Thursday, May 28, 2009

Barcelona Benam MU

Barcelona menyingkirkan Manchester United sebagai juara Eropah dengan kemenangan bergaya 2-0 pada final Liga Juara-Juara di Stadium Olimpico pagi ini.

Penyerang Samuel Eto membuka jaringan pada minit ke-10 apabila beliau memotong Nemanja Vidic dari sebelah kanan dan menolak bola rendah melepasi penjaga gol United, Edwin van der Sar.

Xavi meledakkan tendangan percuma ke tiang gol pada permulaan separuh masa kedua sebelum Lionel Messi memastikan kemenangan dengan tandukan cantik hasil hantaran Xavi pada minit ke-70.

PRK Manik Urai 14 Julai

Pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Kelantan ditetapkan pada 14 Julai ini, sementara penamaan calonnya jatuh pada 6 Julai. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan di Putrajaya hari ini.

Pilihanraya dibuat susulan kekosongan kerusi itu yang ditinggalkan penyandangnya Ismail Yaakub apabila pulang ke rahmatullah 22 Mei lalu.

Seramai 12,293 pemilih termasuk 25 pemilih pos dijangka membuang undi dalam kerusi kawasan pedalaman itu di kawasan parlimen Kuala Krai.

Sunday, May 24, 2009

Internet DOWN

2 hari yang amat membosankan di tempat kerja, Internet DOWN, dari tgh hari aku masuk kerja jam 3.00 petang sampai la ke 7.00 pagi tak ada kerja nak buat, dok termenung je la.

Mm, hari rabu nie ada Kursus Komunikasi, yang menarik Bilik kawalan SMART nie dijaga oleh Manager & Officer aku, haha. Kasi peluang diorang nie jaga, tah macam mane la nanti.

Penanti Tanpa BN

Pertama kali dalam sejarah, parti terbesar malaysia UMNO tidak menyertai PRK, bagaimanapun, PRK di penanti ini ditandingi 4 penjuru, 3 calon bebas dan 1 dari PKR iaitu Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Mansor Othman.

Yang menarik ialah satu calon bebas merupakan bekas calon PRK di bukit gantang iaitu Kamarul Ramizu Idris, dan dua calon bebas yang lain ialah bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah dan Pengurus syarikat yang juga bekas Ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti Nai Khan Ari Nai Keow.



Saturday, May 23, 2009

ADUN PAS Meninggal Dunia

ADUN Manek Urai, Ismail Yaacob,60 menghembuskan nafas terakhir subuh hari ini akibat sakit jantung setelah dimasukkan ke hospital sejak akhir bulan lepas.

Allahyarham, merupakan timbalan yang dipertua PAS kawasan Kuala Krai, meninggalkan isteri Siti Zaharah Ibrahim dan 10 orang anak.
Jenazah allahyarham dibawa ke rumahnya di Manek Urai Lama dan disembahyangkan di sebuah masjid dengan diimamkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kira-kira 2,000 orang menziarahi dan turut menyembahyangkan jenazah Ismail sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Manek Urai Lama selepas solat Jumaat.
Dengan ini bermakna, satu lagi pilihan raya akan diadakan, dalam pilihanraya umum lalu, Allahyarham menang dengan majoriti 1,352 undi.
Allahyarham merupakan ADUN yang paling lama berkhidmat di Kelantan sejak PAS memenanginya pada pilihanraya umum 1986, kecuali pilihanraya 2004 allahyarham tidak bertanding, dan kembali bertanding pada pilihanraya yang lepas 2008.
SPR akan bermesyuarat khamis depan untuk memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian.

Monday, May 18, 2009

MoVie May & Jun

Tayangan Wayang bulan 5 dengan bulan 6 nie, memang banyak yang best2. Jadi ni antara pilihan wayang yang menjadi pilihan aku untuk ditonton.

BULAN MAY





































































BULAN JUN





















Sunday, May 17, 2009

Gambar Rakan2 lamer!!

