Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.

Hantu Galah

Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu.

Jerangkung

Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.

Toyol

Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni..nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya... lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu.

Aski Malaysia Vs MU

Kesebelasan utama negara perlu bangga kerana mereka berjaya menampilkan rentak yang bertenaga apabila hampir mengejutkan MU dengan Keputusan Malaysia tewas 2-3 kepada Manchester United pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.

Dua jaringan Malaysia disumbangkan oleh penyerang Selangor, Mohd. Amri Yahyah jelas bertukar menjadi idola bola sepak baru peminat tempatan, manakala United memperoleh jaringan menerusi Nani,Wayne Rooney dan gol kemenangan MU pada minit akhir menerusi Michael Owen.

Walaupun tewas, tetapi skuad negara puas kerana tampil bergaya. Cuma yang menyedihkan, lebih ramai yang menyokong MU dari skuad negara sendiri.

Aksi Ulangan antara Malaysia Vs Manchester United akan diadakan esok bagi menggantikan perlawanan Indonesia-MU yang dibatalkan disebabkan faktor keselamatan. Ia diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents, Julian Kam. Harga tiket RM308 untuk tempat duduk utama dan RM58 tempat terbuka.

Datuk Seri Dr Chua Jui Meng Sertai PKR

Selepas menafikan ura-ura Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Jui Meng akan menyertai Pakatan Rakyat selepas meletak jawatan sebagai Pengerusi MCA bahagian BAKRI dengan alasan memberikan laluan kepada golongan muda.

Beliau akhirnya mengumumkan secara rasmi menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), beliau sendiri mengumumkannya pada satu majlis PKR di sebuah hotel di Bandar Sunway.

Beliau mengambil keputusan muktamad untuk sertai PKR setelah lama perhatikan, manifestonya dan PKR mempunyai satu asas perjuangan yang sama. Menurut beliau lagi, kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock turut menjadi salah satu faktor untuk menyertai PKR.

Beliau hadir bersama bekas senator MCA, David Yeoh dan bekas ahli Parlimen Lumut. Kedua-duanya turut mengumumkan menyertai PKR.

Thursday, July 16, 2009

Wang Baru RM 50.00

Bank Negara Malaysia semalam mengeluarkan wang kertas RM50 reka bentuk baru yang menggabungkan pelbagai ciri keselamatan moden dan inovatif dengan tujuan utama untuk menghalang cubaan pemalsuan.

BNM dalam kenyataannya semalam menjelaskan, ia akan menggantikan wang kertas RM50 sedia ada secara berperingkat-peringkat.

BNM setakat ini belum menetapkan tempoh wang kertas RM50 sedia ada dihentikan pengeluarannya, namun ia tetap sah diperlakukan bersama-sama dengan wang kertas baru ini.

Menurutnya, wang kertas baru RM50 itu sebelum ini dikeluarkan pada Disember 2007 bersempena dengan Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia.

Namun siri baru ini tidak lagi mempunyai logo sambutan jubli emas kemerdekaan negara.

Kedudukan terkini Liga Super & Premier





Kajian:Rakyat Selangor berpuas hati

Satu kajian yang dijalankan Merdeka Centre mendapati sokongan tinggi rakyat Selangor terhadap pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat. Kajian Juga mendapati kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga telah mendapat penilaian tinggi rakyat Selangor.

Kajian tersebut yang dijalankan dari 5 Jun hingga 15 Jun lalu, mendapati 60 peratus rakyat negeri itu merasakan kerajaan negeri berada dalam hala tuju yang betul.

Mengikut pecahan kumpulan etnik, kajian mendapati 59 peratus Malayu, 69 peratus Cina dan 69 peratus India berpuas hati. Antara komen yang diperolehi dari rakyat Selangor sebab mereka berpuas hati ialah kerana program kebajikan kerajaan, ketelusan dan pentadbiran yang cekap serta menolak amalan rasuah. Dalam tempoh 100 hari pentadbiran, kerajaan negeri memperkenalkan agenda 'Merakyatkan Ekonomi Selangor', termasuklah beberapa program kebajikan seperti Tabung Warisan Anak Selangor, Skim Mesra Usia Emas, 20 meter padu air percuma kepada rakyat, dana pendidikan anak pekerja ladang dan Hadiah Anak Masuk Iniversiti.

