Sunday, March 29, 2009

Berita Dari 3 PRK


SEJARAH TERUKIR DI BUKIT SELAMBAU
Buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya di Malaysia, Jumlah keseluruhan calon yang akan bertanding di PRK Dun Bukit Selambau seramai 15 calon menyaksikan pertandingan 15 penjuru iaitu 1 dari Pakatan Rakyat, 1 dari Barisan Nasional & 13 lagi dari Parti Bebas.

Senarai calon mengikut kedudukan dalam kertas undi, R. Loganathan (menggunakan simbol Kelapa Sawit), Tan Hock Huat (Kunci),Radzi Md Lazim (Kerusi), S. Manikumar (PKR), Mohd Fazil Abdul Wahab (Kepala Harimau), Abdul Rahim Abdul (Jam loceng), L.Sarala (Basikal),S. Ganesan (BN), A. Jayagopal (Payung), S. Moganakumar (Nuku), Khamis Awang (Ayam Jantan), Husaini Yaacob (Bas), M.Vaneson (Ikan), Anuar Abdul Hamid (Telefon) dan T. Chandrarajah (Kapal Terbang).

Kehadiran Penyokong dari Pakatan Rakyat sehingga 15 ribu orang, menenggelamkan penyokong calon2 yang lain termasuk Barisan Nasional.

DUN BATANG AI, BN VS PR
Di Sarawak, PRK Di Dun Batang Ai, menyaksikan pertandingan 2 penjuru, antara 2 parti terbesar Malaysia iaitu Malcolm Mussen Lamoh (PRS) dicabar calon (PKR) Jawah Gerang. Seorang lagi calon bebas Johnny Chuat, 38 menarik diri dari pertandingan dan mengisytiharkan sokongan penuh kepada parti keadilan Rakyat.Penarikan diri calon bebas ini mendapat sorakan dari PR.

PARLIMEN BUKIT GANTANG, 3 PENJURU
Penyokong dari Pakatan Rakyat terlalu ramai sehingga 60 ribu menghangatkan perjalanan proses pencalonan di Bukit Gantang. 3 Calon telah Sah bertanding menyaksikan pertandingan 3 penjuru antara Ismail Safian (BN), Nizar Jamaluddin (PAS) dan Kamarul ramizu Idris (Bebas).

Gambar Menarik di Sekitar Pencalonan :


Lirik Lagu ( Dzil Afzan - Rintihan Palestin )

Wahai ummah dengarlah rintihan ini
Kami disini tak tertahan lg
Umat islam ditindas dan diseksa
Oleh musuh islam durjana

Kering sudah air mata mengalir
Darah merah tumpah membasah
Berbilang peluru jeritan dan tangisan
Menjadi irama dan lagu

Ibu tiada ayah tercinta
Tangisan anak menjadi biasa
Darah merah mengalir merata
Jasad rebahh...dimana mana


Dulu bumi ku indah menawan
Tapi kini sudah ditawan
Musnahlah segala keindahan
Yg tinggal hanyalah kenangan

Hidupku kini didalam penjara
Azabnya tiada terkira

Berbagai seksaan

Aku diperlakukan tiada kasih sesama manusia

Tolong kawan tolonglah saudara

Selamatkan kami dari sengsara
Bantuan mu kami perlukan
Dalam berhadapan musuh agama


Lirik Perjuangan!!! Dah Lama Aku Cari lagu nie akhirnya jumpa gak, tapi link untuk download aku masih tak jumpa, aku layan dekat IMEEM je. Nak layan sila masuk
IMEEM

Lirik Lagu ( Twins - Di Jarak Perindu )

Telah Aku Mencuba
Melupakan segalanya
Tapi entah mengapa
Imiginasi sejarah yang lama

Bukannya hari-hari
Kita semua alami
Pilu pedih menanti
Mengharap hari cepat berganti

korus:
Ke mana ku pergi apa dialami
Hanya bayang dia di mana-mana
Bila malam tiba ku pejam mata
Kau masih di sana

*

Sejak ku pergi bagaimanakah kau kini meniti hari
Apakah sesunyi ini kosong dan sepi
Hanya rindu dalam hati menemani
Bila sendiri

Sejak kau pergi semakin aku mengerti
Antara kita masih rindu merindui
Ternyata aku terlalu merharap tidak
Di jarak perindu ( ..nya rinduku )


ulang korus

ulang*

Entah berapa lama jawapannya akan tiba
Sesungguhnya ku rasa amat berbisa
Di jarak masa
Uhu.....