KENANGAN LAME
Gambar Nostalgia, walaupun aku tak ada dalam gambar nie [tak tau menghilang mane] tapi nie la rakan2 yang memang best. Aku pun dah lupa aku tingkatan berapa waktu nie, tapi rasanya macam tingkatan 2.

Juara EPL, Serie A & Sepanyol

Juara EPL
Manchester United memenangi kejuaraan bola sepak Liga Perdana Inggeris 2008-09 berbekalkan keputusan seri 0-0 menentang Arsenal di Old Trafford, semalam.

United kini mempunyai 87 mata dengan baki satu perlawanan manakala kelab tangga kedua, Liverpool, yang turun menentang West Bromwich Albion hari ini mempunyai 80 mata.

Ia adalah kejuaraan liga ketiga berturut-turut buat United dan satu mata dalam perlawanan kedua terakhir kempen itu sudah mencukupi untuk meletakkan Red Devils di luar jangkauan Liverpool serta memastikan mereka menyamai rekod musuh ketat itu dengan sejumlah 18 mahkota liga.

Juara Liga Sepanyol
Barcelona muncul juara Liga Sepanyol untuk kali ke-19 apabila penyandang, Real Madrid kalah mengejut kepada Villarreal 3-2, awal pagi tadi.

Ia juga satu sejarah kepada Barcelona apabila membolot dua trofi dalam satu musim dan kali terakhir melakukannya pada 1998.

Barcelona (Juara Liga Sepanyol) akan bertemu Manchester United (Juara EPL) untuk menentukan siapa milik trofi Liga Juara-Juara Eropah musim ini pada final di Rom, 27 Mei nanti.

Juara Serie A,Italy
Inter Milan melebarkan penguasaan trofi Liga Serie A Itali selepas musuh ketatnya, AC Milan tewas 2-1 kepada kepada Udinese, awal pagi tadi.

Kekalahan Milan bermakna pengendali Inter, Jose Mourinho mencipta sejarah manis apabila memperoleh trofi liga pada musim pertamanya di Inter.


New Staff

Tempat kerja aku ada 3 rakan baru, 2 TTC (Controller) & 1 PTS (Peronda), Welcome to TSM (Trafik Safety Department). Mula masuk sini Isnin lepas tarikh 11 May, buat masa skang nie kena la aku kasi ajar sikit apa yang ptt budak2 nie.

Aku pulak 30-31 May nie kena tukar Group dari A ke B, huhu. Berat hati tol nak tukar-tukar nie, dari awal aku masuk SMART nie, aku leader group nie. Ish3, sedih2..HAHA (Buat2 gelak je)

Anggota baru :
1)Muhammad Arul bin Ridzwan (TTC) - Mamat nie dari Cheras,KL
2)Shah Rifudin bin Shah Raid (TTC) - Orang paling jauh, datang kerja dari Tanjung Malim,Perak
3)Mohd Rasydan bin Abdullah (PTS) - Nie Pon Jauh gak, dari Jempol, N9


Presiden PAS kekal, 5 calon Timbalan Presiden PAS

Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan presiden PAS tanpa bertanding apabila menerima pencalonan 136 daripada 137 PAS kawasan. Satu lagi kawasan iaitu di kawasan Bukit Bintang mencalonkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk bertanding presiden.

Bagi jawatan timbalan presiden PAS, 5 orang yang dicalonkan termasuklah penyandangnya, Nasharuddin Mat Isa. 4 lagi yang dicalonkan ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din; Naib-naib presiden - Datuk Husam Musa dan Mohammad Sabu.

Murugiah di Pecat dari Parti PPP

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah dan enam lagi telah dipecat dari PPP oleh majlis tertinggi (MT) parti itu petang ini.

Mereka ialah ketua PPP Selayang, K Tanggaraju; exco Pemuda S Kanesan; S Saravanan, Jeyaratnam Manium dan bekas anggota MT, R Rajandran dan NA Shanmuganathan.