Kajian ini juga mengenal pasti beberapa bahagian yang perlu diperbaiki, termasuk sistem komunikasi, mewujudkan kesedaran tentang program yang telah dilancarkan, mengurangkan karenah birokrasi dan penyampaian perkhidmatan yang lebih baik untuk rakyat.

Kedah menerima pelaburan RM35.7bilion

Kedah akan lebih pesat membangun apabila menerima projek hub penapisan minyak terbesar di negara ini yang bernilai RM35.7 bilion.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak menyaksikan pelancaran projek itu melalui majlis menandatangani perjanjian antara Merapoh Resources Corporation dengan para pelabur mereka.

Merapoh oil refinery di Yan, Kedah yang bernilai US$10 billion (RM35.7 billion) akan mempunyai kapasiti penapisan sebanyak 350,000 tong minyak sehari, sekali ganda kemampuan kilang yang kedua terbesar di Malaysia iaitu di Melaka.

Kilang ini akan dibangunkan oleh Merapoh Resources Corporation dan dananya akan disokong oleh pelabur antarabangsa.

Kilang ini akan menapis minyak mentah dari Timur Tengah untuk diekspot kemudiannya ke China.

Azizan berkata, kerajaan negeri menjangka, pelaburan untuk industri minyak dan gas akan bernilai RM80 bilion di masa depan dengan terbinanya hub ini.

Wednesday, July 15, 2009

Rapit KL terhumban

Sebuah bas RapidKL yang membawa seramai 27 orang penumpang terbabas dan memasuki laluan motosikal di Lebuh Raya Persekutuan, berdekatan susur keluar ke Jalan Pantai Baru, petang semalam.

Kejadian ini berlaku kira-kira Jam 1.20 petang, Ia menyebabkan 6 penumpang cedera parah manakala 22 lagi cedera ringan. Mangsa diberikan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

PAS kekal di Manek Urai

Keputusan Rasmi kira-kira jam 8.29pm, Mengekalkan Parti Pas di manek urai apabila mendapat kemenangan tipis majoriti hanya 65 undi. Peratusan keluar mengundi di PRK Manek Urai N41 agak tinggi iaitu mencecah 87.22% atau 10, 722. Fauzi bin Haji Abdullah @ Abe uji dari PAS mendapat undian 5348 kurang 398 undi dari PR ke-12 sebelum ini.

KEPUTUSAN RASMI
UNDI PAS
5348
UNDI UMNO
5283
MAJORITI
65 Undi
UNDI ROSAK
92 Undi
PENGUNDI
10 722 (87.22%)
SALURAN MENGUNDI
PAS 14
BN 13
UPU MENANG
PAS 4
BN 5
MASA : JAM 08:29 Malam

Tuesday, July 14, 2009

Esok Kelantan Cuti Umum

Semua kakitangan kerajaan negeri, Persekutuan dan swasta yang bertugas di negeri ini mendapat 'cuti am' esok (14 Julai 2009) yang diambil atas 'Cuti Peristiwa'.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengumumkan perkara itu di pejabatnya siang tadi.

Sunday, July 12, 2009

PGA TOUR 10

Sudah Lama tak main game Golf nie, terbaru nie Electronic Arts mengeluarkan games yang sangat ditunggu aku Tiger Woods PGA TOUR® 10 dengan grafik yang memang gempaq habis. Bagi yang minat game Jenis golf nie, game nie telah pun berada di pasaran.

HALO 3 - ODST

HALO akan mengeluarkan game terbarunya yang kini bertajuk HALO3 : Orbital Drop Shock Troopers (ODST). Games yang sebelum ini pun aku tak habis maen lagi, games nie memang gempaq, dari mula sampai habis,perang memanjang.

Halo 3 ini akan keluar dipasaran pada bulan NOVEMBER ini.

Telefon Bimbit Termurah

Kalau Rasa2 tak ada duit, tapi nak guna HP, tak pun nak buat HP yang kedua ke, CSL Group of Companies (CSL) semalam telah melancarkan model telefon bimbit baru di tesco Ampang, CSL i-100 yang memang termurah dengan harga RM78 seunit siap skrin warna.

Telefon ini model ke-54 syarikat CSL, dilengkapi nada dering 16 poly-phonic, sistem navigasi empat hala dengan berat 59.7 gram.