Lagu Yang Memang tangkap Lentok Punya,Silakan Download, Layan~

DOWNLOAD

Saturday, March 28, 2009

Kekecohan!!!!



KJ Rasuah!!!! KJ Rasuah!!! Perkataan yang dilontarkan selepas kemenangan KJ dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO. Ermmm, sesama sendiri pun huru hara, cam ne nak tunjuk tauladan baik pada generasi pemuda sekarang? Ish3

Thursday, March 26, 2009

Sejarah Hidupku!



TENTANG SAYA

Inilah gambar terkini aku, Umur 22 tahun 3 bulan. Ramai yang kata aku dah berisi, biasa la tue, bahagia.:))


KELUARGA
Gambar keluarga aku, masa nie aku berusia 15 tahun, gambar nie ambil selepas kakak aku kahwin, buat kenang kenangan. Aku anak ke3, yang pertama abg aku Yusra dan Kakak Aku Suhaila dan terakhir aku. Beza umur aku ngan kakak aku 10 tahu. Jauh tue!!



SAHABAT
Aku bersama sahabat rapat, yang pakai topi tue nama dia Asp Haikal, abang polis paling hemsem kat IPD seremban, tapi dia dok balai polis pudu KL. Sorang lagi tue IR Hafizul, Engineer Solfware paling berjaya yang aku kenal la tahap macam IR bekas MB Perak, haha. Yang Dok bersalaman nie pulak dua orang kawan baik aku gak, gambar nie diambil sempena kemenangan bersejarah sahabat aku bernama Zhafir (Hitam kuning). Zhafir nie kawan aku yang masih berlajar lagi, tah bila nak habis tak tahu la. Yang menyampaikan hadiah bola bowling nie nama dia Afzanizam (bukan orang bangladesh). Dia nie kerja kat Tabung Haji. Kaki tangan kerajaan, gaji besar tapi tak pernah belanja kekawan, HAMPEH!!.


RAKAN KERJA
Nie Semua rakan2 pejabat aku, di ambil 2 tahun yg lalu, jadi sebahagian besarnya dah x kerja lagi (Tukar kerja lain). NAk citer sorang2 ramai pulak, yang pasti diorang nie memang best, sekepala. Yang dah berpindah tue, selamat berjaya!!


TEMPAT KERJA
Sesaper yang suka merempit mesti tahu BULATAN KG PANDAN. Di sinilah terletaknya bangunan tempat kerja aku yang di panggil MCC.


PEKERJAAN
Aku berkerja di Syarikat SMART (Mengurus Air Banjir & Terowong) Jadi kerja aku uruskan mengenai banjir dan jaga terowong nie supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik.


TEMPAT TINGGAL
Aku tinggal di GOMBAK bt 5 1/2, yang popular kat sini sekarang nie DOWN TOWN, sebelum wujud down town nie, Pasaraya ONG TAI KIM ini lah yang popular dikalangan penduduk GOMBAK.



MAKANAN KEGEMARAN
Aku paling suka makan NASI GORENG USA, rasa dia memang menarik, tiap kali makan mesti puas dan yang paling penting kenyang!!


SEK MENENGAH
Aku bekas budak SEK COCHRANE, Sek nie sekarang dah jadi sekolah sukan, dan kini hanya tinggal kenangan!!


POLITEKNIK SHAH ALAM (PSA)
Selepas aku tamatkan belajar di Sek Men, Aku meneruskan pembelajaran aku di PSA, Aku ambil jurusan Elektrik & Elektronik.


KJ menang Ketua Pemuda UMNO

Menurut Malaysiakini, Mukhriz Mahathir menangis selepas kalah pertandingan Ketua Pemuda UMNO. Menurut NST live coverage pula, penyokong Mukhriz pada saat ini sedang mengamuk di PWTC dan enggan berganjak sambil melaungkan 'rasuah' kepada KJ.