Tindakan ini, dijangka akan memberi ketegangan antara Presidennya, Kayveas dan penyokong Murugiah, menjelang pemilihan parti itu pada 7 Jun depan.

Pemecatan mereka diputuskan oleh majlis tertinggi PPP yang juga bertindak sebagai jawatankuasa disiplin parti itu.

Influenz A (H1N1) 2 kes di Malaysia

Semalam, Seorang pelajar 21 tahun mangsa pertama disahkan positif dijangkiti wabak influenza A(H1N1) atau selesema babi - kes pertama di Malaysia, demikian diumumkan oleh Kementerian Kesihatan.

"Ia merupakan kes yang pertama influenza A(H1N1) dikesan di Malaysia."

Pelajar tersebut, baru pulang dari Amerika Syarikat pada Rabu lalu, mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama.

Kes kedua influenza A (HINI) dikesan di Hospital Pulau Pinang, merupakan rakan kepada pelajar kes pertama yang menaiki pesawat Penerbangan Malaysia MH091 dari New York yang tiba di KLIA pada jam 7.15 pagi 13 Mei lepas.

Sehingga 8 pagi tadi, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan satu lagi negara baru terjejas dengan influenza A (H1N1) iaitu Belgium yang melibatkan satu kes menjadikan
jumlah keseluruhan negara terlibat menjadi 34 buah.

Kes terkumpul di serata dunia sebanyak 7,457 kes disahkan oleh ujian makmal dengan peningkatan sebanyak 1,378 kes berbanding dengan laporan pada hari sebelumnya, kata kementerian lagi.

Peningkatan ini dilaporkan di enam buah negara iaitu di Amerika Syarikat (946 kes), Mexico (387), Kanada (31), Panama (10), Colombia (3) dan Belgium (1).

Dua lagi kematian dilaporkan di Mexico, menjadikan keseluruhan kematian kepada 65 orang.

WHO masih lagi mengekalkan tahap amaran influenza pandemik di Fasa 5 sejak 29 April dan tidak menyarankan sebarang tindakan sekatan perjalanan, perdagangan serta penutupan sempadan bagiperlindungan kesihatan antarabangsa.

Saturday, May 16, 2009

Final Fantasy ke 13

Final Fantasy XIII (ファイナルファンタジーXIII Fainaru Fantajī Sātīn)

Square Enix akan sekali lagi mengeluarkan versi baru game RPG yang paling popular iaitu Final fantasy XIII. Judul ini mempamerkan sebuah dunia futuristik dan serba moden serta berteknologi canggih, dan sebuah kisah yang bertumpu kepada "mereka yang menentang dunia.

Pengarah kepada Finak Fantasy X-2 dan Final Fantasy XII:Revenant Wings iaituMotomu Toriyama kembali sebagai pengarah judul ini.

Game ini akan dikeluarkan di 2 konsul iaitu Play Station 3 & XBOX.

Sunday, May 10, 2009

Termenung Seketika, Renungkan!!

AKU,
Aku mungkin surga yang hilang
AKU,
Aku mungkin neraka yang datang
AKU,
Aku dahaga yang terhapuskan
AKU,
Aku derita yang terlupakan
AKU,
Aku temarang malam yang telah hilang
AKU,
Aku telaga letih yang mengalirkan duka
AKU,
Aku mahkluk tanpa tujuan, Manusa tanpa Arah

Bantu aku mencari wujud,
Agar aku dapat menempati suatu bentuk.
BENTUK dan WUJUD, yang selalu dapat memikatmu sepanjang waktu.