Pergolakkan di Xinjiang

Xinjiang merupakan wilayah awal yang menerima Islam di China pada Zaman Khalifah Utman ibn Affan dimana Saad ibnu Waqqas telah dihantar mengetuai misi dakwah ke sana. Xinjiang atau disebut Turkistan Timur sebelum ini adalah di dalam wilayah Islam Turkistan bersama wilayah Bukhara yang terdiri dari Uzbekitan, Tajikistan dan Kyrgistan.

Selepas kejatuhan Xianjing dan diperintah Komunis China, jumlah ummat Islam dari lebih 48 juta telah berkurang kepada kurang 10 juta dalam tempoh beberapa tahun pemerintahan Mao. Ummat Islam tidak dibenarkan solat, membaca Alquran, menyambut hari Raya sekalipun tidak dibenarkan. Akibatnya ramailah yang syahid setelah diseksa dan dizalimi di luar batas kemanusiaan.

Xianjiang terdiri dari Etnik Uighur(berasal dari Turki) yang beragama Islam dan Etnik Cina Han yang mana ada yang beragama Islam dan ramai beragama Buddha.

Penyeksaan terhadap Uighur dan penentangan mereka terhadap pemerintah tirani China tidak pernah padam. Hizbut Tahrir mendapat sambutan hebat di wilayah Xianjiang. Tetapi satu persatu dihapuskan oleh pemerintah komunis menjelang tahun 2000. Kini ledakan dakwah Hizbut Tahrir merebak dari Uzbekistan, Tajikistan dan Kyrgistan merebak kembali ke bumi Turkistan Timur ini. Ummat Islam di Xianjiang memang rindukan khilafah dan mereka sanggup bekorban untuk menegakkan kembali Islam. Pemerintah China cuba mengaitkan Hizbut Tahrir dengan aktiviti militan tetapi tidak diendahkan oleh ummat Islam di Xianjiang. Mereka hendak khilafah dan Hizbut Tahrir berusaha ke arah itu. US sendiri telah menaja beberapa orang dari Etnik Uighur ini untuk menjadi proksi mereka. Dan kini pelbagai huru hara sengaja dicetuskan dan mengaitkannya dengan Al Qaeda.

Pergolakkan kali ini tercetus, apabila etnik Islam Uighur di China membuat demontrasi bagi menuntut penjelasan berhubung kematian dua pekerja kilang mainan dalam satu rusuhan di selatan negara itu bulan lalu. Video di Internet dapat dilihat dengan jelas seorang wanita etnik Uighur beragama Islam dipukul sehingga mati oleh para pekerja yang majoritinya berbangsa Cina Han.
Akibat dari tindakan ganas pihak berkuasa terhadap peserta-peserta protes menyaksikan tragedi pertumpahan darah berlaku dan China sekali lagi menjadi tumpuan media antarabangsa. Setakat ini, seramai 184 penduduk Han Cina dan Islam Uighur yang terkorban dan lebih daripada 1,400 orang suspek juga telah ditahan oleh pihak polis. Angka kematian ini sekali gus melakar sejarah keganasan etnik terburuk di China sejak berakhirnya Revolusi Budaya 1966-1976.

Thursday, July 9, 2009

Selangor Menghampiri JUARA


SELANGOR terus mencengkam persada Liga Super selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menrakam kemenangan 4-1 ke atas Kuala Muda Naza.

Kejayaan ini memastikan Selangor kekal di puncak liga dengan mengumpul 57 mata, manakala Perlis meraih 53 mata apabila sekadar seri 1-1 ketika menentang Perak di Stadium perak. Pasukan Selangor hanya tinggal 2 baki perlawanan untuk mencapai kejayaan.

Di Stadium Darulaman, Kedah, tuan rumah membelasah PDRM tanpa Ihsan 7-2. Keputusan ini menjadikan kedah berjaya mendahului kelantan dan kini berada di tangga ke 3 liga.

Kedudukan Liga

Kontroversi PPSMI

Akhirnya, Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan menteri pelajaran.

Pembelajaran akan dikembalikan kedalam bahasa melayu di sekolah kebangsaan manakala di sekolah tamil & cina akan diajar bahasa ibunda masing-masing.

Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing pada 2014.

Dasar yang diperkenalkan sejak 2003 itu mendapat semakin banyak bantahan, khususnya sejak awal tahun ini apabila sekumpulan aktivis bahasa berjaya menggerakkan ribuan rakyat berarak ke Istana Negara.

Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Datuk Hassan Ahmad menyifatkan keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mulai 2012 sebagai satu kejayaan rakyat. Beliau juga berkata "Rakyat seluruhnya tentu lega dan gembira, kerana pengajarannya di sekolah kebangsaan Cina dan India juga turut dikembalikan kepada bahasa ibunda masing-masing,"

Sementara itu, Ketua 1 Gapena, Tan Sri Ismail Hussein pula berkata menyifatkan pemansuhan PPSMI itu sebagai satu tindakan yang "sangat realistik" kepada rakyat Malaysia. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) turut menyambut baik keputusan kerajaan itu.

Bagaimanapun, Pemansuhan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Tun Dr Mahathir Mohamad mempertikaikannya.

Monday, July 6, 2009

Wabak H1N1 mendadak

Wabak selesema A (H1N1)meningkat mendadak, hari ini mencatatkan rekod penularan tempatan tertinggi sebanyak 34 kes daripada 75 kes, menjadikan jumlah semuanya 434 kes. Dengan perkembangan terbaru, jumlah keseluruhan kes tempatan kini 101 sejak pertama kali dikesan 17 Jun lalu, sementara kes import berjumlah 333 kes.

Jumlah besar kes tempatan ini susulan peningkatan perlahan-lahan sejak awal bulan ini. Semalam negara merekodkan 12 kes penularan tempatan, sementara kelmarin 11 kes. Tiga hari pertama bulan ini mencatatkan jumlah 19 kes tempatan.

PAS lawan UMNO di Manek Urai

Pilihanraya Manek Urai 14 Julai nanti, menyaksikan pertandingan 1 lawan 1 antara parti PAS, Mohd Fauzi Abdullah dan UMNO, Tuan Aziz Tuan Mat. Status mereka disahkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Manek Urai, Adnan Hussin.

Keadaan di Manek Urai berubah wajah apabila dihadiri ribuan penyokong dari PAS & UMNO bagi mengiringi calon masing2 ke pusat pencalonan.

Hadir mengiringi calon Umno - Tuan Aziz Tuan Mat, 39 - ialah Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Mohd Shafie Apdal, serta Ketua Pemuda dan Wanita Umno - Khairy Jamaluddin dan Datuk Shahrizat Abdul Jalil. Di sertai kira-kira 2000 penyokongnya yang berarak ke pusat pencalonan jam 08.30 pagi.

Manakala bagi parti PAS kira-kira 2,000 penyokong mulai berhimpun di persimpangan Jalan Kuala Krai pada kira-kira jam 7 pagi dan ketika parti itu mengadakan sembahyang hajat di Masjid Al-Jauhar, jumlah penyokong PAS sudah bertambah kepada hampir 10,000 orang. Dengan diketuai oleh Mursyidul Am PAS yang juga menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, mereka mula berarak mengiringi calon PAS - Mohd Fauzi Abdullah, 50 - ke pusat penamaan calon pada kira-kira jam 8.10 pagi.

Antara pemimpim pakatan rakyat yang hadir mengiringi calon PAS

Manek Urai 6000 pelajar dapat uniform

Seramai 6,142 pelajar sekolah rendah, menengah dan sekolah Arab di Manek Urai mendapat perhatian Kementerian Pelajaran yang akan memberikan mereka bantuan uniform dan beg sekolah secara percuma.

Ini perkara biasa, apabila pilihan raya baru ingat rakyat. Macam2 diberi, masih tidak berubah corak politik BN. Apapun orang bagi ambik je, lagipun duit rakyat.

Himpunan Mansuhkan ISA

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) hari ini mengedarkan risalah untuk mengingatkan orang ramai mengenai perhimpunan besar-besaran anti-ISA yang dijadual berlangsung di ibungara pada 1 Ogos depan.

Program itu bermula dengan sidang akhbar oleh pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh di depan pintu masuk SOGO. Beliau disertai oleh ahli exco Pemuda PAS, Mohd Sani Hamzan dan juga setiausaha Pemuda PAS, Kamaruzaman Mohamad.

Syed Ibrahim mengajak rakyat keluar beramai-ramai untuk menyatakan dengan lantang kepada kerajaan supaya memansuhkan ISA. Katanya, walaupun di peringkat permulaan Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik perdana menteri, ada tahanan ISA yang dibebaskan tetapi selepas itu, berlaku lagi penahanan di bawah ISA dimana tiga orang ditahan di bawah ISA pada 25jun lalu dan menurutnya, ia turut disahkan oleh ketua polis negara. Beliau menggesa supaya ISA dimansuhkan, perhimpunan itu diadakan untuk menuntut pembebasan semua tahanan ISA dan menutup kem tahanan Kamunting.