Jam 10:57pm, Keputusan tidak rasmi, Khairy Jamaludin menang sebagai Ketua Pemuda UMNO dan pada Jam 11:55pm Khairy Jamaludin disahkan menang dengan undian 304 menewaskan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang mendapat 254 dan Datuk Mukhriz Mahathir mendapat 232.

Wednesday, March 25, 2009

Ekonomi Gawat

Berita Minggu mengatakan seramai 30,000 orang Melayu di Singapura kehilangan pekerjaan.Belum angka orang Melayu yang hilang perkerjaan di negara sendiri. Di campur dengan orang Melayu masih tidak mendapat perkerjaan lagi. Yang Hairan hanya Kat Singapura sahaja yang dilaporkan, kat Malaysia?? Rahsia Kot..

Perpaduan Melayu @ Perpaduan Islam

Didalam Al Quran tidak ada perpaduan diatas bangsa MELAYU tetapi diatas perpaduan ISLAM. Jika seseorang itu dilahirkan CINA maka dia tidak boleh jadi MELAYU, begitu juga INDIA dan MELAYU tetapi semua bangsa boleh jadi ISLAM. Jika berpegang atas perpaduan MELAYU siapa yang jamin kita tetapi diatas perpaduan Islam ALLAH menjamin kita.

Sebagai Contoh, Orang YAHUDI hanya beberapa kerat sahaja didunia ini dan kekelingi oleh ratusan juta orang ARAB tetapi tidak mampu untuk membantu disebabkan orang ISLAM berpuak2 dan berbangsa2. Ketika dahulu Salahuddin Al Ayyubi telah menawan Al Aqsa dari KRISTIAN, beliau bukan orang ARAB tetapi kaum puak Kurd. Beliau berpegang atas perpaduan & Semangat ISLAM dan bukan dasar bangsa.

Firman Allah : "Berpegang teguh lah kamu semua dengan tali ALLAH dan jangan berpecah belah"

KaKi WaYanG

ANDA seorang KAKI WAYANG,?

Bulan March dah nak berakhir, jadi sini aku ada beberapa Movie bulan April yang aku rasa menarik. Jadi jgn terlepas untuk menontonnya, hehehe.....











SHINJUKU INCIDENT,
salah satu hero

dari hong kong yang aku minati, Jacky Chan.



FAST & FURIOUS
,
dah masuk

episod ke 4, mesti lagi
gempak, Antara cerita yang
x akan miss, mesti TGK!!







X Men Origins : Wolverine,
masuk episod yang baru.
Mencerita pasal Wolverine.
Yang pasti cerita pasti best.
Setiap episod aku tengok dan
tak pernah mengecewakan.





BOHSIA : Jangan Pilih Jalan Hitam,
sebuah hasil pengarah muda Syamsul
Yusof, filem ini antara filem
melayu yang aku rasa pasti layan!!

Jadi ini lah 4 filem yang aku pilih untuk bulan April. Pasti Menarik
'SELAMAT MENONTON'





TRAILER KHAS - BOHSIA "Jangan Pilih Jalan Hitam"

Tuesday, March 24, 2009

Kereta Kesayangan..Hahaha


Kereta Persona yang mempersonakan!! haha...Sepanjang pakai kereta nie, memang tak ada sebarang masalah, janji cukup masa service. Kereta nie boleh tahan laju dia, aku biasa bawak tak lebih 100km/j, Jalan KL jem memanjang, bikin sakit hati je! Aku tgh nak tambah2 sikit kereta nie, kalo ad member2 yang ada idea tue, mai2 ar kongsi, Hahaha

Otak dah Blur ~.~

Otak ku dah Blur!!! Hari Nie aku Bikin Keje 16 Jam, Semalam Pun 16 Jam, Esok baru kerja 8 jam sahaja. Huhu, penat betul asa minggu nie. Member2 ajak maen Futsal malam minggu pon tak dapat join, esok tue nak keje pagi, tak larat nak melepak sampai tgh malam. Siang Sabtu tue aku pergi UM, dah lama aku tak pergi sampai sesat mula2, yang aku ingat ada stadium hoki ngan masjid, sebelum nie Abg aku blaja sane tapi dah berabad lama, 7 tahun beb (AKu nie x layak masuk blaja sane,hehe). Pastu aku merayap pie Low Yat Teman member pergi beli Laptop, dapat komisyen beb (Isi bekalan minyak) boleh la tue kan 40 inggit, dapat tahan seminggu, hehe.