Selamat Hari Ibu

Hari Ibu merupakan hari yang sangat ditunggu2, bagaimanapun sebagai umat Islam, Hari Ibu harus disambut sepanjang masa kerana syurga itu dibawah tapak kakinya. Doa kan lah ia sepanjang masa, perit lelah mereka mengandungkan kita 9 bulan tidak langsung mereka ungkit, sekalipun kita banyak merungut bila mana mereka meminta bantuan daripada kita. Mereka mempertaruhkan nyawa mereka untuk melahirkan kita ke dunia ini, tapi pernahkan kita ucapkan terima kasih? Inilah golongan insan yang bergelar ibu yang kadang-kadang kita ketepikan, kita lupa jasa dan pengorbanan mereka. Faktor kerjaya, sibuk dan sebagainya dijadikan alasan. Adakah ini cara pembalasan anak-anak terhadap ibu yang telah berkorban kepada mereka selama ini? Sekali lagi kita harus ingat setitik air mata ibu mengalir disebabkan kita, maka neraka tempatnya.
zwani.com myspace graphic comments
Kepada mereka yang belum ketahui bilakah sambutan Hari Ibu ini di Malaysia, ingin saya kongsikan dengan anda di sini. Sambutan Hari Ibu 2009 di Malaysia di sambut pada tarikh 10 Mei 2009. Sambutan Hari Ibu 2009 di Malaysia ini juga akan berkongsi tarikh sambutannya dengan negara-negara lain seperti Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Croatia, Cuba, Curaçao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Ecuador, Estonia, Finland, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Hong Kong, Iceland, India, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, Malta, Myanmar, The Netherlands, New Zealand, Pakistan, Peru, Philippines, Puerto Rico, Singapore, Slovakia, South Africa, St. Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Suriname, Switzerland, Taiwan, Trinidad and Tobago, Turkey, Ukraine, United States, Uruguay, Venezuela dan Zimbabwe.

Apa yang anda ingin lakukan pada hari tersebut?Jadi, bagi anda yang masih punyai ibu, hargailah mereka dan berbaktilah kepada mereka.

Imej Johor Tercalar, Maruah Malaysia Tercemar

Harian Metro - Gempar Apabila sebuah akhbar online di Denmark, memaparkan babak yang mengaibkan sebuah Program Realiti dari negara itu iaitu Survivor Robinson Ekspeditonen apabila menonjolkan aksi berlumba lari dalam keadaan telanjang bulat.

Program realiti ini dilakukan disebuah perairan Mersing di Johor. Difahamkan Program ini dijalankan bagi mengharungi ujian lasak secara Fizikal & mental. Program ini dijalan setiap tahun dengan memilih lokasi berbeza diseluruh dunia bagi menarik perhatian penonton.

Bagaimanapun, Program ini telah menjatuhkan maruah negara, iaitu sebuah negara Islam.

Friday, May 8, 2009

Bowling - Time Squre




Huhu, dapat gak aku gambar2 perlawanan bowling anjuran SMART. Aku kesibukkan, tak ada masa nak Upload gambar2 nieMySpace. Bawah nie ada beberapa gambar yang sempat aku Upload untuk paparan rakan2. Hehehe. Suasana perlawanan memang meriah. Tapi tak tau arr nape dalam Bowling nie kepanasan je, tak cukup udara aku dibuatnya, MySpacemaen pun hampeh, serba tak kena dibuatnya. Tapi Aku punya team keseluruhan No 4. Memang best group aku, tahniah Nor & Sharulnizam.MySpace.Bagi group yang kalah, jangan putus asa, next time, lawan lagi.


Sekitar DUN Perak




Beberapa Ahli Parlimen, Dun & Orang Awam di tangkap oleh pihak polis antaranya Salahudin Ayub, Ketua Pemuda Pas yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Ahli Parlimen Ampang, Dun Teratai, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar.

Perjuangan DUN Pakatan yang amat membanggakan



Kekecohan yang berlaku di DUN Perak, sehingga mengheret speaker Sivakumar keluar dari dewan secara paksa.

[Nampaknya puak puak BN nie, untuk dapatkan kuasa, sanggup buat perkara macam nie, mencabuli undang2, amat menyedihkan]