Kamaruzaman pula berkata, pihaknya menganggar perhimpunan tersebut mampu menarik 150,000 hinggaa 200,000 orang.

Manakala Mohd Sani pula menggesa anak-anak muda supaya turun memberi sokongan kepada perhimpunan tersebut.

Alonso berhijrah ke Real dengan Syarat

Pasukan Liverpool, membenarkan alonso ke Real dengan bersyarat iaitu Real perlu membayar dengan harga yang tinggi dengan tambahan penyerang, Alvaro Negredo.

Real sendiri dipercayai sedia mengemukakan tawaran rasmi dalam beberapa hari ini dengan jumlah £32 juta (RM184 juta). Namun Benitez mendesak agar memasukkan nama Negredo dalam pakej tawaran.

Benitez mahukan Negredo kerana dia adalah pemain yang sesuai untuk bergandingan bersama Fernando Torres. Benitez akan membeli pemain Olympique Marseille, Lorik Cana untuk mengisi tempat Alonso di Anfield pada musim akan datang.

4 pasukan teratas liga Super

Selangor masih terus gagah di persada liga selepas menumbangkan UPB Myteam di Stadium MBPJ dengan keputusan selesa 4-1. Selangor terus bersemangat bagi mencapai kejuaraan pertama dalam liga super.

Bagi pasukan perlis, peluang juara masih terbuka selepas menundukkan pasukan Johor FC 1-0. Walaupun jaringan tipis, pasukan perlis terus memberi tekanan kepada selangor. Perlis ketinggalan 2 mata di belakang Selangor yang mengumpul mata terkini 54 mata.

Pasukan Kelatan kembali bangkit setelah tumbang sebelum ini, apabila menundukkan 3-2 keatas pahang. Kedah turut menang bergaya apabila mengalahkan KM Naza 4-0 dan terus mendekati kelantan dengan perbezaan 1 mata dan kurang 1 perlawanan.

Lelaki Kecil di Dunia


Kira-kira 4 bulan lagi, menanti ulang tahun kelahirannya yang ke-18 pada Oktober ,Khagendra Thapa Magar yang dilahirkan di Nepal mencipta sejarah dunia apabila menjadi manusia yang terkerdil didunia ini.

Ketinggian beliau hanya 61 sentimeter sahaja, beliau akan mengambil alih secara rasmi gelaran itu daripada He Ping Ping dari daerah Monggolia,China yang setinggi 74 sentimeter. Berat beliau 4.54 kilogram. Ketika dilahirkan, beratnya hanya 600 gram. Penduduk kampungnya pula menggelarnya ‘Buddha kecil’.


Kecanggihan Nokia N97

Terciptanya NOKIA N97, ia boleh menjadikan kawasan yang kurang pengaruh jalur lebar sebagai medium melayari Internet kepada penduduk di Asia.

Pengurus Besar Nokia Singapura/Malaysia dan Brunei, Vlasta Berka, berkata perkhidmatan Internet melalui telefon bimbit mampu mengatasi masalah rangkaian jalur lebar terutama di kawasan luar bandar.

Serba Sedikit yang aku faham pasal HP nie ia menggunakan OS-Symbian OS v9.4, Series 60 rel 5. Saiz-117.2 x 55.3 x 15.9 mm, 88cc. Berat-150 g. Ada Vibration, Radio (Stereo FM radio with RDS, Visual radio; FM transmitter) & MP3 (Speakerphone dengan Stereo 3.5 mm audio jack). Memori Internel-32 GB storage, 128 MB RAM dan Card Slot-MicroSD (TransFlash), up to 16GB. Mempunyai Data-GPRS, HSCSD, EDGE, 3G (HSDPA, 3.6 Mbps), WLAN, BLUETOOTH, INFRARED, USB PORT, GPS. Kamera-5 MP, 2592x1944 pixels, Carl Zeiss optics, autofocus, LED flash, video light. Menggunakan Standard battery-Li-Ion 1500 mAh (BP-4L), Masa Stanby sehingga 432 jam (2G) / 408 jam (3G). Masa bercakap sehingga 9 jam 30 min (2G) / 6 jam (3G). Masa mendengar muzik tanpa henti sehingga 40jam (dengar sampai lebam)