Esok last kerja, pastu aku cuti rabu & Khamis, jadi pe lagi tidur jela kan, best giler. Rehat sepuas puasnya. HAHAHA!!!

Calon PRK Bukit Gantang & Batang Ai

Terkini !! Jam 10:47 malam, Presiden PAS Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, telah mengumumkan calon bagi PRK P059 Bukit Gantang ialah DS Ir Mohd Nizar Jamaluddin,52 mewakili Pakatan Rakyat. Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin akan bertemu dengan Ismail Suffian, 49 iaitu seorang anak tempatan Bukit Gantang mewakili Barisan Nasional. Parlimen Bukit Gantang mempunyai 3 DUN iaitu Kuala Sepetang, Changkat Jering dan Trong. DUN Kuala Sepetang & Changkat Jering dimenangi Parti Keadilan Rakyat pada PR 12 manakala DUN Trong dimenangi Barisan Nasional.

Manakala Calon bagi PRK DUN Batang Ai Sarawak, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) DS Anwar Ibrahim telah mengumumkan Jawah Anak Gerang untuk menggalas cabaran mewakili Pakatan Rakyat bagi menentang Malcolm Mussen Lamoh iaitu mewakili Barisan Nasional. Jawah Gerang merupakan bekas MP bagi kawasan Lubok Antu dan bekas ahli Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS).

Subahanallah!! Harakah & Suara Keadilan digantung

APA SUDAH JADI KDN ???

Jam 05:42 Petang, satu berita dari laporan Malaysia Kini yang mengejutkan apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit akhbar pembangkang berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan iaitu masing-masing selama tiga bulan.

Penggantungan ini tidak diberikan sebarang alasan. Apakah rasionalnya tindakan ini ??

Monday, March 23, 2009

My Job !!

6 hari seminggu, nie lah tempat tinggal aku, kalau nak dibandingkan dengan duduk umah, lepak pejabat nie lagi lama, macam rumah ke dua aku la kiranya nie... Biasanya kalau masuk opis nie, aku buat air milo dulu, baru ada layan nak bikin keje, pastu lepak2 borak2 ngan member syif sambil pantau2 sistem, pastu merehatkan mata pulak [tido la pe lagi-biasanya syif malam je, siang kena pepandai la]

Yang dalam gambar sebelah nie, member satu syif aku [aku yang ambil gambar], Yang skrin besar tue dipanggil Barco, aku nie rabun jadi jarang la aku tgk, biasa tgk kat pc je lagipun depan mata, Pc dalam pejabat aku nie banyak sampai malas nak kira, hahaha

Tempat kerja aku nie, ada 3 orang je yang bertugas dalam satu syif. Sorang Supervisor dan yang selebihnya anak buahnya lah. Kerja kitaorang pastikan KL nie bebas dari banjir. Cam ne pon baru2 nie tarikh 030309 Jln Pekeliling banjir, tapi tak ada kaitan pon, SMART jaga Sg Klang - Sg Ampang sahaja. Tak ada kantai dengan Sg lain, harap maklum!! Hehe

Bilik Kecik sebelah nie pulak tempat rehat kitaorang, nak lelapkan mata ke, makan ke, Sap2 Okok ke [aku tak la, Anti Smoke]. Jadi sepanjang aku keje sini, kira ok la, nak kata best sangat pun,x la seronok mana pun, tapi yang penting gaji, kena masyuk!!!






Sunday, March 22, 2009

Insafi diri dari perbuatan 'Zina'

Telah pon kita ketahui, Usia Dunia menuju kehancuran (Akhir Zaman). Perbuatan Zina salah satu petanda dunia menghampiri hari Qiamat. Seringkali kita membaca di akhbar berita mengenai anak luar nikah dan lebih menyedihkan tentang pembuangan bayi. Mengapa semua ini terjadi, disebabkan kekurangan didikan agama dan betapa nipisnya iman tanpa memikirkan segala perbuatan mereka akan dihitungkan diakhirat kelak. Perbuatan Zina hanya kenikmatan kotor yang hanya sementara dan menjual maruah diri untuk bermandi api neraka yang penuh azab dan derita.
Ketika peristiwa Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW diperlihatkan keadaan lelaki dan perempuan yang diletakkan di hadapan mereka dua piring, satu berisi daging yang membangkitkan selera manakala satu lagi berisi daging busuk. Lelaki dan perempuan itu lebih gemar terhadap daging busuk itu dan tidak langsung menyentuh daging yang membangkitkan selera. Rasulullah diberitahu Malaikat Jibril bahawa mereka tergolong di dalam kalangan mereka yang suka berzina. Allah turut memperlihatkan kepada Nabi Muhammad bagaimana sekumpulan manusia yang digantung pada buah dada mereka dengan rantai api neraka dan dari faraj mereka, keluar nanah busuk, sehingga ada di kalangan ahli neraka itu sendiri tidak senang melihat keadaan mereka dan meminta dijauhkan. Mereka itu, menurut Jibril, adalah kalangan yang tidak menjaga kehormatan.

Firman Allah, yang bermaksud: "Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang sangat buruk." (Surah al-Isra', ayat 32).

Firman Allah, yang bermaksud: "Perempuan dan lelaki yang berzina, hendaklah kedua-duanya didera. Masing-masing 100 kali dera (pukulan), janganlah sayang terhadap kedua-duanya dalam menjalankan agama Allah, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Hendaklah hadir ketika menyeksa kedua-duanya, satu golongan daripada orang mukmin." (Surah an-Nur, ayat 2)

Firman Allah, yang bermaksud: "Katakanlah, wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa semuanya. Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah az-Zumar, ayat 53).

Berpandukan firman Allah dan hadis di atas, mereka yang sudah terlanjur melakukan dosa besar itu, tidak harus berputus asa. Dia hendaklah segera bertaubat kepada Allah dan menyesali perbuatannya. Insya-Allah, dosanya akan diampunkan Allah. ISYAALLAH!!!

Latihan Komandor (Yo Yo JEeEe~)

25 Feb 09, Bermula Jam 0900, latihan trafik diberikan sedikit taklimat dan perbincangan mengenai beberapa aspek penting didalam mengawal keadaan trafik di Simpang 3, Simpang 4, Kemalangan dll. Pada Jam 1300, semua anggota diberikan latihan amali mengenai beberapa teknik dalam penarikkan & penahanan kenderaan.


26 Feb 09, Latihan amali diteruskan bagi memahirkan semua anggota ebelum di beri latihan di Jalan Raya (Bulatan Kg Pandan). Di bawah beberapa gambar semasa latihan di Jalan Raya dilakukan.

Jam 1600, latihan terpaksa dihentikan disebabkan Hujan yang terlalu lebat (Ribut Melanda),Latihan Trafik. Latihan Tamat jam 1700.






Loket Aura Pendant

Cerdaskan dirimu dengan AURA PENDANT

Aura Pendant diperbuat dari mineral tanah semulajadi daripada laut dalam. Kesemua bahannya adalah semulajadi dan tiada sinar Infra Merah @ Ion negatif tiruan.

Mengapa Memerlukannya ? Memandangkan kita sering terdedah kepada pencemaran elektromagnet seperti telefon bimbit, Wi-fi, menara telekomunikasi, gelombang mikro dll maka tubuh kita memerlukan satu bentuk perlindungan. Memakai Aura Pendant dapat melindungi tubuh dari pencemaran yang merbahaya.

Kebaikan Utama :
1) Memulihkan tenaga
2) Meningkatkan Peredaran cecair dalam badan
3) Meningkatkan kemampuan minda dan tubuh.
4) Memberi fokus yang lebih baik.
5) Melindungi tubuh - mengawal frekuensi merbahaya

Bagaimana ia berfungsi :
  1. Ia melepaskan tenaga semesta (SKALAR) yang membantu meningkatkan bio-elektrik tubuh.
  2. Tenaga Skalar meluas dan mengedarkan pergerakan sekaligus memberi perlindungan disekitar tubuh
  3. Tenaga Skalar meningkatkan aliran tenaga positif dan membantu mengimbangkan tenaga.
  4. Ia membantu memulihkan tenaga yang lemah di dalam tubuh.
  5. Dengan memulihkan tenaga ia membantu mengimbangkan kesihatan.
Apa itu tenaga SKALAR? Ia adalah sejenis fungsi memperluaskan frekuensi, dimana beberapa frekuensi tenaga disalurkan dan diserap kedalam tubuh.

UNTUK PENERANGAN LEBIH LANJUT :

HUBUNGI EN ZAINI (019 9405910) @ PN NORAFFEZA (013 2472760)
HARGA : RM 149.00

Apakah Boikot Hanya Sementara !!!


Apakah Umat Islam masih memboikot barangan buatan Yahudi Laknatullah?? 1 sen kita menyumbangkan kepada barangan yahudi seolah olah kehilangan satu nyawa rakyat palestin yang terus derita & menderita. Renungkan dan fikirkan!! Selamatkan bumi palestin dari kekejaman Zionis!! Jika tidak mampu berjihad dimedan perang, berjihadlah dengan memboikot barangan Yahudi.

Saturday, March 21, 2009

Dubai City Tower & Palm Island

DUBAI CITY TOWER merupakan menara yang tertinggi di dunia yang terletak di negara ARAB. Memiliki 400 tingkat iaitu ketinggiannya 2.4KM "1.5 batu". [Gambar Sebelah]

PALMS ISLAND merupakan pulau buatan manusia terbesar dunia diDubai yang mula dibina tahun 2001 dan dijangka siap sepenuhnya 10-15 tahun. Pulau ini terbahagi kepada Palm Jumeirah, Palm Jebel Ali dan Palm Deira [Gambar bawah]

Friday, March 20, 2009

Pilihan Raya Kecil di P059, N25 & N29

20 March 09, Bilik Gerakan AMK Kedah, Taman Desa Permai (Yayasan Aman), Sungai Petani, Kedah pada jam 10.00 pagi, telah mengumunkan calon yg akan bertanding di PRK N25 Bukit Selambau iaitu S.Manikumar, 35. Satu Kejutan disebabkan calon merupakan calon muda dan sebagai muka baru didalam arena politik. Beliau merupakan seorang ahli perniagaan di Bukit Selambau.

Sementara itu PAS Pusat dijangka akan mengisytiharkan calon mereka didalam PRK P059 Bukit Gantang pada 23 Mac di Dataran Pakatan Rakyat Simpang (tepi Stesen Petronas) Jalan Changkat Jering-Simpang manakala calon Parti Keadilan diPRK N29 Batang Ai juga akan diumumkan pada hari yang sama.

Sebelum Ini Parti Barisan Nasional Telah Mengumumkan 3 calon mereka di 3 kawasan PRK iaitu :

1) Ismail Suffian - Parlimen Bukit Gantang, Perak

2) Datuk S Ganesan - Dun Bukit Selambau, Kedah

3) Malcolm Mussen ak Lamoh - Dun Batang Ai, Sarawak

Hari penamaan calon telah dijadualkan oleh SPR pada 29 Mac sementara Hari Pengundian pula akan berlangsung pada 7 April.


Thursday, March 19, 2009

Peribadi Blogger

PerSeKolahan (2003)


Gambar kenangan tingkatan 5 di Sek Men Keb Jln Cochrane Tahun 2003. Sebelum Ambil peperiksaan SPM. Rakan yg Masih bersama penulis :

Barisan Atas (dari kanan) - Dahari (3), Faiz (4), Hafiz (7)
Barisan Ke 3 (dari kanan) - Ruzaini (1), Suhaimi (2)

Yang Lain tak tahu kemana pergi. Semoga dapat berjumpa kembali.

PoLitekNik Shah Alam (2004-2006)

Politeknik Salahuddin Abd Aziz Shah atau lebih dikenali PSA, Kenangan di Semester Terakhir (Sem-4) di Lobi Kejuruteraan Elektrik. Bersama Rakan-Rakan di Jurusan Elektrik & Elektronik.